Selepas desas desus mengatakan Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya telah membohongi rakyat berhubung latar belakang pendidikan, kini timbul pula perdebatan isu pemalsuan sijil kelayakan yang melibatkan beberapa ahli politik yang datang dari Pakatan Harapan (PH).
Yang terbaru, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dan Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu pula turut sama diheret dengan dakwaan isu yang sama.
Dalam masa yang sama, kesahihan maklumat di dalam infografik agensi berita Bernama juga turut dipersoal dalam isu ini oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Apa yang mengejutkan, biodata yang terkandung di dalam infografik Bernama itu berlainan dengan penafian ketiga-tiga pemimpin yang terlibat.
Persoalannya di sini, adakah agensi Bernama membuat kesilapan dengan memberi maklumat tidak sahih kepada rakyat atau pegawai menteri yang menipu?
Penjelasan Dari Ketiga-Tiga Pemimpin
Walaupun infografik Bernama itu dikeluarkan kira-kira sembilan bulan yang lalu selepas kerajaan PH berjaya menjadi kerajaan, namun pembangkang dilihat tidak putus-putus untuk mencari kesalahan mereka.
Melihat kepada penjelasan yang dibuat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, beliau tidak pernah mendakwa dirinya sebagai graduan National University of Singapore (NUS) dan tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana individu untuk berbuat demikian.
Malah, agensi berita Bernama juga dikatakan tidak pernah mengesahkan maklumat tersebut dengannya.
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu juga sebelum ini mengatakan bahawa beliau tidak pernah mengaku tamat pengajian dan mengaku dibuang dari Institut Teknologi MARA (ITM).
Namun, di dalam infografik tersebut jelas tertulis bahawa beliau sememangnya menyambung pelajaran dalam jurusan pemakanan di institusi tersebut tanpa menyatakan sebagai pemegang ijazah.
Dalam infografik Ahmad Faizal Uzumu pula menyatakan bahawa beliau merupakan pemegang ijazah Pengajian Perniagaan di Universiti Edith Cowan, Perth Australia.
Sedangkan dalam penafiannya yang terbaru, beliau sendiri menjelaskan bahawa beliau melanjutkan pelajaran ke luar negara tetapi tidak berjaya untuk membawa pulang ijazah berkenaan.
Aneh bukan?
Sebagai sebuah agensi berita Bernama, mana mungkin mereka mengabaikan integriti dalam melaporkan laporan yang tepat dengan fakta yang sahih kepada rakyat.
Adakah mungkin disebabkan ada cubaan pihak tertentu yang dilihat sengaja menyunting maklumat di alam maya dengan tujuan untuk mengelirukan rakyat?
Penjelasan Dari Bernama
Ketua Pengarang Bernama, Zakaria Wahab menegaskan bahawa infografik yang disiarkan oleh pihaknya itu adalah berdasarkan daripada maklumat yang sudah disiarkan sebelum ini dan bukannya rekaan semata-mata.
Katanya, maklumat tersebut diambil dari surat khabar, rekod parti-parti berkenaan dan juga laporan lain yang sudah disiarkan daripada rekod sebelum ini.
 Adakah Wujud Unsur Plagiat Di Alam Siber?
Dengan kecanggihan teknologi yang ada ketika ini, mana-mana individu yang mempunyai kepakaran IT sememangnya boleh memplagiat apa sahaja maklumat di alam maya khususnya.
Lebih-lebih lagi di laman Wikipedia, sesiapa sahaja boleh menyunting maklumat tersebut.
Tidak hairanlah, ahli-ahli akademik seringkali berpesan kepada pelajarnya bahawa jangan sesekali mempercayai maklumat yang terkandung di Wikipedia untuk dijadikan sebagai rujukan kerana kesahihan maklumat yang terdapat di dalamnya itu sentiasa diragui.
Malah, sebelum ini juga, hasil semakan terhadap Wikipedia mendapati bahawa maklumat Zuraida telah disunting oleh seorang pengguna yang tidak dikenali pada 14 Januari lalu.
Laman itu kemudiannya turut disunting lagi oleh pengguna bernama ‘pejuang Umno’ yang menyebut Zuraida sebagai graduan dari Universiti Harvard pula.
Â
KATA ORANG
tunjuk bukti ijazah kamu dulu lh
— KERI (@kerimamat) February 11, 2019
Dulu menteri menteri BN ada ijazah ka? Ataupun MP MP BN ada ijazah ke?
— mose (@mosecslee) February 11, 2019
Personally I think the "tipu ijazah" thing is an indication of the Malaysian obsession with validation and one-upping. I have a colleague who is an exceptional writer, and I value her expertise. No degree. Just pure grit and dedication. Better than a piece of paper any day.
— Friends of Rin (@rincredible) February 11, 2019
Isu tipu ijazah should never be tolerated period
— 🦖 (@Sierrrro) February 10, 2019