Senario biasa yang selalu kita lihat apabila khemah dipasang di hadapan rumah terutamanya di kawasan taman-taman perumahan jika adanya majlis perkahwinan, kematian atau apa sahaja majlis keramaian.
Tetapi jangan terkejut kalau anda kena saman kerana didakwa menghalang laluan jiran-jiran anda. Tak pasal-pasal melayang RM1000.
Jangan biarkan perkara ini terjadi di majlis anda. Perlu ketahui undang-undang yang sedia ada.
Pasang Khemah Halang Lalulintas Adalah Kesalahan
Ada undang-undang yang memperuntukkan begitu. Perkara ini telah termaktub di bawah Seksyen 46(1)(a) bagi Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974. Seseorang itu dikira melakukan kesalahan jika mendirikan atau membenarkan sebarang binaan atau halangan di mana-mana tempat awam.
Akta tersebut menyatakan bahawa penubuhan apa-apa jenis bahan yang boleh menghalang kawasan awam dianggap suatu kesalahan. Anda bertanggungjawab untuk kesalahan tersebut, di mana anda boleh ditangkap tanpa waran atau didenda tidak melebihi RM500. Sekiranya kesalahan ini berterusan, denda akan ditingkatkan, sabitan kali kedua atau kali kemudian didenda tidak melebihi RM1,000.
Walau bagaimanapun, terdapat suatu pengecualian yang diberikan kepada peraturan ini untuk halangan sementara pada hari kebesaran, dan sebagainya.
“(4) Tiada apa-apa jua dalam subseksyen ini boleh menghalang pihak berkuasa tempatan daripada membenarkan apa-apa binaan sementara di sesuatu tempat awam atau penggunaan sementara mana-mana bahagian sesuatu tempat awam pada hari kebesaran dan upacara.”
Ini bermaksud, bahawa Akta ini memberikan kuasa kepada pihak berkuasa tempatan untuk membenarkan orang awam menubuhkan khemah di hadapan rumah mereka semasa majlis, perayaan ataupun upacara.
Perlu Dapat Kelulusan PBT
Jangan terkejut pula, ada serbuan dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di majlis anda.
Ada orang laporkan kepada pihak PBT untuk diambil tindakan dan memang ia satu kesalahan mengikut undang-undang tersebut.
Perkara ini sudah lama dibuat pun, kalau ada majlis yang hendak dibuat dikawasan jalan raya atau yang memerlukan untuk memasang khemah melibatkan laluan utama, ia perlu mendapat kelulusan pihak PBT terlebih dahulu.
Setiap daerah ada PBT di kawasan masing-masing, sebagai contoh MPS, MBPJ, DBKL dan lain-lain lagi. Pergi pejabat, ambil borang, isi maklumat majlis bila akan diadakan dan dimana, dan dapatlah permit.
Kena ingat, gantung permit di khemah anda, biar jiran-jiran tahu khemah anda dibina atas permit dan tiada kesalahan membina khemah di laluan mereka.
Tak macam di kampung, kawasan depan rumah dah luas, pacak je khemah tak ada orang marah pun, tak perlu minta kelulusan pun, buat atas tanah sendiri.
Orang datang makan dan balik. Kenyang perut.
Perlu Budi Bicara Juga
Namun, masalah sebegini tidak selalu berlaku jika adanya budi bicara dari kedua-dua pihak. Jika anda perlu menggunakan laluan utama kejiranan untuk membuat majlis, beritahulah secara baik untuk mengelakkan sebarang masalah.
Tetapi, harus diingatkan, kawasan kejiranan yang penuh sesak seperti di perumahan flat dan apartment kurang sesuai untuk dibuat majlis keramaian.
Ada juga tempat tidak dibenarkan bina khemah atas jalan, kerana mungkin berlaku kesesakan atau sebagainya. Pihak pengatur majlis pun kena fikirkan jiran-jiran sekeliling juga. Jangan nak pentingkan diri sendiri.
Kalau rasa tak boleh bina khemah, sewalah dewan atau tempat yang lebih sesuai. Asalkan majlis anda berjalan dengan lancar.
Sifat memupuk kejiranan perlu disemai antara jiran-jiran sekeliling supaya tiada yang dengki dan laporan pada pihak berkuasa. Kalau tak susahlah, PBT angkut khemah kenduri pula.
Kenali jiran anda, jangan sombong pula. Ini jiran sebelah pun tak kenal batang hidung, macam-mana jiran nak tolong kita nanti.
KATA ORANG
pasang 2,3 hari awal lps tu cabut 2,3 hari lepas tu takpe lah, jgn letak khemah kat main road je, bukan smue orang mampu nk sewa dewan, and bukan smue kenduri nk kene sewa dewan. bertolak ansur lah kan, apebende hidup berjiran bende gini pon takbleh bincang https://t.co/H9di1yhY7N
— Grayz™ (@fayyadhizzat) February 11, 2019
Actually issue ni kalau kawasan rumah kau kat jln besar or jln utama org lalu lalang maybe la ganggu. Kalau lorong rumah biasa setakat khemah pasang 2 hari takde issue la. Lg pun kenduri org tu bkn setiap mggu.
— zhrixzyd (@ZeeyadZahari) February 10, 2019
Nak pasang khemah boleh je takde masalah. Ni ada pulak kenduri hari sabtu tapi khamis dah start susun kerusi bagai
— mek (@IkmalTarmizi) February 10, 2019
Halahh halahh xkan pasal pasang khemah kenduri pn nak kena denda.. aku stay kawasan taman cina kot tapi jiran cina aku siap info klu ada kenduri sbb nak pasang khemah.. benda boleh bincang kot haha
— farra® (@aqfarraaa) February 9, 2019