Di Malaysia, umum kita semua tahu bahawa setiap kaum mahupun etnik pastinya mempunyai kepercayaan mereka yang tersendiri.

Baik Melayu, Cina, India atau kaum dalam majoriti kecil, masing-masing mempunyai kepercayaan sendiri yang perlu diikuti terutamanya apabila melibatkan pantang larang.

Sumber: Lobak Merah

Bagi masyarakat Iban khususnya, salah satu kepercayaan yang mereka amalkan adalah untuk tidak mendekati mana-mana sungai mahupun tasik sekiranya sudah memakan daging buaya!

Ya! Bagi kita, ia mungkin kedengaran agak aneh dan karut namun perkara itu antara kepercayaan kuat yang dipegang dalam kalangan masyarakat Iban dan Melayu di Bumi Kenyalang.

 

Mengapa Tidak Boleh Dekati Sungai?

Mungkin ada di antara kita tertanya-tanya mengapa tidak boleh turun ke sungai selepas makan daging buaya?

Atau mungkin ada yang beranggapan ‘alahhhhh buaya bukan tahu pun kita makan daging mereka’ dan sebagainya.

Sumber: Astro Awani

Namun, seandainya ada antara anda yang menjamah daging tersebut tidak kira bagi tujuan kesihatan atau sekadar cuba-cuba, jangan sesekali memberanikan diri turun ke mana-mana sungai di Sarawak sekiranya tidak mahu diserang. 

Ini kerana, mengikut statistik yang dikeluarkan negeri itu, terdapat lebih 120,000 buaya hidup di sepanjang 20,000 kilometer (km) laluan sungai di negeri tersebut sedia menanti kunjungan anda untuk ‘membalas dendam’ akibat memakan ‘saudara’ mereka.

Gambar sekadar hiasan

Hal ini disebabkan, sang bedal ini dikatakan mempunyai keupayaan untuk menghidu bau daging keluarganya yang dimakan manusia! 

Dalam budaya masyarakat Iban, sang bedal ini memiliki keupayaan untuk menghidu bau daging saudaranya sekaligus mengundang ancaman serangan ganas dan konflik bersama manusia daripada menjadi mangsa serangan. 

 

Benarkah Kepercayaan Ini Atau Sekadar Mitos?

Sumber: sajaheboh.com

Walaupun dakwaan tersebut tidak dapat dibuktikan secara saintifik dan sekadar menjadi kepercayaan mitos masyarakat setempat, namun ia masih kekal menjadi pegangan penduduk tempatan khususnya yang menetap di persisiran sungai di negeri itu.

Bukan setakat daging buaya namun telur buaya juga turut dijadikan pantang larang buat mereka yang mana sehingga ke hari ini, ramai orang Sarawak tidak berani untuk turun ke sungai sama ada untuk menangkap ikan atau menggunakan sungai sebagai laluan.

Malah, ada juga yang berpandangan, sekiranya memakan daging buaya, sampai ke tujuh keturunan kena buru!

Tidak cukup dengan itu, ada pula yang mendakwa masyarakat Iban mengadakan perjanjian dengan buaya demi kebaikan bersama.

 

Boleh Jadi Serangan Buaya Disebabkan Salah Manusia Sendiri!

Bila difikirkan semula, buaya memang terkenal dengan habitat suka memakan daging. Jadi, apabila populasinya semakin meningkat, tidak hairanlah mereka akan menyerang manusia.

Sumber: Sahabat Alam Malaysia

Yang tidak memakan daging buaya juga boleh diserang andai duduk di tepi sungai. Memang sendiri cari nahas jawabnya.

Jika kawasan sungai kotor dan dipenuhi dengan sisa plastik, maka tidak hairanlah pencemaran sungai yang dilakukan manusia itu sendiri menjadi faktor serangan buaya.

Tetapi itu semua terpulang kepada kepercayaan masing-masing kerana masyarakat di sana cukup takut sekali dengan pantang larang ini. 

Apa-apa pun, tidak kiralah anda penggemar daging buaya atau sebagainya, berhati-hatilah apabila turun ke sungai bukan kerana takut diserang buaya tetapi haiwan berbisa yang lain seperti ular dan sebagainya. 

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda juga percaya kepada pantang larang sebegini?
13 votes · 13 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN