Tular di sosial media sebuah video seorang anak kecil yang meluahkan rasa hatinya dan tidak mahu ibunya yang terpaksa bekerja meninggalkannya di tadika.

Kanak-kanak tersebut dilihat sungguh petah dan bijak berkata-kata membuatkan hati setiap yang menonton pasti sedih dan tersentuh terutamanya dikalangan ibu-ibu yang terpaksa bekerja.

Air mata yang bertakung ketika berbual dengan ibunya memancarkan kejujuran hati kecilnya yang sangat sedih apabila terpaksa berpisah seketika dengan ibu kesayangannya yang terpaksa bekerja demi memenuhi tuntutan hidup.

Hati ibu mana yang tidak sedih, sebagai seorang ibu, jika diberi pilihan pasti tidak mahu berpisah dengan anak-anak. Dan pastinya sebanyak masa yang boleh ingin dihabiskan bersama anak-anak, namun apa kan daya.

Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, dan demi masa depan anak-anak yang lebih cerah, rata-rata ibu terpaksa membuat keputusan untuk bekerja demi meringankan beban suami dan keluarga.

 

Ekonomi Dunia Tak Menentu

Lihat saja keadaan ekonomi dunia yang sering turun naik dan tidak menentu, tambahan pula dengan kos sara hidup yang sangat tinggi pasti ramai ibu bapa yang terpaksa memilih untuk bekerja untuk memberikan keselesaan kepada anak-anak mereka.

Tanpa perlu melihat jauh, lihat sahaja keadaan kehidupan rakyat Malaysia. Golongan berpendapatan sederhana lebih tinggi dari golongan-golonan yang kaya.

Ini membuatkan ramai yang terpaksa bersaing dan membuat kerja lebih agar kehidupan anak-anak lebih selesa dan mampu untuk menyediakan keperluan hidup anak-anak dari segi makan, tempat tinggal dan juga pendidikan yang baik supaya tidak ketingaalan.

 

Dilema Ibu Bekerja

Hampir semua ibu-ibu yang bekerja akan menghadapi kesukaran untuk melepaskan anak-anak mereka dibawah jagaan orang lain terutamanya anak-anak yang masih kecil dan belum pandai berdikari.

Jika diberi pilihan, pasti ramai ibu-ibu yang akan memilih untuk menjadi suri rumah dan menjaga anak serta keluarga mereka dengan tangan sendiri.

Namun begitu, dengan kos sara hidup yang sangat membebankan membuatkan ibu-ibu juga terpaksa keluar bekerja.

Jangan sangka ibu yang tenang, tidak menangis didalam hati. Apabila anak-anak dilepaskan bawah jagaan pengasuh, bermacam-macam benda yang akan berada di fikiran. Dengan isu kekejaman pengasuh yang semakin banyak disiarkan, pasti tidak tenang hati seorang ibu bila anaknya jauh dari mata.

Tambahan pula dengan kes-kes penculikan kanak-kanak yang semakin berleluasa sekarang, lagi bertambah kegelisahan ibu memikirkan keselamatan anak-anak di rumah pengasuh mahupun di sekolah.

Cari Masa Tebus Masa Kualiti Dengan Anak-anak

Sebagai ibu bapa yang terpaksa bekerja, anda perlu bijak untuk menawan semula hati anak-anak agar mereka tidak rasa terabai dan jauh dengan ibu bapa.

Sudah sibuk bekerja dan bersekolah selama 5 hari, apa kata luangkan aktiviti hari minggu dengan aktiviti yang menyeronokkan dan boleh merapatkan lagi hubungan kekeluargaan anda dan anak-anak.

Tidak semestinya perlu buat aktiviti diluar, aktiviti di rumah sahaja sudah cukup asalkan anak-anak gembira dan rasa rapat dengan ibu bapa.

Lagi-lagi jika anak-anak masih kecil, aktiviti yang mudah seperti membasuh kereta, bermain air di garaj rumah, aktiviti-aktiviti kraf pastinya membuatkan anak-anak seronok dan dalam masa yang sama boleh merangsang otak dan perkembangan mereka.

Yang penting, ibu bapa perlu rancang masa kualiti dengan keluarga sehabis baik dan meluangkan sebanyak waktu yang boleh bersama anak-anak kita.

Masa anak kecil lah kita dapat peluang untuk sentiasa ada dengan mereka, kelak bila masing-masing dah dewasa dan bekeluarga kita pula ibu bapa yang menanti-nanti anak untuk luangkan masa dengan kita.

KATA ORANG

KATA ANDA

Jika anda seorang ibu yang bekerja, apa yang anda harapkan?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN