Sampai bila Malaysia akan menjadi lubuk kebanjiran warga asing? Beribu-ribu kes sudah dilaporkan berhubung gejala sosial dan keselamatan rakyat tempatan yang diragut oleh warga asing ini? Penguatkuasaan lemah sudah muak rakyat Malaysia dengar.

Adakah rakyat Malaysia akan pupus kerana lambakan warga asing ini? Kalau keadaan ini berterusan tidak ada guna ada kerajaan. Kerajaan lama mahupun kerajaan baharu dilihat sama sahaja.

Warga asing semakin bermaharajalela di negara ini. Kemasukannya pula berjuta-juta ke Malaysia atas alasan pekerjaan dan sebagainya. Ada kerajaan fikir keselamatan rakyat sendiri? Ini bukan isu baharu tetapi sudah lama rakyat bangkitkan, namun tiada jalan penyelesaian solid dalam isu lambakan warga asing ini.

Warga Asing Pukul Hingga Mati Rakyat Sabah

Baru-baru ini, tular di media sosial sebuah video seorang bapa dipukul sehingga mati dan anaknya pula dikatakan dipukul sampai separuh sedar oleh warga asing atas dakwaan cuba mencuri di sebuah kedai runcit yang diusahakan oleh warga asing ini.

Mangsa, Abdul Shukur Abdullah, 57, disahkan meninggal dunia selepas beberapa jam menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth 1 (QEH1).

Anak mangsa, Mohammad Jumaskur Abdul Shukur, 31, masih menerima rawatan di QEH1.

Mereka dipukul di hadapan sebuah kedai runcit berhampiran surau di Kampung Petagas, Putatan pada selasa petang lalu.

“Jangan Sampai Ada Rusuhan Halau Warga Asing”

Susulan kes ini, rata-rata rakyat Malaysia terutama rakyat Sabah sangat terkilan dengan kejadian ini dan mereka mengharapkan pihak kerajaan baharu mengambil tindakan yang lebih tegas dan bukannya menjaga politik masing-masing.

Rakyat mengundi wakil rakyat bukan untuk jaga ‘poket’ mereka, tetapi jaga kebajikan dan kesemalatan rakyat. Lambakan warga asing sudah lama dibangkitkan.

Ulas mereka, jika kerajaan terdahulu tidak mengambil inisiatif menyelesaikan masalah warga asing ini, kerajaan baharu perlu bertindak lebih cergas dan bukannya menarik masuk berjuta-juta warga asing.

Sampaikan ada yang akan menggugut kerajaan baharu untuk mengadakan bantahan ataupun rusuhan untuk menghalau sendiri warga asing di negara ini, jika tiada tindakan susulan yang dilakukan oleh pihak kerajaan.

Antara Kes Melibatkan Warga Asing ‘Samseng’:

1) Disamun Dan Dibunuh

Sumber:XTRA

Pada 28 Mei 2019, pemandu kenderaan perkhidmatan e-hailing, Grab yang dilaporkan hilang dipercayai disamun dan dibunuh sebelum mayat mangsa dibuang di kawasan semak dekat pantai Kampung Shahbandar, Tuaran.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammmah, berkata hasil siasatan polis dan kerjasama syarikat Grab, polis berjaya mengesan dua penumpang terakhir yang menggunakan khidmat Grab dipandu mangsa.

Katanya, kedua-dua suspek berusia 20 tahun dan seorang daripadanya adalah warga asing. Kedua-dua suspek juga tidak bekerja.

2) Cubaan Tembak Dan Pukul

Sumber:Cinta & Famili – CARI Infonet

Pada 31 mei 2019, seorang pemandu perkhidmatan e-hailing mengalami kecederaan di kepala akibat dipukul dan ditembak menggunakan senapang angin oleh penumpangnya di Jalan FAC Matang di Kuching.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Denis Leong, berkata di awal kejadian pemandu yang berusia 40 tahun itu telah mengambil seorang penumpang warga asing di Kuching Sentral untuk dihantar ke Jantayu Strawberry Farm.

Semasa dalam perjalanan, suspek mengarahkan pemandu itu memberhentikan kenderaan, sebelum bertindak memukul kepalanya menggunakan tukul dan menembaknya menggunakan senapang angin buatan sendiri.

3) Perlakauan Luar Tabii Terhadap Kanak-Kanak

Pada 29 April 2019, dilaporkan seorang lelaki Bangladesh ditahan polis selepas disyaki melakukan seks luar tabii terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun di dalam tandas sebuah pasar raya di Station 18 di Ipoh, Perak.

Kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu dipercayai berlaku ketika mangsa membuang air kecil sendirian sementara ibunya berusia 38 tahun menunggu di hadapan tandas lelaki.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, ibu mangsa menyedari perbuatan itu selepas melihat muka anaknya pucat sejurus keluar dari tandas.

Menurutnya, suspek bertindak menguncikan diri dalam tandas selepas perbuatannya diketahui oleh keluarga mangsa.

Kemasukan Warga Asing Sebab Rakyat Malaysia Malas Bekerja?

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah membuat kenyataan bahawa kehadiran ramai pekerja asing di Malaysia adalah berpunca daripada sikap rakyat Malaysia yang tidak mahu membuat kerja-kerja tertentu walaupun mereka sebenarnya mampu melakukannya.

Menurut Tun Mahathir lagi, , disebabkan sikap rakyat tempatan yang sebegitu, maka peluang pekerjaan yang ada telah direbut oleh pekerja asing.

Dalam erti kata yang lain, menurut beliau, punca utama kenapa warga asing ramai di Malaysia adalah kerana sikap rakyat Malaysia yang malas bekerja terutamanya jika melibatkan kerja-kerja yang berat, merbahaya dan kotor.

Tetapi, persoalan ini dibangkitkan oleh rakyat sendiri, adilkah kerajaan bertindak sedemikian terhadap rakyat tempatan?

Sumber: Astro Awani

Ramai rakyat Malaysia yang sangat rajin berkerja sebagai pengangkut sampah, buruh kasar, penoreh getah atau petani di ladang-ladang kelapa sawit dan di sawah-sawah padi.

Mereka sanggup bangun pukul 3 pagi untuk ke ladang atau membanting tulang di tengah panas yang terik serta bergelumang dengan air selut yang kotor.

Adakah Tun Mahathir turun padang sendiri melihat rakyat tempatan yang berhempas pulas untuk mencari rezeki di negara sendiri?

Tidak wajar sebagai perdana menteri menyalahkan rakyat sendiri.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda tentang isu ini?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN