Hari ini semua jenis simpton yang dikaitkan dengan masalah jiwa akan dianggap sakit mental atau gila.

Ini sindrom simplistik masyarakat kita yang masih belum memahami banyak aspek mengenai perbezaan istilah klinikal psikiatrik.

Sumber:tagar.id

Masyarakat perlu faham asas lain mengenai gejala mental dan bukan semua isu mental relatif pada istilah gila.

Masalah kebimbangan melampau (anxiety), kemurungan (depress) dan ketegangan jiwa (stres) bukan istilah gila. Tiga simpton gangguan emosi ini kini merupakan fenomena penyakit yang meluas di kalangan rakyat negara ini.

Henti Label Pesakit Mental Gila, Tiga Suku Dan Senteng

Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad menggesa masyarakat menghentikan daripada melabel mereka yang menghadapi masalah kesihatan mental sebagai ‘gila’, ‘senteng’, ‘tiga suku’ dan pelbagai istilah yang mengaibkan yang mendorong mereka menjauhi daripada mendapatkan bantuan dan rawatan.

Sumber:The Star

Katanya, keadaan ini akan memberi kesan buruk terhadap mereka kerana tiada siapa yang mahu membantu, tetapi sebaliknya semua orang mudah menilai, secara hipotesis.

Dr Dzulkefly berkata penyelidikan menunjukkan tiga kecenderungan tertentu yang wujud terhadap mereka yang menghidap masalah itu, antaranya:

Sumber:Daily Rakyat

i) Ketakutan dan penyisihan.

ii) Autoritarianisme dan kebaikan yang terdapat niat positif tetapi sebaliknya menyebabkan mereka yang menghidap cabaran mental dipinggirkan.

Pendidikan Sangat Penting!

Untuk melenyapkan stigma ke atas mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental, pendidikan adalah pendekatan terbaik kerana ia boleh bermula di mana-mana peringkat.

Dan untuk itu, Kementerian juga telah memperkenalkan dan melaksanakan program Komuniti Sinar Perkasa Negara (KOSPEN) serta latihan kesihatan mental sebagai sebahagian daripada program latihan pekerja, untuk memperkukuh lagi usaha yang dilakukan melalui program KOSPEN.

Kata Dr Dzulkefly, penyebaran pemahaman yang lebih baik mengenai cabaran yang dihadapi oleh mereka yang menghidap masalah mental sangat penting.

Tambahan pula, ia boleh memupuk sokongan yang diperlukan dan membendung diskriminasi dan pengabaian terhadap mereka yang mengalaminya itu.

Apa Kata Rakyat Malaysia Pula?

Sebilangan besar rakyat Malaysia menyokong kenyataan Dr Dzulkefly yang mahu masyarakat hari ini tidak memandang serong terhadap mereka yang mengalami masalah mental dan berhenti memanggil mereka dengan panggilan yang mengaibkan.

Kadang-kadang dengan panggilan sebegitu akan menggalakan mereka untuk bertindak dengan lebih agresif. Sepatutnya ahli keluarga dan masyarakat sekeliling memberi dorongan yang kuat kepada mereka untuk jalani rawatan yang betul.

Namun, ada juga segelintir masyarakat menyatakan mereka yang alami masalah mental ini perlu tahu yang mereka ini gila, menjadi tiga suku dan senteng.

Ujar mereka, panggilan sebegitu tidak akan memberi impak besar kepada pesakit mental dan jika penyakit tersebut berpunca disebabkan keturunan, ia memang sukar untuk diubati.

Pelbagai pandangan diberikan oleh rakyat Malaysia, tetapi ia sekadar pendapat mereka sahaja. Kepada yang rasa mudah marah, tertekan dan murung, silalah dapatkan rawatan pakar dengan segera.

Hampir 30 Peratus Rakyat Malaysia Sakit Mental

Merujuk kepada data Kementerian Kesihatan September 2017 menunjukkan, 4.2 juta atau 29.2 peratus rakyat Malaysia berusia 16 tahun ke atas mengalami isu berkaitan masalah mental.

Anda mungkin tak percaya dengan fakta ini dan rasa ini hanya satu gurauan.

Sumber:Berita Harian

Tetapi ketahuilah bahawa pesakit-pesakit mental di Hospital Bahagia atau Tanjung Rambutan itu hanya mewakili 1 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Di sana, kebanyakan pesakit yang mengalami sakit mental kronik seperti skizofrenia atau split personaliti sahaja yang dirawat dengan rapi.

Bahayanya penyakit ini jika tidak mendapat rawatan yang sepatutnya dengan kadar segera, ia juga dikatakan pembunuh dalam diam.

Antara Kes Yang Dilaporkan

Tragedi bunuh diri dalam kalangan artis terkenal Barat dan bintang K-Pop menyebabkan dunia mulai heboh bercakap mengenai kesan penyakit kemurungan serta potensi bunuh diri pesakit ini.

1) Heath Ledger

Sumber:Yahoo Finance

Pada 22 Januari 2008, pelakon watak Joker dalam filem Batman itu ditemui mati bunuh diri. Kejadian ini mengejutkan dunia kerana bintang muda berusia 28 tahun itu hidup dalam kemasyhuran.

2) Chris Cornell

Sumber:Seattle Weekly

Pada 18 Mei 2017, vokalis Audio Slave pula ditemui mati bunuh diri. 

3) Chester Bennington

Sumber:Upset Magazine

Pada 20 Julai 2017, vokalis Linkin Park, juga ditemui mati. Penyanyi terkenal ini membunuh diri selepas meraikan ulang tahun anaknya. 45 minit sebelum tragedi itu, dia dikatakan dalam keadaan sangat gembira.

4) Kim Jonghyun

Sumber:Koreaboo

Pada 18 Dismeber 2017, penyanyi bintang boy band K-Pop dilaporkan mati akibat membunuh diri selepas menghidu asap karbon monoksida yang dibakar dalam biliknya itu.

Kematian akibat mental atau tekanan ini juga pernah berlaku sejak era Jimi Hendrix (1970), Elvis Presley (1977) dan Kurt Cobain (Nirwana 1994).

Tidak saja di Hollywood dan arena K-Pop, Bollywood turut dilanda tragedi bintang terkenal mati bunuh diri. Antaranya, Jiah Khan (2013) dan Diva Bharti (1993). Malah, aktres lagenda Parveen Babi juga ditemukan mati bunuh diri (2005).

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda mengenai isu ini?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN