Pencemaran di Pasir Gudang terus berlaku sehingga hari ini. Ramai yang mempersoalkan kenapa isu ini berlaku sekali lagi. Kerajaan seolah-olah tidak mempunyai rekod industri-industri yang berkaitan di seluruh Pasir Gudang hingga menyebabkan perkara ini menjadi misteri.

Sumber: Majalah Review

Hanya Pelajar Perempuan Sahaja Terkena

Memandangkan isu ini menjadi misteri dan tidak ada pihak yang bertanggungjawab, seorang fellow di Akademi Perubatan Malaysia memberi andaian berkemungkinan kes yang terjadi di Pasir Gudang baru-baru ini adalah histeria bukannya pencemaran. Perkara itu diperkatakan oleh Datuk Dr Looi Hoong Wah dalam satu surat yang disiarkan di akhbar New Straits Times.

Ini kerana kesemua mangsa yang terkesan baru-baru ini hanya terjadi di sekolah dan melibatkan pelajar perempuan sahaja. Beliau menambah, histeria yang sering berlaku dalam kalangan pelajar perempuan adalah perkara biasa. Ada kalanya histeria yang berlaku akan menjadi lebih sukar dengan hiperventilasi, sawan, tangisan, bahkan sehingga menyebabkan seseorang itu hilang kesedaran.

Sumber: The Star

Jadi ‘Sindiran’ Di Laman Media

Tidak dapat dipastikan sama ada andaian yang dilakukan oleh beliau ini benar atau pun tidak, memandangkan tidak disokong dengan hujah dan fakta yang tepat. Malah, Tentera Troll Kebangsaan Malaysia, halaman yang mengulas isu-isu semasa secara sindiran turut menulis sedikit artikel berkenaan apa yang diperkatakan oleh Dr Looi.

Namun, berbeza pula pandangan yang dikemukakan oleh Prof Datuk Ir Dr Wan Ramli Wan Daud, seorang Profesor Kejuruteraan Kimia, Jabatan Kejuruteraan Kimia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau berpandangan, sisa toksik bawah tanah menjadi punca pencemaran yang berlaku di Pasir Gudang.

Sumber: Youtube

Pakar Kata Kemungkinan Toksik Bawah Tanah

Memetik laporan Berita Harian, tindakan menanam sisa toksik di dalam tanah juga turut boleh menyebabkan berlakunya pencemaran udara. Tambahnya lagi, saliran air bawah tanah di daerah itu berkemungkinan sudah tepu dengan sisa toksik yang meruap sebelum meresap melalui tanah naik ke permukaan sehingga membentuk gas toksik.

Beliau yang merupakan bekas Perunding Penilaian Risiko Kuantitatif (QRA) Industri Minyak, Gas dan Petromia meminta kerajaan menerusi Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Keselamtan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) mengeluarkan arahan menghentikan sementara operasi semua kilang dan loji kimia.

Ini kerana beliau mengesyaki terdapat sisa kimia yang ditanam di dalam tanah sekitar Pasir Gudang sejak bertahun-tahun lalu.

Dakwaan Histeria Sukar Untuk Dipercaya

Bagi kita sebagai rakyat biasa sudah tentu menganggap ia sebagai sesuatu yang tidak masuk akal sekiranya dakwaan yang mengatakan apa yang berlaku ialah histeria. Ia memandangkan pencemaran yang berlaku sebelum ini telah memberi kesan besar kepada Irfan Wafi Idham Wazir 12, yang menghidapi Myokymia akibat Pencemaran Sungai Kim Kim.

Akibatnya, adik Irfan mengalami masalah saraf hingga terpaksa bergantung hidup kepada kerusi roda untuk bergerak. Buktinya kaki adik Irfan akan sentiasa bergerak-gerak tanpa mampu dikawal.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah benar ia disebabkan histeria?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN