Bila bercakap mengenai aktiviti bermain gelongsor air, siapa sahaja yang tidak suka bukan?

Namun, dalam pada keghairahan bermain gelongsor air itu ada risikonya!

Sumber: mirror.co.uk

Yang terbaru, seorang pelancong British yang dikenali sebagai Jade Graves, 29, dilaporkan terlibat dalam kemalangan ketika sedang bermain di Taman Air Aqua Paradise di Nessebar, Bulgaria, Eropah yang mana salur darahnya terputus selepas terhempas kuat ketika menaiki gelongsor air ekstrem.

Difahamkan, pelancong itu menaiki gelongsor air yang berketinggian 72 kaki (22 meter) dengan kecerunan 90 darjah sebelum terhempas ke dalam kolam dan mengakibatkannya kehilangan banyak darah.

Ketika kejadian, Graves merasakan kesakitan yang sangat perit di bahagian bawah pelvisnya selepas menuruni gelongsor air lalu memasuki ke dalam kolam tersebut dan terkejut apabila melihat darah mengalir di kakinya.

Doa juga mendakwa dirinya menjadi lemah dan pitam akibat kehilangan darah yang banyak, dan menghabiskan empat hari di hospital selepas menjalani pemindahan darah dan pembedahan.

 

Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang

Sumber: Daily Mail

Akibat kejadian itu, Graves sedang mempertimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik taman tema itu selepas dirinya terpaksa berdepan dengan trauma.

Ketika kejadian, Graves telah mengikut semua peraturan yang diberikan namun tidak menyangka situasi buruk berlaku ke atas dirinya.

Maka, dia membuat keputusan untuk mengupah seorang peguam bagi menyiasat kejadian tersebut kerana tidak mahu pengunjung lain menerima nasib yang sama sepertinya.

 

Taman Air Aqua Paradise Dikategori Paling Menakutkan Di Eropah

Sumber: Daily Mail

Zaman sekarang ini, macam-macam reka bentuk gelongsor air kita dapat jumpa. Ada gelongsor air jenis ‘roller coaster’ dan ada pula jenis gelongsor yang curam serta panjang sehingga mencipta rekod dunia!

Semuanya direka untuk memberi kepuasan kepada pengunjung dari dalam dan luar negara. Bagi Taman Air Aqua Paradise ini, gelongsor air yang bernama ‘The Space Jam’ itu boleh dikatakan antara yang paling menakutkan dalam kalangan warga Eropah.

Ketinggian 72 kaki (22 meter) itu bukanlah ketinggian yang biasa-biasa. Silap langkah, ia boleh meragut nyawa.

 

Prosedur Sebelum Main Gelongsor Air

Jadi, apa-apa pun sebelum hendak bermain aktiviti yang melibatkan air atau gelongsor air, fikirkan dahulu kesan dan akibatnya.

Jika ada masalah kesihatan, seeloknya jangan cari nahas dan merisikokan diri sendiri kerana malang sama sekali tidak berbau.

Ada sesetengah taman tema tidak mahu menanggung apa-apa risiko sekiranya kemalangan berlaku. Jadi, beringat-ingatlah sebelum hendak berseronok.

Keselamatan harus sentiasa jadi keutamaan memandangkan aktiviti gelongsor air ini merupakan antara aktiviti paling berbahaya dan berisiko untuk mendapat kecederaan.

Antara kecederaan yang paling kerap berlaku melibatkan luka, risiko tulang patah, gegaran, dan kecederaan tulang belakang.

Sebelum bermain gelongsor air, saiz dan berat badan seseorang itu juga memainkan peranan penting kerana untuk mereka yang berbadan kecil, risiko untuk tercampak keluar dari gelongsor itu tinggi.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda seorang penggemar aktiviti gelongsor air?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN