Sempena cuti Hari Keputeraan dan Tahun baru Islam, rakyat Malaysia bercuti panjang bermula sabtu ( 8 september) hingga selasa (11 september). Ramai yang mengambil peluang ini untuk membawa ahli keluarga mereka bercuti, tambahan pula sekarang musim sejuk dan pilihan utama mereka adalah bercuti di pusat peranginan utama di Cameron Highlands.

Oleh yang demikian, ramai pula yang merancang tempat percutian yang sama sehingga tular di media sosial mereka memuat naik status tentang kepadatan kenderaan dan kesesakan jalan raya yang sangat teruk menuju ke destinasi tersebut.

Sumber: New Straits Times

Sumber: Oh Bulan

Sumber: Oh Bulan

 

 

 

 

 

 

Ramai yang terpaksa meredah jem untuk naik ke atas, malah lebih malang ada yang memuat naik status terpaksa “check in” di dalam kereta kerana mengambil masa yang terlalu panjang untuk tiba di destinasi itu.

 

Punca Berlaku Kesesakan Yang Teruk

Sumber: Pocket News

Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan bersuhu antara 10°C hingga 20°C. Sebab itu ia menjadi tempat peranginan utama buat rakyat Malaysia atau mereka yang berdekatan kerana cuacanya yang sejuk dan nyaman.

Keluasan Cameron Highland adalah 712 km2 (275 batu persegi), kepadatan penduduk pula lebih daripada 38,471 orang di 54/km2 (140/batu persegi). Ditambah pula sekarang ini, banyak homestay, hotel, apartment yang dibina menjadikan tempat itu sempit. Dan masalah tempat letak kereta yang kurang juga menyebabkan ramai yang parking dibahu jalan.

Sumber: Roket Kini

Faktor utama kesesakan disebabkan jalan yang sempit tidak dapat menampung bilangan kenderaan yang menaiki kawasan pergunungan ini. Kesesakan lalu lintas yang berlaku di kawasan peranginan itu memang sukar diatasi memandangkan kawasannya yang bergunung-ganang dan berlurah pasti menyukarkan kerja-kerja melebarkan jalan.

 

Sumber: Jonyizfahan

Kesesakan yang teruk biasanya di sekitar kawasan Kea Farm, Brinchang dan Tanah Rata yang merupakan kawasan tumpuan pelancong serta berhampiran jalan utama.

Cameron highlands boleh melalui lojing Gua Musang, Kelantan. Jadi mereka dari Kelantan atau Terengganu, akan memasuki laluan ini dan mereka dari Kuala Lumpur akan memasuki simpang Tapah, Perak. Jadi kemasukkan kenderaan pada satu-satu masa di musim cuti inilah menyebabkan kepadatan kenderaan pada satu masa. Jika hujan dan ada tanah runtuh pula ia akan melemahkan lagi perjalanan anda.

Mereka dari Kuala Lumpur pastinya sinonim dengan kesesakan jalan raya, tetapi tidak mungkin untuk meredah ke tempat percutian mereka.

 

Analisa jumlah pelancong ke Cameron Highlands

Merujuk analisa jumlah pelancong pada tahun 2016 secara ringkasnya jumlah pelancong bagi setahun adalah seramai 1,007,992. Purata ringkas sehari 4,690, purata ringkas mingguan 19,383, purata ringkas bulanan 83,994.

Bagi hujung minggu Jumaat, Sabtu dan Ahad sekitar 18,414. Kalau secara berkereta dengan minimum 4 orang dalam hujung minggu sekitar 4, 603 kereta yang masuk ke Cameron Highlands.

Dari jumlah tahunan yang dicatakan itu, lebih kurang 270,000 pelancong asing yang datang ke Cameron Highlands.

Cameron Highlands sebenarnya telah menerima sejuta pelancong tahun 2015 dan di Pahang hanya Genting Highlands dan Kuantan yang menerima pelancong melebihi angka sejuta iaitu masing-masing menerima 8,230,678 dan 1,838,573 orang pelancong.

Dengan kesesakan dan kepadatan pelancong tempatan dan asing, jumlah itu mungkin sudah berlipat kali ganda. Sebab itu jem teruk sangat hujung minggu lalu.

KATA ORANG

KATA ANDA

Patutkan pihak berwajib atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memantau keadaan ini dan mencari jalan penyelesaian supaya kesesakan seperti ini tidak berlaku lagi bila tiba musim cuti?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN