17 Julai lalu, rakyat Malaysia dapat menyaksikan Fenomena gerhana bulan separa atau dikenali sebagai ‘partial lunar eclipse’ yang menjelma pada pagi Rabu tersebut.

Gerhana bulan separa dapat dilihat bermula jam 4.01 pagi dan ia berakhir sekitar jam 5.49 pagi.

Ramai yang tidak melepaskan peluang berkumpul di Planetarium Negara pada 2 pagi bagi menyaksikan sesi pencerapan planet Zuhal dan Musytari sebelum berlakunya gerhana bulan separa.

Sumber : Berita Harian

Rata-rata pengunjung yang hadir nyata tidak melepaskan peluang untuk melihat fenomena semula jadi tersebut menggunakan teleskop yang disediakan.

 

Apa itu Gerhana Bulan Separa?

Gerhana bulan sebenarnya berlaku apabila bulan memasuki kawasan bayang-bayang bumi.

Namun tidak semua gerhana berlaku dalam bentuk yang sama.

Perbezaannya bergantung kepada kawasan bayang-bayang bumi yang mana satu, yang sedang dilalui oleh bulan.

Kali terakhir rakyat malaysia menyaksikan gerhana bulan menghiasi Malaysia ialah setahun yang lalu iaitu pada Julai 2018.

Selain Malaysia, gerhana bulan separa ini dapat dilihat di Australia, hampir keseluruhan Asia, Afrika, Eropah dan Amerika Selatan.

 

Solat Sunat Gerhana

Bagi orang Islam, adalah digalakkan menunaikan solat sunat gerhana bulan berjemaah dan mengadakan khutbah gerhana bulan.

Menurut Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil, umat Islam digalakkan menghidupkan sunnah dengan menunaikan solat sunat Khusuf Alqamar (gerhana bulan) dan membuat cerapan melihat fenomena itu.

Tujuan melakukan kedua-dua ibadat sunat ini adalah untuk melihat kebesaran Allah SWT yang mencipta makhluk di bumi dan dilangit termasuk bulan.

Selain itu,  umat Islam juga diminta memohon keampunan daripada Allah SWT serta memohon rahmat keamanan serta dijauhkan daripada sebarang musibah.

Sebahagian sarjana muslim berpandangan bahawa hukum solat gerhana adalah sunat muakkad.

Ini kerana Rasulullah bukan sahaja mengarahkan umatnya supaya mendirikan solat gerhana, bahkan Baginda sendiri menunaikannya

 

Sembah Bulan?

Walaubagaimanapun terdapat pemikiran segelintir golongan liberal bahawa solat gerhana sebagai aktiviti menyembah Hubal iaitu ‘Tuhan Bulan’ golongan musyrikin di tanah Arab satu ketika dahulu sebagai mengelirukan.

Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Dr. Ahmad Sanusi Azmi berkata, solat gerhana langsung tidak ada kaitan dengan konsep paganism atau kepercayaan dalam penyembahan berhala.

Jelasnya,  Rasulullah mendidik umatnya supaya menolak Hubal bahkan Baginda sendiri mengarahkan agar Hubal dimusnahkan

Dr. Ahmad Sanusi menjawab persoalan yang dilontarkan kepada beliau berkaitan tulisan peguam Siti Kasim di Facebook beliau pada 16 Julai lalu.

Pada hantaran itu Siti Kasim menulis ‘Is this Islamic practice or paganism? You decide’. (Adakah ini ajaran Islam atau kepercayaan pagan? Anda putuskan).

Pada hantaran itu Siti Kasim turut berkongsi tangkap layar sebuah berita bertajuk ‘Masjid di Perlis anjur solat gerhana bulan pagi esok’.

Tegas Dr Ahmad Sanusi, tindakan sebahagian liberal yang seolah cuba mengaitkan solat gerhana dengan kefahaman paganism adalah tindakan yang tidak wajar. Ia kelihatan merendahkan sunnah Rasulullah bahkan seakan menghinanya.

 

Perlis Nafikan Sembah Bulan

Sumber: Bernama

Mengambil maklum mengenai kenyataan Siti Kassim itu, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menafikan dakwaan pihak-pihak tertentu itu.

Jelasnya, solat sunat gerhana bulan itu bukan bermakna menyembah bulan tetapi melakukan seperti apa yang pernah dilakukan Nabi Muhammad SAW sebagai mengagumi kekuasaan ALLAH SWT.

Perlis menganjurkan solat itu secara serentak di 15 masjid di seluruh negeri diikuti bacaan khutbah khas mengenai gerhana bulan oleh imam-imam jemputan.

Dr Asri berkata, tohmahan sedemikian pernah dilemparkan oleh mereka yang memperlekehkan Pejabat Mufti dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) ketika menganjurkan solat jemaah beramai-ramai minta diturunkan hujan beberapa tahun lalu.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda melakukan solat sunat gerhana bulan?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN