Perbuatan menghalang laluan kenderaan sama ada melakukan ‘double park’ atau tidak meletakkan kenderaan dengan keadaan yang sepatutnya sudah menjadi perkara biasa di mana-mana sahaja.

sumber: nst

Baru-baru ini tular di media sosial sebuah kereta Toyota Vios dicalarkan kerana dipercayai telah menghalang laluan keluar kenderaan di Kuching, Sarawak. 

sumber: the reporter

Nampak seperti remeh tetapi perkara ini juga merupakan antara permasalahan yang sering terjadi sehingga boleh mencetuskan pergaduhan.

 

Apabila Kemarahan Menguasai Diri

Berdasarkan portal myhealth.gov, undang-undang dan etika sosial telah menetapkan batasan untuk membolehkan seseorang meluahkan perasaan marah. 

sumber: maskulin

Apabila perasaan marah tidak dapat diuruskan dengan baik, seseorang boleh mengalami kecederaan secara fizikal dan emosi akibat daripada tindak balas orang lain.

Perasaan marah yang menguasai diri juga boleh dianggap bahaya kerana boleh mendorong seseorang itu untuk bertindak di luar kawalan yang boleh mengakibatkan kecederaan kepada orang lain dan dirinya sendiri.

Bukan itu sahaja, perasaan marah yang berpanjangan boleh menyumbang kepada penyakit seperti darah tinggi, penyakit jantung, strok dan gangguan psikologikal.

 

Perkara Kecil Boleh Jadi Besar

Tidak salah kalau mahu ‘double park’ di belakang kereta orang lain disebabkan kekurangan tempat letak kereta di kawasan tersebut, tetapi janganlah sampai pentingkan diri sendiri.

Bukan susah untuk meninggalkan nombor telefon atau melepaskan brek tangan jika meletakkan kenderaan untuk jangka masa yang lama kerana mudah untuk dihubungi dan dialihkan. 

sumber: akif imtiyaz

Jika dilihat, perkara ini kecil sahaja, tetapi apabila perkara kecil ini diabaikan, maka timbul pula masalah yang lebih besar pula sehingga boleh berlakunya perbalahan.

 

Jangan Bertindak Secara Terburu-Buru

Bagaimana pula jika berhadapan dengan pemandu yang jenis ‘keras kepala’ dan suka pentingkan diri sendiri ini?

Sebenarnya perkara sebegini boleh dibawa berbincang dengan secara baik tetapi jika pemilik kereta yang degil itu masih enggan berunding, anda boleh terus menghubungi pihak majlis perbandaran dan polis untuk tindakan selanjutnya.

Kita hidup bermasyarakat di Malaysia ini seharusnya perlu bertolak ansur dan menghormati hak antara satu sama lain, dan janganlah membuat undang-undang sendiri dengan merosakkan kenderaan orang lain kerana ia satu jenayah.

 

 

Tetapi janganlah sampai menguji kesabaran pemandu lain pula jika pemilik kereta mahu yang sudah membunyikan hon selama setengah jam, tetapi anda sibuk bersembang tanpa menghiraukan apa yang terjadi. Akhirnya kereta pula menjadi mangsa dan salah siapa lagi?

 

Tindakan Undang-Undang

Mungkin anda rasa tindakan merosakkan kereta mereka yang tidak bertanggungjawab itu betul, tetapi sebenarnya salah di sisi undang-undang.

Meletakkan kenderaan di hadapan rumah jiran atau di persekitarannya dan menyebabkan halangan lalu lintas boleh disabitkan di bawah seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit dan tidak lebih 5 ribu ringgit atau dipenjarakan tidak kurang daripada satu tahun atau kedua-duanya.

Manakala kepada mereka yang melakukan kerosakan kepada kereta yang ‘double park’ ini juga salah dan boleh didakwa di bawah LN166/59 Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 di mana dikenakan denda sebanyak RM300 .

Namun tindakan undang-undang ini juga bergantung kepada jenis kesalahan dan bentuk hukuman juga berbeza-beza. Jangan sesekali membuat undang-undang sendiri sebaliknya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyelesaikannya.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa kata anda?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN