Kegagalan keluarga bekas Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melunaskan bayaran pinjaman kerajaan sebanyak lebih RM250 juta bakal berdepan undang-undang.

Sumber:Malay Mail

Nampaknya muslihat keluarga Shahrizat yang liat membayar pinjaman tersebut memakan diri apabila hari ini kerajaan dibawah Pakatan Harapan (PH) menuntut sepenuhnya jumlah pinjaman RM250 juta yang diberikan kepada National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) pada 2008, bersama dengan kadar faedah dan faedah lewat sehingga 30 April tahun ini.

NFC dimiliki oleh Datuk Seri Mohamad Salleh, iaitu suami kepada pemimpin wanita Umno itu.

Banyak Bayaran Tertunggak

Tuntutan itu dibuat melalui Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, yang dipetik berkata, jumlah keseluruhan yang perlu dibayar oleh NFCorp kepada kerajaan Persekutuan adalah sebanyak RM253,618,455.03.

Sumber:Berita Harian

Dan daripada jumlah tersebut, sebanyak RM110,840,854.28 merupakan jumlah bayaran tertunggak setakat tarikh yang diberikan itu.

Ia termasuk tunggakan pokok pinjaman sebanyak RM81,987,629.65, faedah sebanyak RM22,967,131.55 dan faedah lewat sebanyak RM5,886,093.08.

Menurut Lim, pada 9 Januari 2008, NFCorp menerima kemudahan pinjaman daripada kerajaan Umno sebelum ini yang berjumlah RM250 juta pada kadar faedah 2% dengan tempoh pinjaman selama 20 tahun dan tempoh penangguhan selama 3 tahun.

Pinjaman itu adalah bersandarkan debentur yang ditanda tangani bersama perjanjian pinjaman pada 6 Disember 2007.

Sumber:Free Malaysia Today

Skandal tersebut mendapat perhatian ramai selepas Laporan Ketua Audit Negara pada 2010 juga mendedahkan NFC gagal mencapai sasarannya untuk menternak 8,000 ekor baka lembu di Gemas, Negeri Sembilan.

Kegagalan itu berlaku selepas NFC diberikan pinjaman mudah RM250 juta dan geran mudah sebanyak RM6 juta oleh kerajaan Umno dan tanah seluas 5,000 ekar di tempat yang sama.

NFC Sedia Bayar Hutang Melalui Pembeli Baru

Pengerusinya, Salleh memaklumkan NFCorp sudah mempunyai pembeli baru yang sanggup untuk menanggung semua tuntutan pinjaman yang dibuat oleh pihak kerajaan.

Sumber:Wind Of Change

Katanya, sejak 25 Oktober 2018 lagi, pembeli baru berkenaan bersedia untuk membayar balik sepenuhnya baki pinjaman dalam masa tiga bulan daripada persetujuan kerajaan untuk penstrukturan semula NFCorp.

Bagaimanapun, Salleh menyatakan pihak NFCorp masih menunggu persetujuan kerajaan.

Perkara ini difahamkan sudah dimaklumkan kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad melalui surat bertarikh 21 Nov 2018.

Rekod Pinjaman Yang Diseleweng

Pinjaman sebanyak RM250 juta sebenarnya telah disalurkan sepenuhnya ke dalam akaun NFC menjelang 31 Mac 2009. Rekod kewangan NFC menunjukkan RM130 juta telah diambil dalam tahun 2008.

Pada 31 Mac 2009, NFC membuat ‘drawdown’ kedua berjumlah RM120 juta yang dimasukkan terus ke akaun Maybank milik NFC.

Sumber:Lowyat Forum

Pada 6 Mei 2009, NFC memindahkan wang daripada pinjaman ini berjumlah RM116 juta ke dalam akaun deposit tetap milik NFC di Public Bank Berhad. Penyata kewangan NFC yang difailkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan badan-badan lain menunjukkan NFC mendapat keuntungan faedah dari simpanan deposit tetap berjumlah RM666,952.96 bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009.

Jumlah keuntungan faedah daripada simpanan deposit sebesar ini hanyalah mungkin sekiranya NFC mempunyai simpanan tetap ratusan juta ringgit.Keuntungan faedah dari simpanan deposit berjumlah RM666,952.66 bersamaan 23 % daripada perolehan hasil penjualan lembu, seolah-olah NFC adalah sebuat syarikat pelaburan kewangan dan bukannya operator ladang ternakan lembu.

Hasil carian rasmi di Suruhanjaya Syarikat Malaysia mendapati tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009, hutang jangka panjang NFC berjumlah RM256,082,518.

Beli Kondo Mewah

Dilaporkan sebelum ini, keluarga wanita Umno tersebut membeli sebuah kondominium mewah di tengah-tengah ibu kota Singapura berharga S$ 4,107,600 (kira-kira RM 9.9 juta pada nilai tukaran ringgit Malaysia) dan luasnya adalah 2,281 kaki persegi, iaitu salah satu unit terbesar di bangunan kondominium mewah.

Sumber:Rafizi Ramli

Kondominium tersebut terletak di alamat 7 Anthony Road, #14-24, Orchard Scotts, Singapore 229955, didaftarkan terus atas nama keluarga Shahrizat Jalil pada 27 Januari 2010.

Terdapat dakwaan bahawa wang dari syarikat-syarikat seperti NMLC dan RFC, kemudiannya disalurkan pula ke syarikat-syarikat milik keluarga Shahrizat di Singapura iaitu Meatworks (Singapore) Pte Ltd dan Global Biofuture Pte Ltd yang menjalankan operasi perniagaan yang tidak ada kena mengena dengan tujuan bantuan dana kerajaan berjumlah RM250 juta kepada NFC.

Meatworks (Singapore) Pte Ltd dilaporkan menjalankan perniagaan restoran mewah di Singapura, sementara Global Biofuture Pte Ltd pula menjalankan perniagaan perdagangan minyak dan ternakan.

Wajar Kerajaan PH Tuntut Hutang

Susulan kerajaan mahu menuntut sepenuhnya hutang pinjaman yang diberikan kepada keluarga Shahrizat ini sedikit sebanyak melegakan hati rakyat.

Mereka mahu wang itu dikembalikan semula kepada kerajaan dan diharap Salleh dan keluarganya itu ditangkap dan diheret ke muka pengadilan atas penyelewengan dana yang telah disalurkan kepada mereka.

Sumber:penyusakti – WordPress.com

Itulah liat sangat nak bayar pinjaman akhirnya memakan diri apabila Salleh dikehendaki memulangkan kembali sejumlah RM300,000 yang telah Rafizi Ramli bayar kepada beliau sebelum ini, di samping membayar RM110,000 lagi sebagai kos guaman.

Rafizi sebelum ini membuat rayuan berhubung perintah membayar ganti rugi sebanyak RM200,000 kepada NFC dan Salleh dan kos RM50,000 setiap satu kepada kedua-duanya.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda mengenai isu ini?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN