Sumber : Salam.buzzkini.com

Baru-baru ini sebuah gambar dimuatnaik tentang seorang wanita yang disaman oleh pihak berkuasa kerana memakai pakaian yang kurang sesuai ketika datang ingin membeli juadah di bazaar ramadhan di Kelantan.

Operasi yang dijalankan tersebut turut dianggotai Agensi Anti Dadah kebangsaan, PDRM dan Majlis Perbandaran Kota Bharu.

Selain itu terdapat juga beberapa individu lain yang turut diberi nasihat dari segi pemakaian terutamanya kaum wanita yang beragama Islam lebih-lebih lagi di bulan puasa yang mulia ini.

Tindakan jabatan agama Islam Kelantan turut ditentang beberapa individu kerana menganggap cara pemakaian mereka merupakan hak mereka dan tidak wajar disekat.

 

Seksyen 5(1) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan 1985

Pegarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik), Datuk Che Mohd. Rahim Jusoh menjelaskan sebelum ini, kerajaan negeri Kelantan menggesa penduduk yang beragama Islam untuk mempraktikkan pemakaian yang menutup aurat dan mematuhi syarie jika tidak mahu didenda ataupun di penjarakan.

Tindakan kerajaan negeri untuk melaksanakan hukuman tersebut bukanlah untuk meyekat kebebasan rakyat negeri kelantan dalam berpakaian namun ianya merupakan initiatif yang baik bagi meningkatkan kesedaran masyarakat  muslim tentang tuntutan agama Islam yang sudah termaktub di dalam al-Quran.

 

Trend Bertudung Dan Fesyen Muslimah Semakin Pelik

Isu cara pemakaian tudung yang semakin hari semakin pelik dah jauh dari tuntutan syariah merupakan isu yang sudah seringkali didengari. Malahan sebarang peringatan dari tokoh-tokoh agamawan jugak tidak dihiraukan kerana merasakan ianya hak peribadi dan tidak perlu dipaksa-paksa.

Namun begitu memang tidak dinafikan semakin hari semakin pelik fesyen-fesyen tudung yang dikenakan wanita muslimah sehingga hilang identiti sebenar di sebalik hijab yang dituntut oleh agama.

Ada yang telalu pendek dan ada yang jarang sehingga menampakkan aurat. Ditambah pula dengan baju yang ketat sehingga menampakkan susuk tubuh seorang wanita.

Sikap keterbukaan dan toleransi moden ini semakin hari semakin menghilangkan imej wanita muslim yang sebenar.

Sebab utama mengapa kita dituntut menutup aurat juga seperti sudah dikuburkan.

Ramai yang lebih suka meninterpretasi fahaman mereka sendiri tentang tuntutan menutup aurat sehingga berani membelakangkan hukum Allah.

Secara tidak langsung, perlakuan ini akan mencemarkan imej Islam dan memudarkan keindahan Islam itu sendiri di mata dunia terutamanya dikalangan masyarakat bukan Islam.

 

Patutkah Undang-undang ini  Dipraktikkan Ke Seluruh Malaysia?

Melihat keadaan persekitaran masyarakat muslim yang semakin ‘sakit’, patutkah undang-undang syariah ini turut diaplikasikan ke seluruh Malaysia?

Adakah ia akan menerima tentangan yang hebat dari masyarakat muslim seluruh negara? Atau ia akan disokong penuh demi menjaga imej dan nama baik Islam yang sebenar?

Namun begitu, adakah tuntuntan undang-undang yang sebegini akan menjadikan seseorang itu hipokrit dan tidak menjadi diri sendiri?

Apa-apa pun, di bulan yang mulia dan penuh keberkatan ini ia wajar dijadikan titik permulaan untuk kita menjadi lebih baik.

Tidak perlu untuk lakukan perubahan yang terlalu drastik, cukup sekadar lebih baik dari semalam.

Jika buka sekarang ,bila lagi?

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, patutkah Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan 1985 turut diselaraskan ke seluruh Malaysia?
3 votes · 3 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN