Baru beberapa hari lalu kita dikejutkan dengan berita mengenai seorang isteri yang dipaksa melakukan hubungan seks di luar tabii di samping tabiat seks pelik suaminya yang gemar menggunakan timun selain memasukkan objek keras ke bahagian tidak sepatutnya.

Sumber: Kosmo

Semalam, terdapat pula kes yang mana seorang ejen hartanah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan melakukan seks luar tabii, merogol adik ipar sendiri dan menyimpan bahan lucah aksi seks itu.

Apa yang mengejutkan, lelaki terbabit yang berusia 30 tahun dikatakan sudah mempunyai tiga orang anak tetapi sanggup merogol adik iparnya yang ketika itu berusia 15 tahun, tiga tahun lalu.

Kejadian itu bagaimanapun mengundang kemarahan netizen di media sosial yang menyifatkan perbuatan tersebut sebagai satu perbuatan keji dan memalukan!  

 

Apa Itu Seks Di Luar Tabii?

Sumber: CARI Infonet

Bukan agama Islam sahaja yang melarang perbuatan seks di luar tabii malah beberapa agama lain juga turut sama melarang perbuataan yang keji dan jijik di mata masyarakat.

Bila bercakap mengenai seks, ia sebenarnya suatu yang baik jika dilakukan dengan cara yang betul mengikut syariat dan hukum.

Hanya mereka yang sudah ada ikatan sah perkahwinan sahaja yang boleh melakukan seks dan bagi yang belum berkahwin, anda dilarang sama sekali untuk mencubanya!

Sumber: Selangorkini

Bagi mereka yang sudah berkahwin, hubungan seks bertujuan untuk mengeratkan kasih sayang suami isteri, seterusnya mendapatkan zuriat untuk meneruskan keturunannya.

Namun, terdapat juga segelintir manusia yang aneh dan pelik, yang mana mereka ingin cuba melakukan seks diluar batasan normal atau seks menyimpang yang menyebabkan seseorang itu terdorong untuk melakukan jenayah seks sebegini.  

 

Punca Seseorang Itu Melakukan Seks Di Luar Tabii

Sumber: Edukasi Kompas

Dalam hal ini, tidak dinafikan mereka yang kerap menonton pornografi atau laman-laman lucah di internet menjadi penyebab utama untuk terdorong melakukan seks di luar tabii serta jenayah rogol.

Sekiranya tidak mampu mengawal hawa nafsu dan kerap kali menonton bahan tersebut, ianya sama sekali akan menyebabkan ketagihan melampau yang boleh menyebabkan minda dikuasai dengan seks.

Tidak kurang juga, mereka yang kerap mengamalkan hubungan seks sebegini dikatakan kerap diselubungi dengan perasaan sedih, kecewa, bengis, ego, tidak mempunyai moral yang tinggi, suka berfoya-foya, kerap berangan dan sebagainya.

Apabila sudah terjebak dengan perlakuan seks sebegini, soal agama langsung tidak dipedulikan asalkan dapat memenuhi kehendak nafsu sekaligus terdorong untuk melakukan jenayah seperti ini.  

 

Boleh Jejas Kesihatan Dan Merosakkan Rumah Tangga

Perlakuan sebegini bukan sahaja menjejaskan mental dan fizikal tetapi dikhuatiri boleh mendatangkan penyakit kelamin dan beberapa penyakit lain seperti jangkitan gonorrhoea, sifilis, AIDS, HIV dan  Herpes Genitalis.

Dan kesan yang paling besar sekali adalah, perbuatan terkutuk sebegini akan merosakkan rumah tangga anda!

Sumber: The Malaysian Medical Gazette

Apa yang nyata, pelaku yang sanggup melakukan perbuatan terkutuk ini sememangnya ‘sangap’.

Mungkin terdapat isu dalaman lain yang kita tidak tahu, tetapi sekiranya seseorang lelaki itu gemar melakukan hubungan seks gila dan mahu isterinya untuk melakukan perbuatan serta mendesaknya untuk melakukan adegan-adegan yang keterlaluan, tidak ada isteri yang boleh tahan dengan perangai tersebut.

Dan apabila kehendak suami itu tidak dilayan isteri, maka mulalah mencari tempat lain untuk melempiaskan nafsu.

Sudahnya, baham sahaja apa yang di depan mata walaupun anak, adik atau cucu sendiri.

Tidakkah perbuatan itu akan memberi kesan trauma sepanjang hayat terhadap mangsa sehingga mereka dewasa kelak.  

Jaga Batas Pergaulan 

Dalam hal ini kita tidak boleh menuding jari pada sebelah pihak sahaja.

Sekiranya ada anak perempuan, ibu bapa perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan menasihati anaknya supaya menjaga batas pergaulan baik dengan abang, datuk, bapa saudaranya, saudara-mara dan abang ipar sekalipun!

Meskipun mereka ahli keluarga kita, adab pergaulan tetap perlu dijaga walau pelukan atau sentuhan yang bergurau.    

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, patutkah Malaysia melaksana hukuman hudud untuk membendung kes jenayah seperti ini yang semakin berleluasa?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN