Kecoh di media sosial berhubung laporan SEKIN Fishermen Village Hotel & Resort milik Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang akan dilelong.

Iklan mengenai lelongan itu dimuat naik menerusi satu laman sosial Facebook yang memaparkan lelongan harta di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Sumber:ttkm.com.my

Menurut hantaran di laman tersebut,  hartanah tersebut yang beralamat di No. 358, Resort dan Restoran, Jln Pantai Redang, Kg Baru Sg Labu, Sekinchan, Selangor dilelong pada harga permulaan RM 4.5 mil pada 15 Julai ini. Ia berkeluasan 13,509  meter persegi di tanah rizab Melayu.

 

Ekonomi Bawah PH Teruk

Jamal mendakwa selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih tampuk kepimpinan negara, ekonomi negara semakin teruk sehingga dia terpaksa menjual resort berkenaan.

Dia berkata lagi, kerajaan telah menghalang agensi-agensi kerajaan daripada menggunakan hotelnya itu.

Sumber:The Coverage

Kononnya sejak kejatuhan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya yang lalu, Jamal mendakwa perniagaannya semakin teruk dan tidak berkembang.

Umum tahu siapa Jamal disebalik BN sebelum ini. Dia digelar sebagai badut kerajaan BN pada ketika itu.

Jadi, tidak pelik untuk Jamal terus menerus menyalahkan kerajaan baharu dibawah PH.

 

Jamal Dakwa Kewangan Masih Stabil

Bagaimanapun, Jamal turut mengulas bahawa perkataan lelong tidak menggambarkan yang dia kini dalam keadaan kewangan yang tenat. Tetapi tindakan ini adalah platform terbaik kepada ejen yang membantu menguruskan penjualan resort miliknya itu.

Pada Disember 2016 lalu, resort yang mempunyai 100 bilik di Jalan Pantai Redang, Sekinchan itu mencetuskan kontroversi apabila Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) bertindak menyita dan meruntuhkan beberapa strukturnya.

Sumber:mStar

MDSB dalam notis perintah tutup menyatakan resort itu disita dan diarahkan tutup kerana menjalankan aktiviti tanpa lesen sah mengikut UUK 3(1) Undang-undang Kecil Hotel (MDSB) 2013.

Sepanjang penutupan itu resort berkenaan dilarang menjalankan perniagaan atau beroperasi sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada pihak berkuasa, memastikan notis atau pita sitaan tidak ditanggal, dibuang atau dirosakkan serta pemiliknya perlu mengemukakan permohonan dengan mematuhi syarat permohonan lesen.

 

Netizen Pula Persoal Mana Pengikut Jamal

Jamal Yunos sebelum ini popular dengan pelbagai demo menentang kerajaan negeri Selangor antaranya hadir protes dengan memakai tuala di hadapan bangunan SUK Selangor.

Sumber:freemalaysiatoday.com

Ketika himpunan Bersih 5, Jamal bersama kumpulannya “Baju Merah” turut membuat ‘counter demo’ dan mendakwa perhimpunan tersebut gagal mencapai sasaran dengan menyanyikan lagu “Bersih 5 Gagal”.

Apa yang menjadi perhatian warga netizen adalah kemana keberadaan pengikut-pengikut kumpulan merahnya itu. Jika selama ini sentiasa dilihat bersama dibelakang Jamal, namun kali ini ketika Jamal dalam keadaan susah, tidada seorang pun muncul.

Malah, mereka mahu pengikut-pengikutnya itu membeli resort Jamal yang dilelong pada 15 Julai ini.

 

“Itulah Karma Atas Perbuatan Jamal”

Bagaimanapun, ada sesetengah netizen yang menganggap ini adalah karma untuk Jamal terhadap apa yang telah dilakukannya selama ini.

Sumber:Discover KL

Perbuatannya yang melampau selama ini sehingga sanggup menjadi badut bagi pihak kerajaan pada ketika itu telah menampakkan kesannya kini sehingga perniagaan perhotelannya itu mengalami masalah.

Selepas kejatuhan BN dalam pilihanraya sebelum ini, Jamal tidak lagi muncul dihadapan media dan kelibatnya juga kini semakin hilang.

KATA ORANG

KATA ANDA

Bagi anda, kenapa resort Jamal dilelong?
4 votes · 4 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN