Proses kehamilan merupakan fasa yang sangat rapuh dan ibu serta bayi sangat mudah terdedah kepada bahaya. Lagi-lagi ketika di awal kehamilan, ibu-ibu yang disahkan hamil pasti akan dinasihatkan doktor untuk lebih berjaga-jaga dan tidak terlalu aktif dalam melakukan aktiviti harian.

Ini kerana, di fasa inilah, janin bayi sedang membentuk organ-organ dan anggota-anggota badan dan sebarang perkembangan yang tidak normal boleh dikesan seawal 12 minggu.

Kerana itu juga lah sejurus seorang ibu disahkan hamil doktor akan menyarankan mereka untuk mengambil suplemen dan vitamin supaya dapat membekalkan nutrien yang secukupnya untuk bayi mereka.

Namun semua ketentuan sudah tertulis, bukan semua ibu-ibu yang hamil dapat melihat bayi mereka kerana beberapa komplikasi yang dialami.

Baru-baru ini, pelakon jelita Fasha Sandha berkongsi di laman sosial Instagramnya tentang keguguran yang baru dialaminya untuk kandungan yang ketiga bersama suami barunya Aidil Aziz.

Fasha sempat meluahkan rasa kesal kerana tidak menjaga kandungan dengan baik dan terlalu aktif walaupun doktor sudah menasihatinya untuk lebih berjaga-jaga kerana kandungan masih baru.

Namun  begitu, Fasha dan Aidil dilihat menerima dengan redha ketentuan Ilahi dan meminta peminat dan orang ramai untuk mendoakan mereka.

Aidil juga dilihat sangat tenang dan redha walaupun sebelum ini dia dilihat sangat teruja untuk menimang zuriatnya yang pertama.

Namun siapa yang boleh mempersoalkan takdir Allah, semoga kisah ini dijadikan pengajaran agar ibu-ibu yang baru disahkan hamil lebih berhati-hati dalam menjaga kandungan mereka.

 

Kenapa ‘Show Off’ Sangat

Dalam pasangan Fasha dan Aidil melalui detik sedih mereka dek kerana keguguran yang dialami Fasha, masih ada warganet yang bermulut puaka mengatakan seolah-olah ini adalah akibat terlalu ‘show off’ dengan kehamilannya.

Seperti ramai yang tahu, seawal 3 minggu Fasha sudah mengumumkan kepada orang ramai tentang berita kehamilannya.

Namun begitu, sebagai manusia tidak wajar untuk mereka berkata demikian kerana itu adalah hak mereka jika mereka ingin berkongsi dengan orang ramai mahupun merahsiakannya.

 

Scan Kandungan Untuk Tahu Perkembangan Bayi

Sejurus selepas seorang ibu disahkan hamil, pasti ramai yang tidak sabar untuk scan dan lihat malaikat kecil mereka.

Malah ramai yang akan menjadikan ia rutin wajib bulanan agar dapat melihat perkembangan bayi mereka saban hari.

Malangnya  ada yang mengatakan tidak bagus untuk terlalu kerap scan kerana frekuensi alat tersebut boleh menggangu perkembangan janin.

Namun begitu, lebih banyak kebaikan daripada keburukan yang boleh dilihat.

Yang paling utama ialah doktor dalam mengesan sebarang masalah dan abnormaliti janin jika ada. Dan ini secara tidak langsung mampu mengelak sebarang risiko yang lebih besar di masa hadapan.

Dengan teknologi perubatan yang semakin maju sekarang, ibu dan ayah juga sudah boleh melihat rupa bayi mereka melalui imbasan 4D.

Yang penting, dalam kita seronok melihat telatah si kecil di dalam perut, tahap kesihatan dan perkembangannya turut boleh dipantau.

 

Hikmah Disebalik Keguguran

Bagi ibu-ibu yang mengalami keguguran pasti berat hati menerima kehilangan zuriat yang diidam-idamkan. Namun begitu, bagi yang beragama Islam, setiap keguguran dan kematian janin di dalam kandungan dianggap akan menjadi saham untuk ibu dan ayah di akhirat kelak.

Ini kerana, anak-anak syurga inilah yang akan menjadi insan yang menarik ibu bapa mereka ke Syurga dengan izin Allah.

Dalam berat hati kita menerima kehilangan mereka, tapi percayalah mereka sedang berbahagia di sana.

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda mengenai isu ini?
3 votes · 3 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN