Sumber : The Star

Akaun instagram milik Nur Sajat, usahawan kosmetik dikatakan telah dipadam oleh pihak Instagram kerana telah menerima laporan dari orang awam.

Tindakan dari pihak Instagram itu menerima pujian dari netizen kerana ramai yang bersetuju akan tindakan tersebut. Akhirnya ‘mimpi ngeri’ mereka dapat dilenyapkan apabila tidak akan ada lagi gambar-gambar berbikini seorang individu yang dipercayai transgender dimuatnaik di laman sosial.

 

Sentiasa Ada Kontroversi

 Nur Sajat yang mempunyai banyak pengikut di laman instagramnya sentiasa dipenuhi kontroversi dan gosip-gosip hangat yang akan menjadi buah mulut rata-rata netizen yang mengikutinya.

Terutamanya cerita tentang kisah cintanya dengan seorang jejaka dikenali sebagai Coach Yin yang dikatakan tidak lama lagi akan berkahwin.

Dalam ramai yang mengecam dan mengkritik, ramai juga yang menyokong setiap tindak tanduknya.

 

Tak Pernah Ambil Peduli Kata Orang

 Dalam melalui kehidupan yang penuh cacian dan makian, Nur Sajat dikatakan tidak pernah ambil peduli dengan kritikan orang ramai dan sentiasa buat apa yang dirasakan betul.

Isu transgendernya yang sentiasa menjadi buah mulut orang tidak dihiraukan dan dia menerima sokongan penuh dari keluarga dan adik beradiknya. Setiap perniagaan yang dijalankan juga pasti maju dan membuahkan hasil yang lumayan.

Ini mungkin salah satu aspek positif yang boleh diambil dari kisah Nur Sajat ini, untuk kita sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dalam mencari kejayaan dan kesenangan walaupun ditimpa pelbagai ujian dan tomahan.

 

Masyarakat Ada Hak Untuk Buat Laporan

 Mungkin ramai yang tidak tahu jika ada sebarang isu berkaitan penyalahgunaan siber ia boleh dilaporkan samada kepada pihak syarikat pemilik laman tersebut ataupun kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Rata-rata netizen yang tidak menyukai sesuatu isu yang sensitif membuang masa mereka dengan mengecam dan mengutuk perbuataan tersebut, sedangkan cara yang lebih bijak dan efisen adalah dengan melaporkan secara terus kepada pihak berkuasa.

Contohnya, jika seseorang membuat ucapan,gambar mahupun video yang dimuatnaik ke laman sosial mempunyai unsur-unsur lucah, tidak bermoral, menyakitkan atau terdapat unsur penipuan.

Bagi kes Nur Sajat ini, pastinya pihak Instagram telah menerima aduan daripada orang ramai. Seperti yang dikongsi oleh seorang pemilik instagram, dia menerima notifikasi dari pihak Instagram atas aduan yang dibuatnya.

Sumber : Oh My Media

 

Mengelirukan Anak-anak Muda

 Dapat dilihat dengan jelas, saban hari makin meningkat masalah-masalah sosial yang semakin berleluasa melalui penggunaan media sosial oleh golongan anak muda.

Sumber : Youtube

Trend-trend menari dan membuat video-video yang kurang menyenangkan dimuatnaik naik tanpa segan silu dan tanpa memikirkan akibatnya di masa hadapan.

Terutamanya bagi golongan wanita, ini bukan diskrimasi tetapi dimanakah kesantunan dan tatatertib yang diajar agama dalam pergaulan serta tingkah laku kita?

Sumber : Rotikaya

Selain itu, masalah transgender yang dilihat makin berleluasa dan secara terang-terangan menunjukkan tingkah laku yang negatif pastinya akan mempengaruhi fikiran anak muda yang sedang membesar.

Jadi, bagi masyarakat di luar sana, cara terbaik untuk menghentikan masalah transgender ini daripada berleluasa adalah dengan melaporkan terus kepada pihak berkuasa.

Jangan sokong, jangan ikuti perkembangan mereka. Suarakan pendapat anda di saluran yang betul.

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah pihak Instagram telah melakukan perkara yang betul dan tidak menyekat kebebasan seseorang individu?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN