Terbaru dalam majlis Muktamar Pemuda PAS Malaysia ke-60 yang berlangsung semalam, pendeklamasi sajak memanjatkan rasa syukur kepada Allah kerana “menapis darah-darah munafik” daripada PAS pada 2015.

Sajak berjudul Demi Islam itu dideklamasikan oleh Pencetus Ummah (PU) Merico atau nama sebenarnya Merico Achenk Abdullah.

Sumber:Malaysiakini

 

Sumber:Malaysiakini

 

Bagaimanapun, sajak yang dideklamasikan itu seolah-olah menggambarkan pemimpin-pemimpin Pas yang telah meninggalkan parti itu sebelum ini.

 

Aishah Kritik PU Merico

Penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah menempelak Merico ekoran sikapnya yang terlalu mudah melabel seseorang atau parti tidak digemari dengan gelaran munafik.

Sumber:Malaysiakini

Merujuk kepada sajak dideklamasikan itu, Aishah menyindir Merico “mengandaikan” dirinya sudah layak masuk ke syurga.

Aishah turut mempersoalkan siapa Merico untuk mengambil alih tugas Allah dan siapa dia untuk menjatuhkan hukum sebegitu.

Sebagai seseorang yang mengamalkan ajaran Islam, Merico sepatutnya tidak menjatuh hukum kepada mana-mana Muslimin.

 

“Mula Ambil Alik Kerja Allah”

Sementara itu, Aishah turut mendakwa tiada manusia tahu bagaimana amalan masing-masing bakal dihisab, justeru, tiada sesiapa wajar berasakan diri lebih mulia daripada orang lain.

Sumber:Malaysiakini

Kenyataan Merico kononnya menyifatkan kemenangan PH pada pilihan raya umum ke-14 lalu sebagai “merosak agama”.

Bagaimana dia sebagai seorang islam dan tahu agama boleh berkata sedemikian? Adakah pengundi-pengundi PRU-14 telah merosakkan agama Islam?

Kenyataan ini seakan-akan menghina pengundi-pengundi yang telah membuat pilihan mereka dalam pilihanraya yang lalu.

 

 Pas Sudah Lari Perjuangan Asal

Melihat kepada  ucapan-ucapan pemimpin Pas dalam muktamar kali ini, ia lebih menjerumus kepada menyalahkan pengundi-pengundi kerana telah memenangkan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Sumber:Malaysiakini

Bagaimanapun, rakyat melihat perjuangan Pas sudah lari dari landasan sebenar apabila mereka mula bekerjasama bersama Umno – Barisan Nasional (BN) bagi melumpuhkan kerajaan yang ada pada hari ini.

Ada dalam kalangan rakyat menyatakan yang  berdarah munafik adalah barisan pemimpin-pemimpin yang ada dalam parti Islam itu hari ini.

Bermain politik dengan menyalahkan pengundi dan berdoa untuk keburukkan serta kecelakaan orang lain adalah tidak wajar.

KATA ORANG

1)
<

KATA ANDA

Wajarkah orang yang mengamalkan ajaran Islam melabel orang lain munafik?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN