Isu lembu berkeliaran atas jalan raya terutama di kawasan kampung bukanlah isu baharu, mungkin isu ini boleh dikira sudah basi dan masih tiada apa-apa perubahan yang berlaku.

Paling membimbangkan apabila ada lembu yang berkeliaran di atas lebuh raya tambah-tambah lagi dimusim perayaan Aidilfitri ini.

 

 

Lembu Pun Nak Pulang Beraya

Dalam kesibukan warga kota memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman, tular sebuah video di laman sosial yang menunjukkan dua ekor lembu berlari di lorong paling kanan di laluan lebuh raya Rawang menghala Kuala Lumpur baru-baru ini.

 

 

Rakaman video tersebut dirakam oleh seorang pemandu lori dengan bergurau berkata disebabkan cuti sekolah sudah bermula dan raya tidak lama lagi menyebabkan lembu lari atas lebuh raya kerana takut untuk disembelih.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi orang ramai antaranya:

Dua ekor lembu yang dipercayai sesat telah menyebabkan kesesakan di laluan itu sejauh beberapa kilometer dan telah menimbulkan kemarahan orang ramai kerana bimbang boleh mengundang bahaya.

 

Kemalangan Disebabkan Binatang Ternakan

Ini adalah beberapa reaksi daripada orang ramai yang marah tentang isu lembu berkeliaran di lebuh raya.

Pada bulan Mac yang lepas, media melaporkan seorang peniaga yang nyaris maut apabila kereta yang dipandunya merempuh sekumpulan lembu di kawasan Kampung Batu 18, Hulu Terengganu.

sumber: metro

Kereta yang dipandunya itu tidak sempat untuk mengelak disebabkan jarak kereta dan lembu yang dilanggarnya itu terlalu dekat.

Kemalangan bukan berlaku pada siang hari, tetapi berlaku juga pada malam hari di mana pada tahun lalu, dua remaja maut selepas melanggar seekor lembu sebelum terjatuh di atas jalan raya dan digilis kereta.

Kejadian berlaku pada 9.30 malam di Kampung Simpang Cabang Tinggi Sabak, Pengkalan Chepa dan kedua-dua remaja tersebut maut serta-merta di tempat kejadian.

 

Bila Ada Orang Prihatin, Kau Kata Dia Curi Pula

Kelibat haiwan ternakan di LPT2 mungkin menyakitkan mata pengguna lebuh raya berkenaan dan bimbang berlakunya kemalangan yang boleh membawa maut kepada mereka.

Rakaman video yang dikongsi di Facebook Info Bencana Terengganu, menunjukkan sekumpulan lembu berkeliaran di atas jalan raya dipercayai di Lebuh Raya Gemuruh baru-baru ini.

 

 

Beberapa hari yang lepas, pekerja kontraktor LPT2 yang diamanahkan untuk menangkap haiwan ternakan penduduk yang berkeliaran di lebuh raya tersebut bagi mengelakkan kemalangan berlaku telah menimbulkan salah faham.

 

 

Penduduk di kawasan berkenaan telah menahan beberapa orang pekerja kontraktor yang dikatakan telah mencuri lembu mereka kemudian memukul kumpulan lelaki tersebut.

Perbuatan mereka yang memukul pekerja kontraktor itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai dan ada yang menyeru untuk curi sahaja lembu-lembu yang berkeliaran tersebut kerana telah menyusahkan orang ramai.

 

Kompaun Kepada Penternak

Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memberi amaran kepada pemilik haiwan supaya mengawal pergerakan ternakan masing-masing supaya tidak berkeliaran di laluan utama kenderaan terutamanya di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2). 

sumber: sinar harian

Beliau berkata, haiwan ternakan yang berkeliaran di atas jalan raya akan menggangu kelancaran trafik.

Apabila satu kawasan terganggu, akan menyebabkan semua tempat terganggu kerana ketika musim perayaan Aidilfitri,  negerinya itu akan menerima jumlah kemasukan kenderaan yang tinggi.

Pihaknya akan mengkaji semula denda sebanyak RM250 kepada pemilik haiwan yang membiarkan haiwan ternakan berkeliaran di atas jalan raya oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) sebelum ini.

Tetapi setakat ini, jumlah kompaun yang telah ditetapkan dan dikenakan bergantung kepada jenis haiwan di mana denda sebanyak RM250 bagi lembu dan kambing sebanyak RM100.

Langkah mengenakan kompaun ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pemilik haiwan berkenaan kerana akibat kecuaian tersebut, memberi kesan yang besar sehingga boleh meragut nyawa orang lain.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, langkah yang diambil oleh kerajaan negeri Terengganu mengenakan kompaun kepada mereka yang membiarkan haiwan ternakan berkeliaran di atas jalan raya itu suatu tindakan yang bagus ataupun tidak memberi kesan?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN