Jumaat lalu, kecoh di media sosial mengenai bekas peserta program Pencetus Ummah (PU), Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi atau lebih mesra dengan panggilan PU Abu yang bertindak menceraikan bekas isterinya, Ain Afini yang sedang sarat mengandung tujuh bulan dengan talak satu hanya kerana mahu berkahwin dengan seorang janda.
Kemelut rumah tangga itu dikongsikan sendiri oleh bekas isterinya itu sehingga menyebabkan PU Abu dikecam teruk netizen dengan pelbagai komen serta pendapat yang kurang menyenangkan.
Tidak kurang dari itu, gelaran ‘Pencetus Ummah’ yang disandangnya itu turut dipandang hina masyarakat yang rata-ratanya mendesak supaya gelaran itu ditarik balik.
Â
Cerai Isteri Hanya Kerana Enggan Berpoligami
Berat hati memandang, berat lagi bahu yang dipikul.
Sudahlah sarat mengandung tujuh bulan, kemudian diceraikan pula dengan suami hanya kerana  mahu bernikah dengan seorang janda yang merupakan pengasas kepada satu produk kecantikan.
Difahamkan, sebelum diceraikan, PU Abu pernah meminta keizinan bekas isterinya itu untuk berpoligami namun hasratnya itu tidak dipersetujui Ain disebabkan baru dua bulan bernikah.
Bekas isterinya itu juga turut memberi pilihan kepada PU Abu sama ada mahu memilih dirinya atau janda tersebut.
Namun, PU Abu lebih memilih janda yang dikenali sebagai Hana Azraa dan menceraikan talak satu terhadap Ain menerusi mesej di aplikasi Whatsapp pada 13 Mac lalu.
Kemelut rumah tangga yang dihadapi mereka itu pada mulanya dirahsiakan namun PU Abu secara terbuka memuat naik foto bersama janda terbabit di akaun Instagram hingga menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak.
Jadi, disebabkan itu, bekas isterinya tampil memberi penjelasan sebenar kerana tidak mahu ada pihak menyoal mengenai perihal rumah tangga berikutan emosinya terganggu susulan hamil tujuh bulan dan memerlukan waktu bertenang untuk bersalin dan berpantang kelak.
Nampak gayanya, kemelut rumah tangga yang dihadapi pasangan ini menyebabkan ramai tidak senang duduk hingga menyebabkan mufti Pahang menjelaskan hukum sebenar tuntutan cerai mengikut Islam.
Â
Mufti Pahang Perjelas Hukum Cerai
Disebalik kritikan terhadap PU Abu, Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman menjelaskan bahawa hukum cerai itu ada waktu harus dan haram.
Sekiranya mahu menceraikan isteri ketika hamil, hukumnya adalah harus dan sah talaknya melainkan ketika gila atau haid.
Bagaimanapun katanya, penceraian itu perlu mengikut prosedur dan persetujuan dari mahkamah Syariah yang mana sekiranya cerai itu dilakukan tidak mengikut peraturan, maka mahkamah boleh menjatuhkan hukuman pada individu terbabit.
Â
PU Amin Dan PU Rahmat ‘Back Up’ Rakan
Melihat kepada isu yang sedang hangat dibicarakan, PU Amin dan PU Rahmat juga tidak ketinggalan untuk mengulas isu ini.
Bagi PU Amin, orang ramai tidak wajar mengaitkan nama ustaz atau memburukkan nama peserta PU yang lain hanya disebabkan perkara yang berlaku ini.
Ada betulnya juga apa yang diperkatakan PU Amin ini. Jangan disebabkan seorang yang buat perangai, habis rosak semua nama PU yang lain.
Apa-apa pun katanya, perihal rumah tangga adalah sewajarnya dibicarakan di Mahkamah Syariah dan bukannya menerusi media sosial.
Meskipun Mufti Pahang mengatakan hukum menceraikan isteri ketika hamil adalah harus namun PU Rahmat berpandangan mengenai kewajaran yang perlu diambil kira pasangan sebelum menceraikan isterinya terutama sekali mengenai tahap kesihatan mental dan emosi wanita itu.
Menurutnya, seseorang isteri yang dijatuhkan talak ketika sedang hamil boleh mengalami gangguan emosi berterusan sekaligus mendorongnya mengambil jalan membunuh anak di dalam kandungan serta membunuh dirinya sendiri.
Â
Apa-Apa Pun Lafaz Cerai Melalui Mesej Adalah Tindakan Tidak Beradab
Setiap yang berlaku itu pasti ada sebabnya.
Sebagai manusia, kita pasti tidak akan lari daripada melakukan kesalahan.
Walaupun zaman sekarang ini, ramai yang gemar melafazkan cerai melalui sms, faks, emel dan sebagainya namun tindakan itu sama sekali tidak beradab meskipun ianya sah.
Sekiranya pada awal perkahwinan, isteri dinikahi dengan cara baik dan terhormat maka anda tidak sewajarnya melakukan tindakan yang sedemikian rupa untuk mengakhiri sesi perkahwinan tersebut lebih-lebih lagi ketika isteri sedang sarat mengandung.
Difahamkan, PU Abu juga akan menjelaskan perkara sebenar mengenai isu ini pada 24 atau 25 April ini setelah sekembalinya dari Makkah.
KATA ORANG
Kejamnya kau ustaz, bini tengah mengandung kau ceraikan, sebab kejar perempuan lain?? Taraf kau dengan binatang dah macam nak sama.. sorry to say but memang betul, memperajakan nafsu.. nauzubillah
— jamal (@Isyraaaq) April 20, 2019
Nak cari suami mungkin senang. Tapi nak cari suami yang layak menjadi seorang ayah is hard. Nak jaga bini yang sarat mengandung pun tak larat, macam mana nak jaga anak kelak? Tau tau cari janda je senang. Skip the part that shows ur true strength of becoming a true man. Losers.
— Esmeralda. (@Emafreaks) April 21, 2019
tak pernah ke terfikir pasal anak dlm kandungan tu ? allahu 😌 perempuan yg berkahwin tu tak terfikir ke apa perasaan seorang perempuan ? taktahu nak ckp mcm mana org yg berilmu buat mcm ni , yg tahu hukum hakam 😔ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
— farraeryn (@farraaae) April 21, 2019
Ada PU tu ckp, Dibolehkan syarak. Tapi tetap dosa. Dosa Sakitkan hati isteri, Anak dlm kandungan. Dosa Menipu Isteri sedangkan dah Janji masa Akad Nikah utk menjaganya. At the end of the day, Everything that man did is DOSA. Jgn gunakan AGAMA utk Buat Perkara perkara KEJI.
— fima (@fhmhazmn) April 21, 2019