Musim haji kini sudah tiba, beberapa kumpulan jemaah sudah mula berangkat ke tanah suci bagi menunaikan rukun Islam yang kelima.

Namun, dugaan datang tanpa diduga apabila ada jemaah haji terbuang passport pengenalan dirinya ke dalam tong sampah sebuah hotel hingga menyebabkan kakitangan hotel tersebut bertungkus lumus mencari passport itu di dalam longgokan sampah. 

Kejadian yang berlalu itu melibatkan kumpulan jemaah haji yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang menuju ke Madinah.

Rakaman video mengenai usaha murni kakitangan hotel itu menjadi tular di media sosial yang mana rata-ratanya memuji kesabaran kakitangan hotel berkenaan atas usaha mereka mencari passport jemaah haji terbabit dalam masa yang sama, turut mengingatkan jemaah haji supaya berhati-hati dengan dokumen penting itu.

 

Cuai Letak Passport Boleh Didenda

Sumber: Free Malaysia Today

Setiap kali hendak pergi ke luar negara, memang akan ada kes kehilangan passport baik yang hendak pergi menunaikan haji, umrah, bercuti, sambung belajar dan sebagainya disebabkan kecuaian diri sendiri.

Tidak dinafikan, passport yang hilang boleh menimbulkan masalah besar buat mana-mana pengembara. Kehilangan passport disebabkan kecuaian sendiri bukan sahaja merumitkan keadaan malah anda juga bakal berdepan denda yang agak tinggi!

Mulai 2 Januari 2019, mana-mana individu yang didapati cuai hingga menyebabkan passport mereka mengalami kerosakan atau kehilangan, denda sebanyak RM300 hingga RM1,200 bakal menanti mereka.

Sekarang ini, Jabatan Imigresen tidak lagi berkrompomi terhadap mana-mana individu yang kehilangan passport mereka, baik yang yang passport buat kali pertama juga akan dikenakan denda RM400 manakala kehilangan passport sebanyak dua kali, boleh didenda sebanyak RM700.

Gambar sekadar hiasan

Untuk penggantian passport buat kali ketiga dan seterusnya pula, setiap individu itu akan dikenakan denda sebanyak RM1,200. Tak ke membebankan?  

Bagaimanapun, bagi yang kehilangan passport akibat kecurian, rompakan, kebakaran atau bencana tertentu, pemegang perlu membuat laporan polis dan kemudiannya disoal siasat dan dikecualikan dari denda.

 

Denda Elak Passport Disalahguna  

Memandangkan kes kehilangan passport makin meningkat setiap tahun, ada sebabnya denda perlu dikenakan terhadap setiap pemegang passport kerana sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk menjaga passport tersebut dengan rapi.

Mengikut statistik Jabatan Imigresen, sebanyak 83,617 kes kehilangan passport dilaporkan pada tahun 2018 berbanding 75,600 pada 2017 dan 44,528 pada 2016.

Di sini, kita dapat lihat berlaku kenaikan ketara terhadap kes kehilangan passport yang sama sekali tidak boleh dibiarkan.

Sumber: The Vocket

Menjaga passport ini boleh dikatakan tanggungjawab masing-masing. Sekiranya lalai bersiap sedialah untuk terima sebarang kemungkinan.

Jika passport yang tercicir itu hilang dan dijumpai semula, anda dikira bertuah! Tetapi, andai kata passport yang tercicir itu tidak dijumpai, ada kemungkinan passport anda boleh dicuri oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Sekarang ini, nilai passport Malaysia boleh dikatakan mencecah sehingga RM250,000 dan terlaris di pasaran antarabangsa berikutan dokumen perjalanan itu memudahkan pemegangnya daripada membuat visa untuk memasuki negara-negara Eropah.

Disebabkan itu banyak pihak tidak bertanggungjawab menggunakan passport Malaysia untuk memudahkan mereka melakukan sindiket jenayah.

Oleh itu, tidak kira di mana pun anda berada sama ada hendak menaiki pesawat sekalipun, jangan sesekali cuai dan jagalah passport dengan sebaiknya kerana passport itu boleh diibaratkan sebagai nyawa.

 

Perlu Sentiasa Ingatkan Para Jemaah

Gambar sekadar hiasan

Siapalah kita jika tidak pernah cuai dalam sesuatu hal bukan? Apa yang terjadi pada jemaah ini perlu dijadikan pengajaran buat semua pihak.

Bila sudah ada kes seperti ini, jemaah haji itu perlu sentiasa diingatkan untuk menjaga dokumen diri masing-masing di tempat selamat selepas digunakan.

Jangan tangguh, kerana ada kemungkinan passport yang kita pegang itu boleh tercicir, hilang atau diragut semasa berjalan-jalan.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa pandangan anda mengenai kejadian ini?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN