Selepas isu papan tanda tulisan cina di Shah Alam, Selangor reda pada penghujung tahun lalu, kali ini perkara yang sama berlaku semula. Nampaknya isu papan tanda ini seperti tidak ada kesudahan. Bila isu sudah reda, maka timbul kembali. Difahamkan isu ini berlaku di pekan Sekinchan.
Tular Di Media Sosial
Penggunaan papan tanda tulisan cina di Sekinchan mula menjadi tular di media sosial setelah seorang pengguna Facebook, Iqbal Khalid memuat naik status isu berkenaan dan kesal kerana perkara yang sama berlaku sekali lagi.
Iqbal berpendapat, tindakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti mengingkari titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada November tahun lalu. Mana tidaknya, baginda secara jelas telah menitahkan semua papan tanda tulisan cina ditanggalkan dan diganti serta-merta dengan hanya tulisan bahasa Melayu.
Malah, sehingga jam 10 pagi tadi, status Iqbal telah mendapat 147 tanda pelbagai reaksi, 29 komen dan 106 perkongsian. Isu ini turut mendapat perhatian oleh Sinar Harian.
Ingkar Titah Sultan
Tindakan sama yang dilakukan seolah-olah seperti menangguk di air yang keroh. Adakah mereka lupa amaran dan peringatan yang disampaikan oleh baginda? Atau mungkin titah baginda hanya dipatuhi setelah isu menjadi tular dan mendapat bantahan ramai?
Meskipun papan tanda bahasa Melayu bertulisan Jawi tidak diturunkan seperti kes yang berlaku di Shah Alam, namun penambahan papan tanda baharu tulisan Cina menimbulkan persoalan ramai pihak.
Dikatakan Untuk Memudahkan Pelancong
Bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim beliau mempunyai alasan tersendiri. Bagi beliau penambahan papan tanda bertulisan Cina dilakukan bertujuan memudahkan pelancong asing khususnya dari Hong Kong, Singapura dan China ke Sekinchan.
Beliau berpendapat, Sekinchan sudah menjadi tumpuan pelancong sejak tahun 2008. Ini kerana seramai 30 hingga 40 peratus pelancong dari ketiga-tiga negara terbabit akan singgah ke Sekinchan. Adakah ini jawapan rasional yang perlu diterima?
Sudah Dibincangkah Di Peringkat Kerajaan Negeri?
Maka timbul persoalan, adakah pemasangan papan tanda tulisan Cina di Sekinchan telah dibincangkan di peringkat kerajaan negeri? Ini kerana isu yang berlaku di Shah Alam pada November tahun lalu tidak dibincangkan di peringkat Exco.
Malah, menurut Menteri Besar (MB) Selangor, Amirudin Shari, tiada perbincangan dilakukan mengenai isu papan tanda tulisan Cina di Shah Alam dan isu berkenaan tidak dibawa ke Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN).
Apa Peranan DBP?
Tindakan menambah papan tanda tulisan Cina pernah diulas oleh aktivis masyarakat, Datuk Mohd Razlan Rafi. Beliau mempersoalkan, adakah pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak mempunyai kuasa dalam proses kelulusan penggunaan bahasa di papan tanda?
Ini kerana penambahan papan tanda bahasa selain bahasa Melayu dilakukan sewenang-wenangnya. Malah, DBP juga dilihat tidak mempunyai kuasa yang jelas berkenaan isu ini. Sedangkan papan tanda jalan merupakan urusan rasmi.
Perlu Akur Satu Bahasa Sahaja
Yang jelas, titah Sultan Sharafuddin Idris Shah wajar dipatuhi semua pihak. Tidak perlu lagi diberikan sebab untuk kelonggaran. Ini kerana bermula dari kelonggaranlah, papan tanda tulisan Cina seterusnya akan dilihat sebagai suatu keperluan sedikit-demi sedikit, dan seterusnya akan mengesampingkan bahasa Melayu.
Jika perkara ini tidak diatasi, kemelut ini akan terus berpanjangan antara pihak PBT, istana Selangor dan penduduk setempat.
KATA ORANG
Apa Dorg Takut 🤭🤭 Tok Lim ada backup. Tok2 Bersepuluh Amanah pun Hadoo https://t.co/CW45yKa9mq
— Penjejak Kehidupan (@ShahIznan) April 18, 2019
‘ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, papan tanda bertulisan Melayu dan Cina dipasang bagi memudahkan pelancong asing ke Sekinchan. Katanya, hampir 30 ke 40 peratus pelancong dari negara China, Hong Kong dan Singapura melawat ke Sekinchan’
— Adam (@ATMology) April 18, 2019
—
LOL! https://t.co/62YrS22Jvs
Rakyat malaysia ramai travel ke china,thailand tak de pun kerajaan depa nak buat nama jalan dalam bahasa malaysia.
— mann (@Uncle_nazz) April 18, 2019
Dasar tak sedar diri dok malaysia buat cara dok malaysia
Hormati Bahasa Kebangsaan.
— Hj Mohd Bashah (@mobashah) April 18, 2019
Kalau tidak suka....letak jawatan!
Kalau kita jadi pelancung di negara orang...kita menghormati bahasa & paparan bahasa yang di guna pakai.
Bukan mengubah nya ikut selera pelancung.
Yb ini pernah keluar negara atau dalam Sekinchan saja