Jika sebelum ini, trend ubah suai motosikal lebih kepada model Honda EX5 tetapi kini model jenis Yamaha 15ZR atau ‘Ysuku’ pula yang diubah suai untuk tujuan perlumbaan.

Sumber: OhBulan

Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai motosikal Ysuku yang telah disenarai dalam pemerhatian pihak polis berikutan trend mengubahsuaian motosikal itu tanpa mengikut spesifikasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Ia berikutan satu operasi yang dijalankan pihak polis minggu lalu di mana banyak tangkapan dibuat oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) membabitkan penunggang motosikal berkenaan dengan 1,384 saman dikeluarkan terhadap mereka.

Jadi, apa yang tidak kena mengenai model motosikal ini sehingga ia kini berada dalam pemerhatian pihak berkuasa? Adakah disebabkan oleh pengubahsuaian atau sebaliknya? 

 

Apa Yang Tidak Kena Pada Ysuku?

Menurut Timbalan Pengarah Penguatkusaan, Kawalan Lalu Lintas dan Pengurusan Saman, JSPT Datuk Mohd Nadzri Hussain, pihak polis menyedari bahawa ramai pemilik motosikal Ysuku termasuk golongan selebriti, melakukan pengubahsuaian sepenuhnya terhadap motosikal tersebut.

Sumber: odisi.my

Selain itu, kebanyakan Ysuku juga diubah enjin sehingga mencatatkan kelajuan lebih 140 kilometer sejam (km/j) berbanding spesifikasi kelajuan asal 110 km/j yang sama sekali telah melanggar undang-undang jalan raya.

Tambahnya, pihak polis juga menerima info bahawa wujudnya kumpulan penunggang Ysuku yang diupah sebagai joki oleh bengkel bagi menguji motosikal yang diubahsuai termasuk untuk aktiviti perlumbaan.

Tidak kurang dari itu, pemilik yang melakukan pengubahsuaian terhadap bahagian enjin motosikal tersebut, bakal berhadapan dengan musibah sekiranya motosikal tersebut tidak dapat menampung kelajuan yang baru. 

 

Artis Pun Terjebak

Pengeluaran motor jenis Ysuku ini boleh dikatakan ‘motor panas’ kerana golongan selebriti termasuk Zizan Razak, Shuib Sepahtu, Ajak Shiro, Izzue Islam, Jep Sepahtu, Achey Bocey dan Dato Aliff Syukri juga turut memiliki model jenama ini. 

Sumber: OhBulan

Kesemua selebriti ini masing-masing dilihat tidak ketinggalan untuk menunjukkan kehebatan motosikal mereka dengan melakukan pengubahsuaian terhadap motor mereka.

Apa yang merisaukan, ada di kalangan mereka mengubah suai motosikal mereka yang seolah-olah mahu mempromosi kegiatan mengubahsuai motosikal secara haram dan dikhuatiri menjadi ikutan buat generasi muda masa kini.

 

Polis Beri Amaran

Disebabkan itu, pihak polis memandang serius ‘trend’ tersebut dan memberi amaran kepada semua pemilik motosikal jenis ‘Ysuku’ untuk berhenti mengubahsuai motosikal tersebut kerana tindakan itu sama sekali menyalahi undang-undang.

Sumber: Kosmo

Amaran tersebut turut diberi kepada orang ramai termasuk golongan selebriti yang mempunyai motosikal jenis itu dan kerap mengubah suai motor mereka.

Sekiranya gagal, tindakan sita akan dikenakan terhadap mereka yang didapati melakukan kesalahan tersebut.

 

Artis Mahu Pihak Polis Saman Sekali Penjual Aksesori

Walaupun sudah diberi amaran, ada pula beberapa selebriti yang meluahkan rasa terkilan mereka dan memberikan pandangan masing-masing mengenai perkara itu.

Bagi pelawak, Achey Bochey dilihat tidak bersetuju jika motosikal tersebut disita kerana amaran tersebut perlu diberikan kepada penjual aksesori dan bukannya kepada pemilik dan penunggang motosikal itu sendiri.

Tetapi apabila difikirkan semula, sekiranya pihak polis mengenakan larangan tersebut terhadap penjual aksesori, ia boleh diibaratkan menutup ‘periuk nasi’ mereka kerana ramai di antara mereka terdiri daripada penjual dalam kalangan orang Melayu dan Cina sendiri.

 

Keluarkan Amaran Demi Kesejahteraan Bersama

Memang tidak ada salahnya untuk seseorang itu mengubah suai motor tetapi pengubahsuaian itu perlulah dilakukan secara berpada-pada dan tidak membahayakan nyawa sendiri serta pengguna kenderaan lain.

Gambar sekadar hiasan

Amaran yang dikeluarkan oleh pihak polis itu ada baiknya kepada semua pihak memandangkan sekarang ini, kes kemalangan maut yang melibatkan aktiviti lumba haram semakin menjadi-jadi.

Tambah pula dengan adanya motosikal jenis Ysuku yang diubah suai, ia pasti akan menyumbang kepada peningkatan kes kemalangan maut disebabkan pengubahsuaian enjin yang jauh lebih laju dari spesifikasi asal serta mengubah aksesori lain. 

Sekadar mengeluarkan amaran sahaja mungkin tidak mencukupi. Mungkin pihak polis boleh menggunakan selebriti untuk kempen kesedaran mereka. Cari pendekatan yang mesra dahulu dan sekiranya keputusan masih tidak berubah, barulah kita ambil tindakan keras terhadap mereka.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, wajarkah pihak polis mengeluarkan amaran sita terhadap semua pemilik motosikal jenis ‘Ysuku’ yang didapati mengubahsuai motor mereka?
10 votes · 10 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN