Sehingga ke hari ini, ramai pihak dilihat masih tidak berpuas hati dengan dasar baharu yang dilaksana pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mahu melaksana skim Potongan Gaji Berjadual (PGB) mulai Januari ini.
Ada di antara mereka tidak berpuas hati dengan pelaksanaan tersebut kerana ia turut sama melibatkan pihak majikan untuk membuat potongan gaji mengikut peratus yang ditetapkan di dalam skim PGB secara mandatori.
Malah, selepas ini, lepasan graduan yang bergaji dalam lingkungan RM2,000 tidak boleh culas membuat bayaran balik hutang mereka memandangkan PTPTN akan bekerjasama dengan agensi berkaitan antaranya Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) dan Jabatan Imigresen untuk mendapat maklumat pendapatan serta butiran majikan peminjam.
Untuk itu, hasil daripada maklumat diperoleh, PTPTN akan mengeluarkan arahan potongan gaji mengikut peratus potongan kepada majikan dengan potongan gaji berjadual antara dua hingga 15 peratus.
Tindakan PTPTN Membebankan Atau Adil?
Isu mengenai PTPTN ini amat sensitif dikalangan anak muda kerana sebelum ini mereka manaruh harapan tinggi kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam yang mendapat gaji kurang dari RM4,000 sebulan.
Kali ini, pihak PTPTN jelas menunjukkan bahawa pihaknya komited dalam menuntut hutang kepada 1.4 juta peminjam yang dilaporkan masih culas membayar balik pinjaman mereka.
Melihat kepada bayaran melalui PGB itu, PTPTN mengenakan kaedah potongan gaji bermula serendah RM40 sebulan dengan gaji minima RM2,000 sebulan.
Ia juga memperlihatkan, semakin tinggi gaji seseorang graduan itu, semakin banyak potongan gaji yang akan dipotong mengikut pendapatan graduan tersebut.
Dalam hal ini, ramai yang mempertikaikan cara pelaksanaan skim potongan gaji yang dibuat PTPTN itu sebagai tidak wajar memandangkan kebanyakan graduan berpendapatan di bawah paras gaji minimum seperti yang telah ditetapkan oleh Bank Negara.
Malah, apabila ditolak dengan EPF, Socso, bil air, elektrik, sewa rumah, tambang pengangkutan, makan minum dan sebagainya dan ditambah pula dengan potongan gaji mengikut skim yang ditetapkan PTPTN, berapa sahaja duit gaji yang tinggal?
Netizen di media sosial juga dilihat membantah pelaksanaan tersebut dengan ada yang mempertikaikan langkah tersebut sebagai membebankan lebih-lebih lagi kepada mereka yang perlu menanggung kos sara hidup yang tinggi terutama yang menetap di kawasan bandar.
Tidak kurang juga ada yang mengatakan langkah yang dibuat PTPTN itu adil untuk semua pihak malah ada juga yang dilihat memberi cadangan agar peratusan pembayaran balik ditetapkan pada kadar antara dua hingga tiga peratus sahaja, tanpa mengambil kira jumlah pendapatan seseorang peminjam.
Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia Bantah Kaedah PTPTN
Dalam pada ada pihak yang mengkritik serta memuji, Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) pula dilihat membantah kaedah tersebut kerana dibuat tanpa persetujuan pihak berkepentingan.
Cadangan yang dikemukakan pihak PTPTN secara mengejut itu pasti menambahkan lagi tugas pihak majikan untuk membuat potongan gaji mengikut kaedah PTPTN terhadap pekerja mereka yang masih lagi mempunyai tunggakan hutang PTPTN.
Pengarah Eksekutifnya, Datuk Shamsuddin Bardan memberi pandangan bahawa apa yang sewajarnya dilakukan PTPTN buat masa ini adalah dengan melakukan perbincangan sebelum mengumumkan perkara sedemikian kerana ia boleh menyebabkan kekeliruan dalam kalangan majikan.
Malah, kaedah PGB itu juga dilihat tidak boleh dilakukan berdasarkan peratusan gaji yang diterima pekerja sebaliknya dipotong berdasarkan amaun tetap.
Walau Macam Mana Sekalipun, Peminjam Tidak Boleh Culas Bayar Hutang
Dalam perkara ini, kita tidak boleh menyalahkan satu pihak sahaja di mana apa yang dilakukan PTPTN itu pastinya untuk kesejahteraan semua pihak.
Sekiranya PTPTN tidak mengambil langkah sebegini, sampai bila isu ini akan selesai?
Lihat sahaja sebelum ini, walaupun PTPTN sudah melaksana pelbagai polisi untuk mengutip balik hutang, masih ada lagi peminjam liat untuk membuat pembayaran balik walaupun sudah mempunyai pekerjaan.
Jadi, mungkin dengan cara pelaksanaan PGB ini, PTPTN dapat mengutip kembali hutang yang tidak dibayar oleh peminjam yang berjumlah RM36 billion.
Dalam hal ini, peminjam perlu sedar, kalau sudah dinamakan hutang, ianya tetap perlu dibayar sama ada secara ansuran mahupun pelbagai cara lain.
Dalam hal ini, peminjam juga perlu sedar bahawa wang pinjaman PTPTN yang dibayar itu akan digunakan semula untuk membiayai pelajar-pelajar generasi akan datang yang mahu melanjutkan pengajian ke universiti sama seperti mereka dahulu.
Peratusan Potongan Mengikut Pendapatan Yang Dilakukan PTPTN:
Kurang RM2,000- 0 peratus
RM2,001 hingga RM2,499 – 2 peratus (RM40-49.99)
RM2,500 hingga RM2,999 – 3 peratus (RM75-89.99)
RM3,000 hingga RM3,999 – 5 peratus (RM150-199.99)
RM4,000 hingga RM5,999 – 8 peratus (RM320-479.99)
RM6,000 hingga RM7,999 – 10 peratus (RM600-799.99)
RM8,000 dan ke atas – 15 peratus (RM1,200 ke atas)
KATA ORANG
Still have someone who complain and reject to pay PTPTN loan while having high salary, driving luxury car, taking iPhone and travelling frequently.
— Yong Shun (@yongshun95) December 6, 2018
For those still reject, BAN THEIR loan for buying car, house, credit card and BLACKLIST them for TRAVEL ABROAD
You borrow u pay. But don’t punish the borrowers that been paying as per their payment structure. This should only target those have not been paying or not paying as per the loan agreement. It will burden those who has been paying as per their schedule where they have planned it
— Loganathan Kaliannan (@logan3085) December 6, 2018
Heard cries of burden (commitments) for some although they do pay monthly and paid more than expected. I suggest that this new scheme targets specifically for those who have never pay, or inconsistent payment..
— Da Souza (@DaSouza9) December 6, 2018
Everyone already have their financial plan. This enforcement would disturbing our financial planning. If both husband and wife effecting by this new enforcement. It would lead to bigger problem. You should at least have one year gray period for us to readjusting
— amat (@amat84831999) December 6, 2018