Menjadi kebanggaan sesuatu kaum itu sekiranya makanan mereka unik kerana ia merupakan lambang budaya dan tradisi mereka . 

Sumber:beliamuda.com

Malah, setiap negeri juga dikenali melalui makanannya. Sebagai contoh, Negeri Sembilan terkenal dengan masakan daging salai masak emak cili api, Pahang dengan masakan ikan patin masak tempoyak, Kelantan dengan nasi kerabunya dan budu, begitu juga dengan negeri-negeri lain.

Tetapi baru-baru ini seorang insta famous telah memberikan komen negatif terhadap masakan tradisi Sabah dan Sarawak iaitu Ambuyat atau di Sarawak dikenali sebagai Linut.

Dalam video berkenaan ada suara yang memberi komen yang mengibaratkan bahawa ambuyat sebagai menelan kahak telah menyinggung hati masyarakat Sabah dan Sarawak.

Hafiz Mahamad telah memuatnaik video berkenaan di instagram miliknya yang menampilkan isterinya, Nurshafiqah Aina Abdul Wahab dipaksa memakan ambuyat dan dengan reaksi seperti nak muntah itu telah mengundang ketidakpuasan hati orang ramai.

Bagaimanapun, video berkenaan sudah dipadamkan di instagram miliknya.

 

Apa Itu Ambuyat?

Sumber:Living + Nomads

Ambuyat atau Linut bahannya terdiri daripada tepung sagu. 

Ambuyat lebih selesa dimakan dengan menggunakan kayu penyepit tempatan yang dikenali sebagai candas.

Sumber:Top Peak Travel

Enak dimakan semasa ia masih panas dan dicicah dengan ikan bakar, ikan rebus atau ulam-ulaman.

Ambuyat dimakan bersama-sama sebagai hidangan makan tengahari bagi menggantikan nasi.

Paling menarik ramai yang berebut-rebut mengambilnya dan dicicah dengan lauk.

Sambil makan, dapat berbual-bual bagi mengeratkan hubungan. Ambuyat juga bagus dimakan bagi membantu pembuangan toksin dalam badan.

 

Suka Raih Perhatian 

Siapa masih ingat kisah teman lelaki yang meraikan hari jadi teman wanita dengan  menyewa sebuah limosin putih dan membawa kekasihnya itu menikmati makan malam nan romantik di Restoran Berputar Atmosphere 360, Menara Kuala Lumpur.

Sumber:don diaries

Inilah orangnya, Hafiz. Dia pernah menjadi bualan wanita yang melihat kemanisannya dalam melayan kekasihnya itu yang kini sudah menjadi isterinya.

Namun, kerana suka meraih perhatian orang ramai, warganet berpendapat Hafiz dan Aina lebih suka meraih populariti dengan membuka ruangan terhadap kecaman seperti ini.

Ramai yang menasihati mereka supaya menjaga adab apabila makan dan tidak perlu berkongsi video berkenaan yang dilihat menghina makanan tersebut malah telah menyinggung perasaan mereka yang sukakan makanan tradisi daripada Sabah dan Sarawak itu.

 

Perlu Jaga Adab Apabila Makan

Hafiz dan Aina merupakan insta famous atau pengaruh sosial serta mereka mempunyai ratusan ribu hingga jutaan pengikut. Maka apa yang diperkatakan oleh mereka akan menjadi rujukan pengikutnya.

Sumber:mStar

Tindakan itu sebenarnya memburukkan lagi makanan ambuyat padahal ia makanan yang paling sedap buat rakyat Sabah dan Sarawak.

Kalau tidak suka, lebih baik tidak makan. Apa perasaan orang tempatan jika buat reaksi muka begitu? Dengan reaksi begitu sangat kurang ajar pada makanan.

Sumber:dragoman.com

Kalau kita ke Vietnam, Thailand ada yang jual cengkerik goreng, satay ular. Tidak perlu buat muka, kerana itu makanan mereka. Kita hanya perlu berlalu pergi tanpa memberi komen negatif.

Sebenarnya perlu saling hormat menghormati sesama kita dan hormati juga keunikan makanan sesuatu kaum atau negeri itu sendiri.

Malangnya, ramai yang suka berkongsi benda-benda negatif begini kepada masyarakat. Kena ingat boleh jejaskan ekonomi negeri tersebut. Orang lain nak cuba makan tetapi tengok video acah-acah geli, buatkan mereka juga rasa tak mahu makan.

Tampil Mohon Maaf, Tiada Niat Hina Makanan

Bagaimanapun , susulan selepas video itu mendapat kecaman, Hafiz tampil memohon maaf dan dia tiada niat untuk memberi komen negatif terhadap makanan tersebut dan menjelaskan reaksi muka isterinya itu adalah kerana kuantiti ambuyat terlalu besar untuk ditelan, tambahan pula ia dicicah dengan tempoyak, sedangkan isterinya tidak makan tempoyak.

Dia minta masyarakat diluar sana berhenti mengecam dia, isteri, keluarga dan anak dalam kandungan isterinya itu. 

Tujuan utamanya adalah untuk memperkenalkan makanan tersebut ketika mereka suami isteri berada di Brunei.

 

Thailand Umpan Pelancong Dengan Tomyam

Sumber:freepik.com

Sekiranya melancong ke luar negara anda pasti akan menjumpai restoran Thailand. Dan Tomyamlah pilihan utama.

Walaupun mengembara ke pelusuk dunia yang jauhnya beribu batu dari negara Gajah Putih itu, nyata untuk mencari makanan Thailand bukanlah sukar.

Dianggarkan terdapat lebih 15,000 restoran Thailand di seluruh dunia.

Di Amerika Syarikat sahaja terdapat lebih 5,000 restoran Thailand yang beroperasi walaupun hanya ada 300,000 masyarakat Thai di negara itu.

Satu kajian daripada Bangkok Research Center mendapati 63.3 peratus pelancong asing berkunjung ke Thailand kerana faktor makanan, 47.1 peratus kerana layanan mesra, manakala 46.5 peratus kerana artifak dan tapak bersejarah di negara itu.

Kesimpulannya, kalau kita promosikan makanan di sesuatu negara itu dengan baik, pasti ramai yang datang nak mencuba dan ia juga dapat menjana pendapatan orang tempatan juga.

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Patutkah anda menghina keunikan makanan tradisi kaum lain?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN