Amat mengejutkan apabila warga negara China paling banyak membeli rumah di Malaysia iaitu 1,664 unit manakala Bangladesh pula berada di ranking ketiga tertinggi 250 unit daripada 10 negara asing yang memiliki hartanah di negara ini menerusi program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H).

Perkara itu didedahkan oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah menerusi data daripada Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC).

Data tersebut adalah daripada tempoh 2007 hingga 2018.

Tambahnya berdasarkan data Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pula sebanyak 106,197 isi rumah bukan warganegara memiliki unit perumahan di seluruh negara.

Program Malaysia Rumah Kedua diperkenalkan pada 2002 untuk menarik warga asing menetap di Malaysia, terutama mereka yang sudah bersara atau untuk tujuan perniagaan.

Jumlah unit rumah yang dimiliki warga asing:

1) China- 1,664 unit.
2) United Kingdom -357 unit.
3) Bangladesh -250 unit.
4) Iran – 217 unit.
5) Jepun -208 unit.
6) Pakistan -192 unit.
7)Singapura -175 unit.
8)Australia -147 unit.
9)Republik Korea -127 unit.
10) Amerika Syarikat -115 unit.
11) lain-lain -1,047 unit.

Mengapa rakyat China sangat berminat membeli rumah di Malaysia?

Sumber: svz.com

Menurut laporan EdgeProp.my yang memetik akhbar berbahasa Inggeris, antara faktor utama yang mempengaruhi pembeli rumah dari China adalah kadar pertumbuhan hartanah, keselamatan awam, akses kepada institusi pendidikan dan kemudahan penjagaan kesihatan. Dan Malaysia memiliki semuanya.

 

Sumber: Iluminasi

Kata Perdana Menteri, Datuk Seri Tun Dr. Mahathir Mohamad pula, ia berkaitan pembeli asing di dalam projek mega Forest City di Johor, telah menarik perhatian ramai terhadap pembeli-pembeli rumah dari China.

Bagaimanapun, Dr. Mahathir berkata, Putrajaya mengalu-alukan pelaburan terus asing dari China, tetapi bukan rakyat China membeli tanah dan `menguasai bandar-bandar di Malaysia’.

Sumber: FMT

Satu lagi faktor mendorong orang China beramai-ramai me­labur ke dalam pasaran hartanah Malaysia ialah harga rumah kediaman yang sangat mahal di kota-kota besar China.

Menurut Naib Presiden Persatuan Pembangunan Perdagangan Asia-Eropah, Chen Chao pula, harga rumah kediaman di China telah meningkat melangkaui tahap mampu milik di kebanyakan tanah besar China.

Sebagai contoh Beijing, di mana rumah kediaman di pusat kota telah mencecah 100,000 yuan setiap kaki per segi atau RM60,278.

Bagi kota tahap kedua pula, ia mencecah 40,000 yuan atau RM24,111 kaki per segi, seperti di Hangzhou dan Xiamen.

Tarikan lain ialah hak milik bebas pegangan dan pajakan 99 tahun boleh didapati di Malaysia.

 

Rumah Mampu Milik Hanya Mampu Tengok Buat Rakyat Malaysia

Ramai yang berangan mahu memiliki rumah sendiri terutamanya mereka yang sudah berkeluarga. Bagaimanapun, ramai juga yang tidak mampu memiliki rumah kerana pendapatan isi rumah yang tidak setara dengan harga rumah yang mahu dibeli.

Sumber: Hartabumi

Bank Negara Malaysia (BNM) menyifatkan rumah berharga di antara RM300,000 dan RM500,000 tidak boleh dikategorikan sebagai rumah mampu milik bagi isi rumah yang memperoleh pendapatan pertengahan.

BNM berkata, berdasarkan pendekatan Hutang Kos Perumahan, harga maksimum sebuah rumah mampu milik dianggarkan hanya RM282,000, memandangkan pendapatan isi rumah golongan pertengahan pada 2016 adalah sebanyak RM5,228 berdasarkan Kajian Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah, Jabatan Statistik.

Statistik tersebut menunjukkan harga rumah di Malaysia dijual dengan harga yang sangat tinggi.

Situasi ini berlaku bukan kerana tiada permintaan untuk membeli rumah, sebaliknya harga yang ditawarkan tidak mampu untuk dibeli oleh mereka yang terdiri daripada golong B40 dan M40 khususnya.

Mengikut piawaian antarabangsa, kategori ‘rumah mampu’ ialah rumah yang dijual dengan harga kurang tiga kali ganda pendapatan isi rumah median tahunan.

 

Sebab Rakyat Malaysia Tidak Mampu Beli?

Dari tahun 2007 sehingga 2016, harga rumah meningkat 9.8 peratus manakala pendapatan isi rumah rakyat negara ini hanya meningkat 8.3 peratus.

BNM dalam laporan baru-baru ini bertajuk Rumah Mampu Milik : Cabaran Dan Penyelesaian melaporkan harga median rumah di Malaysia dicatatkan RM313,000 berbanding harga maksimum mampu milik, RM282,000.

Melalui laporan itu, bilangan kediaman tidak terjual di Malaysia berada pada tahap tertinggi dalam sedekad iaitu 146,497 unit pada suku kedua 2017, meningkat dari 130,690 unit pada suku pertama 2017.

Jadi, persoalannya, siapa yang mahu dipersalahkan? Sampai bila golongan pertengahan dan bawahan ini mahu menyewa kediaman? Ramai yang berharap bahawa ura-ura mengatakan harga hartanah khususnya kediaman akan turun dalam tempoh terdekat menjadi kenyataan.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, perlukah lambakan warga asing membeli hartanah di Malaysia?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN