Pertikaian berhubung isu tuntutan royalti minyak membabitkan Kerajaan Kelantan dan Kerajaan Persekutuan nampaknya sudah selesai apabila Kerajaan Kelantan dimaklumkan telah menerima bayaran royalti tersebut.

Sumber: Malaysia Dateline

Kerajaan Kelantan sebelum ini menuntut Petronas membayar tunggakan dan pembayaran tunai masa depan bagi petroleum yang dikeluarkan di pesisir negeri itu seperti yang ditetapkan dalam perjanjian cari gali petroleum.

Bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan dibawah pemerintahan Pakatan Harapan (PH) telah melunaskan tuntutan bayaran yang dibuat kerajaan negeri itu.

Bayaran Dibuat Awal 

Menurut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bayaran tuntutan royalti itu telah pun dibuat pada bulan lalu. Bayaran yang sepatutnyan diterima adalah pada Januari 2020.

Sumber: Kosmo

Tegas Guan Eng, isu bayaran itu telah pun ditandatangani beliau atas arahan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan beliau juga telah membuat semakan dengan kementeriannya dan mengesahkan bayaran itu sudah pun diterima kerajaan negeri Kelantan.

Dalam pada itu, Guan Eng mahu anggota parlimen pembangkang yang mendakwa Kelantan belum menerima bayaran royalti minyak perlu membuat semakan dengan kerajaan negeri itu dan tidak mengeluarkan kenyataan yang tidak benar.

MB Kelantan Nafi Terima Bayaran Royalti

Ketika sesi soal-jawab lisan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Bharu, hari ini, Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yakob menafikan kerajaan negeri menerima bayaran royalti petroleum seperti yang diumumkan Guan Eng.

Sumber:malaysiakini2.com

Katanya, Kerajaan Persekutuan bukan membayar wang royalti sebaliknya hanya wang ehsan. Jelasnya, kenyataan Guan Eng tidak benar dan mengelirukan rakyat. Yang dituntut oleh kerajaan negeri ialah royalti minyak atau gas, bukannya wang ehsan.

Pada 17 September lalu, Ahmad mengakui kerajaan negeri menerima sejumlah wang sebanyak RM15.75 juta dalam tajuk penyaluran wang ehsan kepada Kelantan bagi tahun 2019.

Kelantan Tetap Tuntut Bayaran Royalti

Bagaimanapun, Ahmad menegaskan bahawa kerajaan negeri tetap mahu menuntut Kerajaan Persekutuan membayar royalti petroleum yang sepatutnya dibayar kerana itu adalah hak rakyat Kelantan.

Sumber: FMT

Wang ehsan itu bayaran lain bukannya bayaran tuntutan royalti. Ahmad juga tidak menolak pemberian yang disifatkan sebagai wang ehsan itu kerana ia adalah hak kerajaan persekutuan nak bagi ataupun tidak.

Bagaimanapun, Ahmad mahu Guang Eng faham maksud royalti sebenar bukannya beri wang ehsan.

BN Tak Pernah Janji Beri Royalti

Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Barisan Nasional (BN) selama memerintah 60 tahun tidak pernah berjanji untuk memberikan wang royalti kepada kerajaan Kelantan tetapi akan dibayar wang ehsan dengan jumlah yang tinggi.

Sumber:Sinar Harian

Ismail Sabri ketika membahaskan Belanjawan 2020 yang dibentangkan Guan Eng berkata, ketiadaan projek berimpak tinggi di Pantai Timur khususnya di Terengganu dan Kelantan memperlihatkan kerajaan dipimpin PH ketika ini kritikal.

Katanya, dengan ketiadaan projek itu seolah-olah menggambarkan kerajaan ingin menghukum kedua-dua negeri yang sedang ditadbir Pas.

Selama 60 tahun memerintah, apa kerajaan BN buat untuk Kelantan dan Terengganu?

Siapa Yang Menipu?

Menteri Kewangan sudah nyatakan bahawa bayaran telah pun dibuat manakala Menteri Besar Kelantan pula cakap sebaliknya.

Sumber: SarawakVoice

Sebelum ini, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali dan Tun Mahathir telah berjanji mahu menunaikan tuntutan bayaran royalti ini kepada kerajaan negeri Kelantan dan bayaran itu telah pun disempurnakan pada September lalu.

Bagaimanapun, rata-rata netizen menyatakan kenyataan kedua-dua pemimpin ini sebenarnya mengelirukan rakyat. Sewajarnya kedua-dua pihak menunjukkan bukti pembayaran dan bukti menerima wang tersebut.

Itu sahaja cara untuk mengenal pasti siapa yang menipu dan siapa yang bercakap benar. Yang jadi mangsanya adalah rakyat Kelantan yang sudah bertahun-tahun menantikan hak mereka ini.

“Pas Patut Bersyukur”

Namun, ada juga menyifatkan pemimpin pas ini sebagai tidak bersyukur. Jika wang yang diterima itu bukan wang royalti sepatutnya kerajaan wajar mengembalikan semula wang yang didakwa bukan hak mereka namun mereka tetap menerima.

Jika itu wang ehsan, gunakan sebaik mungkin untuk pentadbiran di negeri berkenaan. Hulurkan kepada kebajikan rakyat di negeri itu bukannya bertelingkah soal hak dan sebagainya.

Memang royalti itu hak rakyat Kelantan namun wang yang telah diterima itu nak buat apa? Perlu ada perancangan yang lebih baik untuk rakyat.

Sebelum ini, Pas memfailakn saman terhadap kerajaan persekutuan menyebabkan kerajaan tidak dapat membuat bayaran yang dituntut.

Selepas Kerajaan negeri menarik balik saman tersebut, bayaran barulah boleh dibuat dengan sebaiknya.

 

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa kata anda?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN