Sekarang ini, bermacam-macam jenis cabaran menjadi tular di media sosial sehingga ada yang berjaya mempengaruhi masyarakat seluruh dunia untuk menyahut cabaran tersebut.
Jika kita lihat trend-trend sebelum ini seperti #KekeChallenge mahupun #InMyFeelingsChallenge, kebanyakannya menjadi ikutan anak-anak muda dan tidak kurang juga selebriti terkenal.
Namun kini, timbul pula trend terbaru iaitu #CheeseChallenge yang semakin menjadi ikutan orang dewasa serta ibu bapa di mana mereka melemparkan hirisan keju pada wajah bayi mereka.
Cabaran yang dicetuskan oleh masyarakat Barat itu sekaligus mengundang kecaman warga Malaysia yang menyifatkan trend itu sebagai sesuatu yang tidak masuk akal dan tidak wajar diikuti semua golongan.
Netizen Sifatkan Cabaran ‘Sampah’!
Melihat kepada klip video cabaran tersebut yang menjadi tular sejak Khamis lalu jelas sekali memperlihatkan sikap biadap serta tidak menghormati makanan.
Mereka tanpa segan silu melempar hirisan keju pada wajah anak sehingga ada yang menangis akibat terkejut.
Bukan itu sahaja, haiwan peliharaan juga turut menjadi sasaran dalam cabaran ini.
Sehingga ke hari, kebanyakan netizen di media sosial terutama masyarakat kita sendiri marah dengan tindakan tersebut tidak patut untuk diikuti warga Malaysia dan diibaratkan sebagai sampah!
Malah, ada juga yang menyifatkan cabaran itu sebagai “bodoh serta membazir”.
Tidak Hormati Makanan
Walaupun cabaran tersebut dilihat hanya sebagai jenaka semata-mata bagi masyarakat Barat, tetapi sama sekali tidak bagi kita yang beragama Islam.
Bagi masyarakat Islam, tidak kira makanan apa sekalipun, ia tetap perlu dihormati tanpa perlu dilempar, dibaling sebegitu sahaja kerana tindakan itu amat biadap sama sekali.
Sesuatu makanan itu sepatutnya dimakan dan bukannya untuk dilempar walaupun hanya sekadar gurauan.
Bayangkan sekiranya perbuatan itu dilakukan oleh ibu bapa kepada anak, sudah pasti perkara tersebut menjadi ikutan kepada anak-anak kelak.
Ibu Bapa Perlu Tunjuk Contoh Yang Baik Pada Anak
Sebagai ibu bapa, apa yang seharusnya mereka lakukan adalah berkelakuan baik dan melakukan perkara yang betul di hadapan anak-anak.
Walaupun anak mereka masih kecil, apa yang dilakukan oleh orang dewasa serta ibu bapa pasti akan memberi kesan yang mendalam terhadap perkembangan mental, rohani dan jasmani anak-anak itu.
Bukan itu sahaja, baik dari segi percakapan mahupun perlakuan sekalipun turut sama mempengaruhi akhlak seseorang kanak-kanak itu.
Bayangkan sekiranya anak-anak mulai melemparkan makanan sesama sendiri, tidakkah tindakan itu dilihat biadap?
Kemudian nanti, timbul pula isu ‘mak bapak tidak pandai jaga anak’!
Jadi, cabaran-cabaran inilah yang akan menjerumus anak-anak muda dan kanak-kanak kepada trend yang tidak bagus hanya untuk meraih publisiti semata-mata.
Banyak lagi perkara bermanfaat lain yang boleh diikuti selain cabaran yang dibawa oleh masyarakat Barat seperti ini.
KATA ORANG
Fucking idiots throwing cheese slices at babies faces, wow you’re so cool and funny, what you really are is a piece of shit probably with a minimum salary job and a fat wife in your 50s trying to be relevant on twitter or Instagram and it’s fucking sad #cheesechallenge
— Frank L (@frankiels88) March 2, 2019
Oh please don't get one. You would be a terrible mom if you throw cheese on a child! This #cheesechallenge is so disrespectful to children. As children had no feelings or could not remember. Children are human and you don't just throw cheese in a humans face just for popularity
— imagineallthepeople (@imagineallthep) March 2, 2019
Why does everything have to become a “Challenge” nowadays? Are people that bored? Ice Bucket Challenge I understood because it was for charity, but these “Birdbox Challenge” or “Hot Water Challenge” or anything like that are just stupid.
— Adam Power (@adamcpower) March 4, 2019
Honestly, what is wrong with these people? Read a book to your kid. Toss a ball. Do a crazy dance. Chase a butterfly.
— Sandra Irving (@skmhome) March 4, 2019