Sumber: Projek MM

Sebut sahaja etak mesti ramai yang mengingati makanan-makanan unik itu di negeri pantai timur. Lebih-lebih lagi ramai yang menjualnya ketika musim kemarau atau musim air surut kerana hasil yang banyak. Tetapi tahukah anda, etak telah dilarang untuk ditangkap?

Sudah Dikuatkuasakan

Larangan ini bukan perkara baru memandangkan telah lama dikuatkuasakan di negeri Pahang. Perkara ini telah dimaklumkan oleh Pengarah Perikanan Negeri Pahang melalui notis-notis pemberitahuan yang ditampal di kawasan yang menjadi tangkapan etak oleh orang ramai.

Sumber: Aku Anak Pahang

Bukan setakat etak, spesis-spesis moluska yang lain seperti remis dan kijang turut tidak dibenarkan ditangkap, dimiliki atau dijual. Menurut Pengarah Perikanan Negeri Pahang, Azhari Othman, larangan tersebut dilakukan ekoran hidupan itu merupakan makanan utama ikan-ikan asli di Sungai Pahang.

Berdasarkan laporan Sinar Harian, etak merupakan makanan ikan asli di sungai seperti ikan muncung, ikan temelian dan ikan patin. Kekurangan spesis moluska akan menyebabkan ekosistem di kawasan pembiakan ikan-ikan tersebut tidak stabil yang akhirnya akan menyebabkan ikan-ikan sungai pupus.

Dalam masa yang sama, Azhari berkata, beliau melahirkan rasa kesal terhadap individu yang mementingkan diri sendiri dengan membawa lori bagi mengaut hasil etak dan spesis-spesis moluka untuk mengaut keuntungan diri sendiri.

Tetapi kenapa masih berleluasa?

Memandangkan Pahang merupakan negeri yang besar dan luas, kekurangan anggota penguatkuasa dari Jabatan Perikanan Pahang menjadi faktor mengapa tangkapan etak masih lagi berleluasa.

Bagi mereka yang melanggar peraturan dengan menjual etak di tempat awam dan media sosial, mereka akan dikenakan denda di bawah kaedah-kaedah perikanan (perairan sungai) 1991 Negeri Pahang – Dengan Perintah Pengarah Perikanan Negeri Pahang.

Pandangan Warga Setempat

Rata-rata penduduk setempat tidak bersetuju dengan perlaksanaan larangan tersebut. Ada yang berpandangan aktiviti ini bukan dilakukan sepanjang waktu, sebaliknya hanya pada tempoh-tempoh tertentu khususnya pada musim kemarau.

Sumber: Sinar Harian

Selain itu, ada yang berpendapat aktiviti menangkap etak hanyalah sebagai aktiviti sosial sampingan bersama keluarga ketika waktu lapang selain menikmati hidangan eksotik pada ketika itu sahaja. Aktiviti tersebut bukan bertujuan untuk mencari keuntungan sehingga menjejaskan alam sekitar.

Bagi para peniaga, sudah tentu mereka tidak bersetuju dengan penguatkuasaan larangan tersebut. Bagi peniaga, mereka menjual etak secara kecil-kecilan bagi mencari pendapatan sampingan untuk mendapatkan duit lebih ketika musim kemarau.

Walau bagaimanapun, tangkapan etak dan spesis-spesis moluska sudah pun diwartakan haram oleh Jabatan Perikanan Pahang. Pihak penguatkuasa secara ad-hoc perlu diwujudkan ketika musim kemarau bagi memastikan tidak ada pihak yang mengambil kesempatan dengan menangkap etak secara banyak.

Sumber: Harian Metro

Bagi tangkapan yang minima oleh penduduk setempat mungkin boleh dipertimbangkan oleh pihak jabatan selagi mana tidak menjejaskan ekosistem hidupan sungai setempat.

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajarkah larangan tangkapan etak dilakukan?
8 votes · 8 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN