Memiliki sebuah keluarga yang bahagia pastinya menjadi impian setiap pasangan berumah tangga terutama apabila hubungan suci yang dibina dikukuhkan dengan sifat saling memahami dan sayang-menyayangi antara satu sama lain.

Sumber: Wanista.com

Perkahwinan ialah proses mengatur kehidupan supaya anak-anak yang lahir bakal menjadi generasi pelapis yang beriman dan kuat jati diri.

Selain wanita yang bergelar isteri dan ibu, lelaki yang bertindak sebagai suami dan bapa memainkan peranan besar dalam kehidupan berumah tangga.

Tetapi sesetangah lelaki pada hari ini memilih untuk menyakiti isteri mereka dengan memukul, menengking dan sebagainya. Sifat pelindung sudah hilang.

 

Pukul Isteri Pakai Bakul Baju

Ada satu kes dilaporkan media semalam, apabila ada seorang lelaki telah mencederakan isterinya menggunakan sebuah bakul baju bulan lalu.

Sumber: CARI Infonet

Tertuduh, Uzair Abd Kadir, 42 tahun telah memukul dan didakwa menyebabkan kecederaan terhadap isterinya, Noor Delaila Daud, 35 tahun di sebuah rumah pangsa Pantai Peringgit, Melaka, kira-kira jam 9 pagi, 13 Februari lepas.

Ini boleh dikalsifikasikan keganasan dalam rumah tangga. Seorang suami sanggup mencederakan isterinya sedangkan sebagai suami perlu menjadi pelindung kepada keluarganya.

 

Berdepan Penjara 10 Tahun

Si suami sebagai tertuduh berdepan hukuman penjara 10 tahun selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka semalam.

Bagaimanapun, dia mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim.

Sumber:FMT

Negara kita ada undang-undang, setiap perilaku yang mendatangkan kecederaan akan dibawa ke mahkamah atau pihak berkuasa. Jangan main-main dengan undang-undang.

Masa pukul isteri tak ingat dunia, bila kena penjara sehingga 10 tahun tak mengaku pula, habis itu siapa buat isteri dia cedera?

Sebab itu kalau bergaduh sekali pun, cari jalan penyelesaian yang baik, kawal kemarahan supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

 

Antara Kes Dilaporkan Suami Pukul Isteri

Tahun 2019 sahaja ada beberapa kes dilaporkan media si suami memukul isterinya sehingga mendatangkan kecederaan malah ada yang menyebabkan kematian. Kejam suami begini!

Pada 2 Januari, polis telah menahan seorang tukang besi memukul kepala isterinya menggunakan seterika selepas isterinya dikatakan lambat membancuh air minuman di Pulau Pinang.

Sumber:Malaysian Review

Pada 9 Januari, seorang pemilik bengkel kereta dihadapkan ke Mahkamah Sesyen,Kota Kinabalu Sabah atas pertuduhan memukul isterinya dengan tukul besi dan tali pinggang.

Pada 14 Januari, seorang bapa lima anak dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Kuala Terengganu atas pertuduhan memukul isterinya dengan batang paip PVC.

 

Tanggungjawab Suami Dalam Membentuk Keluarga Bahagia

Islam mensyaratkan setiap lelaki sentiasa menjadi pelindung dan berbuat baik terhadap kaum wanita.

Sumber:The Vocket

Sebagai pemimpin, suami dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan, kebajikan dan menyediakan keperluan hidup untuk isteri dan anak mereka.

Sumber:Republika

Walaubagaimanapun, kita dapat melihat pada hari ini, sesetengah suami yang semakin jauh dari menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka yang sebenar.

Mungkin kerana itulah mahligai indah yang dibina selama ini akhirnya runtuh akibat kurangnya kefahaman dan pengahayatan suami terhadap nilai-nilai murni yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW.

Tanggungjawab Isteri Terhadap Suami Dan Keluarga

Isteri juga ada tanggungjawabnya juga selain menguruskan hal rumah tangga. 

Sumber:brad.erva-doce.info

Tanggungjawab utama seorang isteri ialah isteri perlulah taat dan patuh kepada suaminya. Kesetiaan isteri kepada suaminya perlu diutamakan terlebih dahulu lebih daripada keluarga terdekatnya sendiri.

Tugas seorang isteri ialah untuk menjadikan tempat tinggalnya sebagai satu tempat untuk berehat serta menghasilkan persekitaran yang menyenangkan. Isteri hendaklah menghias rumah itu supaya ia kelihatan damai dan rasa senang hati untuk tinggal di situ.

Untuk menghias rumah itu, si isteri perlulah menghias mengikut kemampuan keperluan keluarga itu. Citarasa hiasan dalaman itu bergantung kepada suami isteri asalkan ia tidak melanggar hukum Islam.

 

Tanggungjawab Bersama Amat Penting Dalam keluarga

Sumber:Sohoque

Pengurusan rumahtangga adalah tanggungjawab seorang isteri. Walaupun mempunyai pembantu rumah, isteri masih bertanggungjawab untuk menyelia segala pengurusan rumah itu.

Suami pula diharapkan dapat membantu si isteri dalam melakukan kerja-kerja rumah. Dengan adanya kerjasama daripada kedua-dua belah pihak, maka akan wujudlah sebuah keluarga bahagia serta dapat merapatkan lagi hubungan sesama mereka.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajarkah hukuman penjara 10 tahun kerana pukul isteri pakai bakul baju?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN