Kecoh satu Malaysia tentang pokok petai menangis di Kelantan. Dikatakan keanehan sebatang pokok petai berusia 30 tahun di Kampung Petani, Sering Kota Bahru yang mengeluarkan air jernih seperti hujan renyai-renyai sejak lebih seminggu lalu menarik perhatian penduduk setempat.

 

Fenomena itu dikatakan berlaku dari jam 8 malam hingga 6 pagi. Disebabkan rasa pelik pokok itu mengeluarkan air, penduduk di kawasan itu merasakan ia pokok yang ajaib dan jarang ditemui.

Disebabkan tular, setiap malam berpuluh-puluh penduduk datang untuk menyaksikan sendiri dengan mata kepala mereka.

Sumber:Astro Awani

Ada yang sanggup tadah air yang keluar daripada pokok petai itu untuk minum, basuh muka malah ada yang buat mandian.

 

 

 

Rupanya Terbongkar Air Pokok Petai Daripada Serangga

Akibat ramai sangat yang sanggup beratur untuk menadah air daun petai itu sehingga dijadikan ubat, akhirnya misteri pokok petai itu terbongkar juga apabila disiasat ianya berpunca daripada serangga yang dikenali sebagai Cicada atau Riang-riang yang kencing setelah menghisap lebihan air dari pokok tersebut.

Sumber:Says.com

Menurut Ahli Zoologi dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Dr Abdul Hamid Ahmad, sesetengah spesis Cicada hinggap di dahan-dahan pokok dan akan menghisap cairan zat makanan daripada pokok tu menggunakan mucungnya.

Sumber:Kosmo

Namun, kandungan karbohidrat dalam cairan pokok itu sangat sedikit dan ini menyebabkan serangga itu menghisap lebih banyak cecair lalu mengeluarkan lebihan cecair itu menerusi saluran pencernaan.

Kata Dr Abdul Hamid, serangga berkenaan hidup secara berkumpulan dan apabila sekumpulan serangga riang-riang ini membuang lebihan cairan zat yang dihisap, ia akan kelihatan seperti hujan.

Dalam masa sama, beliau menegaskan, fahaman tidak benar seperti menjadikan air itu sebagai ubat penawar perlu dihentikan kerana ianya merupakan fenomena alam semula jadi.

Sementara itu, Dr Abdul Hamid berkata, sekalipun air yang diminum itu tidak berisiko dan mendatangkan mudarat, namun orang ramai dinasihatkan mengelak kerana kerana cecair itu berpunca daripada air kencing Cicada.

Sumber:Siakap Keli

Rupanya selama ini penduduk di kampung berkenaan minum air kencing daripada seranggalah. Walaupun tidak berbahaya tetapi ia dikira air najis la sebab keluar dari sistem pencernaan.

Siasatlah dulu sebelum nak buat ubat pun. Jangan percaya kepada benda yang aneh, ia sekadar air kencing dan tidak ada benda yang pelik pun.

 

Jangan Sampai Syirik

Selepas melihat kepercayaan penduduk di negeri itu bahawa pokok petai menagis adalah ajaib, Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad mengingatkan masyarakat agar tidak terlalu taksub dengan kejadian aneh seperti pokok boleh merembas air kerana dibimbangi boleh terjerumus kepada syirik.

Sumber:ikimfm.my

Mohamad Shukri berkata apabila terlalu taksub sehingga percaya kejadian aneh mampu mendatangkan kebaikan atau menolak keburukan boleh dianggap syirik kecil atau syirik tersembunyi.

Katanya, mempercayai perkara yang aneh juga boleh merosakan akidah umat Islam.

Difahamkan kejadian yang sama pernah berlaku empat tahun yang lalu, dan Mohamad Shukri berkata masyarakat juga sepatutnya mengambil iktibar dari pengalaman lepas kerana kejadian seumpama itu bukan pertama kali berlaku di negeri ini.

Lebih serius lagi, air yang dikatakan keluar dari pokok petai itu juga belum dipastikan kandungan atau kebersihannya dan mungkin boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan jika diminum.

Itulah sikap masyarakat di negara kita, apabila menemui perkara atau benda yang aneh dianggapnya sebagai mukjizatlah, ubatlah, segala macam yang boleh mendatangkan syirik.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah masyarakat kita hari ini lebih percaya perkara karut?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN