Nampaknya bantahan terhadap pendakwah terkenal Dr Zakir Naik telah memasuki fasa baru. Sebelum ini, beberapa orang menteri kabinet telah memberikan respon yang tegas berkenaan keberadaan Dr Zakir Naik.

Sumber: Swami Nijanand

Namun kali ini sudah ada bibit bantahan daripada segelintir masyarakat dengan menganjurkan Himpunan Anti-Zakir Naik yang akan diadakan di sekitar ibu negara.

 

Himpunan Akan Berlangsung Di Brickfield

Jika diteliti, isu ini dijangka akan menjadi semakin panas. Memetik laporan Malaysiakini, himpunan ‘Say No To Zakir Naik, Equal Rights To Indians and Other Races’ akan diadakan pada 24 Ogos ini di Water Fountain Little India, Brickfields. Difahamkan himpunan ini akan dianjurkan pada jam 2 petang.

Namun begitu, menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Brickfields, Supt Arifai Tarawe, notis yang dikemukakan oleh penganjur program tidak lengkap dan tidak memenuhi keperluan undang-undang seperti yang termaktub dalam Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Sumber: Facebook Khairul Nizam Abd Ghani

Bermakna, himpunan yang akan dianjurkan itu merupakan himpunan haram. Maka polis mengingatkan orang ramai agar tidak menyertai perhimpunan ini bagi memastikan keselesaan dan kesejahteraan penduduk setempat sentiasa terpelihara.

 

Apa Keperluan Himpunan?

Dalam keadaan perpaduan kaum yang semakin merenggang, nasihat yang diberikan polis wajar dipatuhi oleh semua pihak. Ini kerana, segala isu yang bakal mendatangkan sensitiviti atau provokasi akan meningkatkan lagi ketegangan antara kaum.

Bukan untuk menidakkan hak kebebasan bersuara, tetapi dalam masa yang sama apakah mesej itu akan ditafsir secara positif oleh semua pihak?

Bayangkan sekiranya pihak yang pro kepada Dr Zakir Naik akan menganjurkan pula Himpunan Menyokong Dr Zakir Naik dengan memobilisasi peserta yang lebih ramai. Tidakkah itu akan meningkatkan lagi ketegangan dalam kalangan masyarakat?

 

Adakah Ini Yang Kita Mahukan?

Maka himpunan yang boleh mencetuskan ketegangan kaum tidak memberi solusi berguna. Tertarik membaca pandangan yang dikemukakan oleh pengguna media sosial Facebook, Khairul Nizam Abd Ghani.

Bagi beliau sekiranya golongan penentang menganjurkan himpunan dan dibalas dengan himpunan menyokong Dr Zakir Naik dengan lebih besar, secara moralnya Dr Zakir Naik sudah dianggap menang dan relevan.

Sumber: Facebook Khairul Nizam Abd Ghani

Lebih membimbangkan sekiranya Dr Zakir Naik mula mencorakkan politik negara meskipun bukan warganegara Malaysia. Beliau berpandangan, perbandingan agama yang dikemukakan oleh Dr Zakir Naik seharusnya dilawan dengan hujah perbandingan agama. Bukannya membawa isu ini ke gelanggang politik.

 

Tangani Isu Secara Bijaksana

Justeru, isu mengenai Dr Zakir Naik perlu ditangani secara bijaksana. Tambahan pula, polis sedang menyiasat ucapan kontroversi yang disampaikan oleh beliau ketika berada di Kelantan tempoh hari. Maka biarlah proses perundangan menjadi penentu sama ada Dr Zakir Naik bersalah atau tidak.

Ketika ini polis telah mengeluarkan larangan kepada Dr Zakir Naik untuk menyampaikan sebarang ucapan di seluruh pelusuk negara tatkala siasatan sedang dijalankan. Maka tindakan sementara yang dilakukan oleh pihak polis ketika ini adalah memadai bagi meredakan ketegangan.

 

Jangan Cemari Bulan Kemerdekaan Negara

Sumber: Free Malaysia Today

Tatkala negara bakal menyambut hari kebangsaan, sewajarnya semua pihak tidak lagi membangkitkan isu-isu yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.

Di manakah semangat bangsa Malaysia sekiranya kita terus memperjuangkan perbezaan berbanding persamaan. Sampai bila-bila masyarakat kita tidak akan bersatu.

Perpaduan yang dipaparkan hanyalah sebagai wayang untuk ditonjolkan kepada dunia luar, bukan memaparkan realiti sebenar rakyat Malaysia.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah wajar perhimpunan seumpama ini diadakan?
4 votes · 4 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN