Malaysia bakal mengambil langkah  lebih agresif terhadap negara-negara kesatuan Eropah (EU) susulan pengharaman penggunaan minyak sawit sebagai minyak bio atau ‘biodiesel’ menjelang tahun 2020.

Sumber: Sinar Harian

Langkah Sama Pernah Disuarakan Najib

Reaksi sama pernah diutarakan oleh Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada tahun 2017 lalu untuk bersama-sama dengan Indonesia bagi melakukan tindak balas terhadap negara Kesatuan Eropah yang memboikot minyak sawit.

Sumber: Mata-mata Politik

Berdasarkan laporan Sinar Harian, Malaysia bakal mengambil tindak balas terhadap eksport Eropah sekiranya EU meneruskan hasrat pengharaman minyak sawit dalam biodiesel.

Pada Januari lalu, Malaysia telah menghantar surat kepada Perancis bagi mengambil tindakan mengehadkan produk Perancis sekiranya negara tersebut meneruskan larangan tersebut.

Menurut Utusan, pada November lalu, Malaysia dan Indonesia telah memboikot Bengkel Perubahan Penggunaan Tanah Secara Tidak Langsung (ILUC) oleh EU. Tindakan ini menyebabkan kedua-dua negara menolak cadangan oleh Arahan Tenaga Boleh Diperbaharui Kedua (RED II) dan ILUC yang disokong oleh EU berkaitan minyak sawit.

Gabungan Boikot Malaysia-Indonesia Beri Impak Ekonomi Eropah

Sekiranya Indonesia bersama Malaysia terus melancarkan gerakan boikot terhadap barangan eksport Eropah, dijangka seramai 250 juta pengguna bagi kedua-dua negara ini akan menghentikan penggunaan barangan Eropah, sekaligus ia mampu memberi impak besar kepada ekonomi negara-negara Eropah.

Sumber: Berita Harian

Industri sawit Malaysia dan Indonesia berdepan dengan pelbagai tuduhan negatif daripada beberapa kumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kononnya penanaman sawit telah mencemarkan alam sekitar, sumber yang tidak mampan dan menyebabkan berlakunya penebangan hutan secara besar-besaran.

Kempen Negatif EU Tidak Berasas

Hakikatnya, perkara itu tidak seperti yang digambarkan. Malah, beberapa ahli parlimen dan pemimpin politik Perancis mengakui kempen negatif yang dilakukan oleh Kesatuan Eropah tidak berasas. Mereka sendiri pernah ke Malaysia dan melihat negara ini mempunyai persekitaran yang baik tidak seperti didakwa.

Ia susulan laporan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam rangka kerja selama 4 hari di Perancis bermula Ahad lalu bagi mempengerusikan mesyuarat Biro Pengurusan Transformasi Sosial (MOST) dan Sesi ke-14 Majlis Antara Kerajaan bagi MOST.

Sumber: Beritakini

Dalam masa yang sama Wan Azizah memaklumkan bahawa negara mempunyai hutan yang luas iaitu 53 peratus daripada keluasan Malaysia, malah hidupan liar seperti Orang Utan dan Harimau Malaya masih lagi terpelihara. Hal ini membuatkan ahli Parlimen dan pemimpin politik Perancis terkejut dengan makluman tersebut, tidak seperti dakwaan penebangan hutan secara besar-besaran.

Pasaran Minyak Sawit Dunia Terus Merudum

Berdasarkan laporan Berita Harian, ketika ini, harga minyak sawit dunia mencatatkan kejatuhan harga mendadak ekoran ketegangan dagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Dalam masa yang sama pengimport utama minyak sawit seperti India, China, Pakistan, Rusia dan Myanmar menggunakan mata wang yang lebih lemah berbanding dolar AS menyebabkan kuasa beli lebih kecil yang mengakibatkan permintaan menjadi lebih lemah.

Untuk rekod, Malaysia merupakan pengeluar utama minyak sawit di dunia dengan memonopoli hampir 90 peratus minyak sawit dunia bersama negara Indonesia.

Sumber: Global Planet

Pelbagai Usaha Kerajaan Memperkasa Industri Minyak Sawit

Melihat kepada krisis harga minyak sawit dunia yang semakin meruncing, kerajaan telah melaksanakan Program Biodiesel B10 iaitu campuran 10 peratus kandungan minyak kelapa sawit bagi sektor pengangkutan dan B7 untuk sektor industri pada tahun ini. Ia merupakan langkah meningkatkan permintaan kelapa sawit serta menambah baik kelestaraian penggunaan sumber tenaga.

Sumber: Kosmo

Dalam masa yang sama, Kementerian Industri Utama telah melancarkan kempen “Sayangi Minyak Sawitku” bagi memupuk semangat rakyat menyokong serta mempertahankan industri minyak sawit tempatan, seterusnya memerangi kempen anti-sawit yang sedang dijalankan oleh EU.

Industri minyak sawit wajar dipertahankan kerana menjadi penyumbang utama ekonomi negara dan pembasmian kemiskinan luar bandar.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, wajarkah kerajaan melancarkan boikot barangan EU
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN