Jika anda pengikut tegar pengusaha kosmetik Nursajat di media sosial, pasti anda sedia maklum tentang anak-anak kembarnya yang kini sudah mencecah usia 4 tahun.

Pasti ada yang tertanya-tanya apakah status anak-anak tersebut bukan? Mereka bukanlah anak kandung tapi anak angkat yang diambil Sajat sejak merek berusia 2 hari lagi dan dijaga sepenuhnya oleh Sajat sejak dari itu.

Namun baru-baru ni, Sajat membuat perkongsian di laman Instagramnya bahawa ada orang yang cuba untuk mengambil anak-anaknya.

Sumber : Instagram Nursajat

 

Ibu Bapa Mana Sanggup Berpisah Dengan Anak?

Sejak dari mereka kecil Sajat dilihat sangat prihatin dalam menguruskan anak-anaknya. Malah anak-anaknya dilihat gembira dan bukanlah seperti kanak-kanak yang dijaga oleh penjaga yang bermasalah.

Jika sebelum ini Sajat sering dikecam ketika isu-isu sensasi yang sering dibangkitkan namun dalam isu anak ini Sajat disokong ramai kerana ramai yang tidak setuju anak-anaknya diambil darinya atas sebab yang tidak jelas.

Ibu bapa mana yang sanggup berpisah dengan anak yang sudah dijaga sejak dari kecil? Walaupun hanya anak-anak angkat sekalipun, ikatan dan kasih sayang yang sudah terbina pasti tidak akan dapat dilupakan dengan mudah.

Sedangkan kucing belaan pun kalau meninggal, boleh menangis tuannya inikan pula anak.

Walaupun tiada darah Sajat yang mengalir di dalam badan Syahmi dan Syaza, namun pastinya merekalah kebahagian buat Sajat.

Malah Sajat juga dikatakan lebih dari berkemampuan untuk menjaga kebajikan anak-anaknya sehingga mereka dewas kelak.

 

Siapa Yang Nak Ambil Anak Sajat?

Sumber : Online News

Dalam perkongsian tersebut, Sajat tidak menyatakan dengan jelas siapakah yang ingin mengambil anak-anaknya namun dia hanya mengatakan bahawa peguamnya sudah bersedia untuk mempertahankan hak penjagaan Sajat terhadap Syahmi dan Syaza dari orang yang cuba memisahkan mereka.

Adakah pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat ataupun ibu bapa kandung Syahmi dan Syaza?

Namun yang penting, mengapakah setelah 4 tahun baru timbul isu ini?

Sudah ribuan ringgit Sajat habiskan untuk mereka, dibelikan insuran, dibuatkan tabung simpanan masa depan malah diberikan didikan yang secukupnya

Jika alasan ingin memisahkan mereka hanya kerana perlakuan Sajat yang kurang baik, mengapa tidak pisahkan mereka sejak dari bayi lagi.

Syahmi dan Syaza sendiri, jika betul mereka akan diambil dan dijaga oleh orang lain mampukah mereka meneruskan hidup tanpa Sajat?

Itula Sibuk Memondan Lagi, Ubah Lah Diri Tu Dulu

Sumber : YTFanFest

Seperti biasa lah, pertikaian tentang identiti Sajat yang songsang itu pasti akan dibahaskan oleh geng-geng bawang di media sosial.

Ramai juga yang bersetuju dengan isu ini kerana dikatakan anak-anak tersebut akan terdidik dengan pemahaman agama yang salah dan tidak selari dengan tuntutan Islam.

Malah gelaran yang diletakkan oleh Sajat sendiri sebagai ‘Ummi’ membuatkan orang ramai bimbang akan masalah kecelaruan identiti yang akan dialami anak-anak kembar itu kelak.

Belum lagi ejekan yang bakal diterima apabila mereka semakin dewasa. Siapa je yang tak kenal Sajat dekat Malaysia ni?

Pokcik jual kepok tepi jalan jalan pun kenal tau!

 

Didikan Sajat Dipuji Orang Ramai

View this post on Instagram

Apapum anak no 1..syg dunia akhirat..amin

A post shared by Nur Sajat (@nursajat23) on

Apa respon anda setelah melihat video ini?

Ramai yang memuji dan mengatakan bahawa Sajat berjaya mendidik anak-anaknya kerana apabila melakukan kesalahan sahaja mereka akan menjadi takut dengan hukuman yang bakal diterima.

Sebagai ibu bapa bukan mudah ya untuk membuat anak-anak patuh dan takut pada kita di zaman moden ini.

Malah ramai anak-anak yang akan membuat tidak tahu dan melawan ibu dan bapa apabila mereka dimarahi mahupun ditegur.

Tiada ibu bapa yang patut dipisahkan dengan anak-anak mereka, ramai yang mendoakan agar Sajat akan kekal terus bersama dengan anak-anaknya.

Namun ramai juga yang meminta agar Sajat mula mengubah dirinya kerana kelak serba sedikit ia akan mempengaruhi kehidupan anak-anaknya.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pendapat anda, patutkah anak-anak angkat Sajat diambil darinya?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN