Sejak 2010, aplikasi ‘Whatsapp’ mula diperkenalkan oleh Facebook dan rata-rata menerima respon yang baik dari pengguna seluruh dunia dan ianya merupakan salah satu aplikasi yang paling banyak digunakan.

Dengan servis yang percuma tanpa bayaran dan sistem panggilan video dan gambar yang mudah digunakan menjadikan ia aplikasi pilihan semua peringkat umur.

Namun begitu, dalam kita menikmati perkhidmatan yang ditawarkan, ada juga beberapa individu yang menukar kemudahan ini untuk menjadi tempat berkongsi dan berbual cerita-cerita lucah dan benda-benda yang tidak senonoh antara kenalan mereka.

Sikap tidak bertanggungjawab sesetengah rakan yang suka berkongsi benda-benda yang tidak sepatut dilihat akan memberi impak yang buruk kepada orang yang terlibat.

 

Punca Keretakan Rumah Tangga

Sebelum ini juga pelbagai isu berkaitan rumahtangga dan hubungan suami isteri dikatakan terpalit dengan kewujudan kumpulan-kumpulan whatsapp ini sehingga ada yang menyebabkan penceraian.

Siapa yang suka bila kawan-kawan suami anda sibuk mengajak dan menjemput suami anda ke dalam kumpulan whatsapp yang sibuk membincangkan isu-isu seks. Dengan kata-kata yang tidak senonoh, gambar-gambar lucah yang dikongsi seperti langsung tidak ada rasa malu.

Sungguh menyedihkan, apabila ditegur, si isteri pula yang disalahkan balik dan ramai suami yang lebih mempertahankan rakan mereka dari isteri sendiri.

Sedangkan sudah terang lagi bersuluh perlakuan tersebut sangat memalukan dan tidak perlu menjadi topik perbualan ramai.

Sumber : Akhtar Syamir ( Facebook)

Baru-baru ini, seorang lelaki menegur tindakan rakan-rakannya yang suka berkongsi benda-benda kurang baik di Whataspp group khas yang direka untuk alumni sekolah mereka.

Niat untuk mengeratkan hubungan yang lama putus dan meningkatkan ukhwah sesama mereka bertukar haluan apabila ada yang tidak menghormati sensitiviti orang lain.

Antara salah satu faktor yang ditakutkan ialah akses anak-anak terhadap telefon bimbit sekarang begitu mudah malah ada yang lebih bijak dari ibu bapa mereka.

Bayangkan jika anak-anak kita terbaca mahupun terlihat gambar-gambar lucah yang dihantar oleh rakan-rakan yang tersimpan secara automatik kedalam memori telefon kita?

Perkara-perkara beginilah yang secara tidak langsung menjadi penyumbang kepada kejatuhan akhlak kanak-kanak dan anak muda kita.

Bagi mereka, jika ibu bapa sendiri terlibat dengan perkara-perkara seperti ini, jadi mengapa tidak mereka.

Dengan usia yang semakin meningkat, keinginan untuk mencuba sesuatu yang baru juga pasti meningkat. Di tambah pula dengan kemajuan teknologi yang memudahkan bahan-bahan porno untuk dimiliki, lagi akan memburukkan keadaan.

 

Tegas Dengan Pendirian, Jangan Biar Manusia Otak Kuning Membiak

Walaupun ada yang mengatakan mereka tidak melayan pun benda-benda lucah yang dihantar rakan mereka, namun dengan berdiam diri dan masih berada di dalam kumpulan tersebut seolah-olah mereka menyokong kesalahan yang dilakukan.

Biar bercakap soal rumahtangga pula ramai isteri-isteri yang terasa hati apabila terlihat gambar-gambar tidak senonoh wanita lain di dalam telefon bimbit suami mereka.

Yela, siapa yang tidak marah dan cemburu kan? Seolah-olah membanding-bandingkan diri mereka yang serba kekurangan.

Bayangkan jika si isteri pula berbuat benda yang sama, berkongsi gambar-gambar seksi lelaki lain dan membincangkan hal-hal dalam kain dengan kawan wanita mereka. Agak-agak encik-encik suami semua terasa hati tak?

 

SKMM Perlu Pantau Walaupun Ianya Untuk Kegunaan Peribadi

Seperti kita sedia maklum, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM) mempunyai jabatan khas yang akan memantau setiap perkara yang melibatkan komunikasi digital di Malaysia dan boleh mengambil tindakan jika berlaku sebarang penyebaran fitnah dan isu serius lain yang boleh mengancam keselamatan negara dan kepentingan individu-individu penting negara.

Namun, wajar jika SKMM turut memantau aktiviti-aktiviti tidak bermoral seperti masalah ‘Whatsapp group’ ini kerana ianya merupakan isu yang semakin hari semakin menjadi-jadi.

Setiap yang berlaku sekarang mampu memberi pengaruh yang besar terhadap masa depan negara kita. Kerana itu kita tidak patut memandang enteng isu-isu sebegini.

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda bersetuju jika pihak SKMM memantau secara menyeluruh kegiatan whatsapp group lucah ini di Malaysia?
11 votes · 11 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN