Sejak akhir-akhir ini, media sosial bekas Perdana Menteri dan juga bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak semkin aktif mengkritik pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Sumber: FB Najib Razak

Terbaru, Najib mendakwa kerajaan membantu pengusaha minyak mendapat keuntungan daripada penetapan harga petrol baru.

Katanya, unjuran jumlah penggunaan petrol dan diesel oleh rakyat Malaysia bagi tahun 2019 ini ialah sebanyak 30 bilion liter

Sumber: The Malaysian Times

Kerajaan PH telah naikkan margin keuntungan pengusaha stesen minyak sebanyak 23% bagi RON95 iaitu dari 12.19 sen kepada 15 sen satu liter.

Margin keuntungan untuk diesel juga dinaikkan 43% iaitu dari 7 sen kepada 10 sen seliter.

Oleh itu, harga RON95 yang diumum sepatutnya RM1.90 satu liter. Tetapi kerana margin keuntungan telah ditambah semalam, harga menjadi RM1.93.

Ekoran kenaikan, rakyat Malaysia bakal menanggung kos tambahan sebanyak RM900 juta (30 bilion liter x 0.03 sen) setahun.

 

Pengusaha Minyak Tepis Dakwaan Najib

Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) menolak dakwaan Najib itu dan menegaskan ia kiraan yang tidak tepat.

Sumber: Oh! Media

Menurut PDAM, dalam kenyataan Najib yang terbaru ini, kenaikan 2.81 sen seliter untuk komisen ini dikirakan mengikut jumlah bulat keluaran depot tahunan; seperti memberi ilusi bahawa pengusaha mendapat sebanyak RM30 juta setiap bulan.

Jika dibahagikan kepada 3,500 stesen di seluruh negara purata kenaikan pendapatan kasar adalah RM8,500 sebulan setiap stesen; walhal kenaikan kos yang ditanggung pengusaha selama 10 tahun yang lalu telah melebihi RM10,000 sebulan.

PDAM berkata, berdasarkan data, hanya 10 peratus daripada pengusaha seluruh Malaysia menjual bahan api itu dalam kategori jualan tinggi iaitu melebihi 600,000 liter sebulan.

Manakala 67 peratus berada dalam kategori jualan rendah hingga ke pertengahan (Jualan di bawah 400,000 liter sebulan) dan ini termasuk 20 peratus di bawah 200,000 liter sebulan.

 

Najib Bela Rakyat Apabila Jadi Pembangkang

Rata-rata rakyat Malaysia sudah tidak terkejut dengan tindakan Najib yang kini lebih lantang bersuara isu yang melibatkan kebajikan rakyat di negara ini.

Sumber: Business Insider Malaysia

Namun itu yang mengelirukan rakyat Malaysia kini, mereka mempersoalkan kenapa Najib tidak membela rakyat ketika zaman pemerintahan beliau sebagai Perdana Menteri sebelum ini.

Dengan menyoal kerajaan PH dan menemplak tindakan kerajaan membuat penetapan harga minyak baru itu mengundang pelbagai reaksi mereka.

Kata mereka, pengiraan Najib itu seolah-olah beliau tahu selok belok untuk menurunkan harga minyak dan sebagainya.

Ini menunjukkan Najib semasa Perdana Menteri dulu, beliau tahu harga minyak boleh diturunkan dan rakyat tidak akan terbeban.

Tetapi zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN), perkara itu tidak dilakukan dan harga minyak semakin mahal.

 

Harga Minyak Zaman BN

Sumber: FMT

Pada zaman pemerintahan BN bawah Najib, harga runcit minyak petrol dan diesel pernah naik untuk tiga minggu berturut-turut.

Pada Ogos 2017, RON95 dijual pada harga RM2.12 seliter (naik 5sen) manakala RON97 pula akan dijual dengan harga RM2.39 (naik 7sen).

Harga diesel pula naik 1sen kepada RM2.06 seliter.

Harga minyak diumumkan setiap Rabu.

Harga jualan runcit petrol dan diesel kini ditetapkan secara mingguan berdasarkan kedudukan harga Means of Platts Singapore (Mops) serta kekukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat pada minggu terdahulu.

Pada April 2017, harga petrol RON95 pernah menjadi RM2.24 seliter, manakala RON97 bertambah kepada RM2.52 seliter.

Harga diesel pula kepada RM2.16 setiap liter.

Apabila rakyat Malaysia mempersoalkan rasional kerajaan BN menaikkan harga minyak, Najib menjawab beliau tidak ada kuasa menurunkan harga minyak, padahal hari ini pandai pula kira dan mengatakan kerajaan ada kuasa turunkan harga minyak.

 

Rakyat mahu Najib Terus Kekal Sebagai Pembangkang

Sumber: FB Najib Razak

Dengan kepekaan dan keprihatinan Najib menjadi pemimpin pembangkang, rakyat mahu beliau terus kekal sebagai pembangkang, sekurang-kurangnya Najib boleh semak dan imbang berhubung pelaksanaan kerajaan PH hari ini.

Beliau lebih membela rakyat yang miskin dan peka hal-hal rakyat. Jesteru, rakyat mengharapkan Najib lebih baik begini berbanding berkuasa seperti dahulu.

KATA ORANG

KATA ANDA

Rakyat gembira kerajaan PH turunkan harga minyak, tetapi perlukah Najib bersuara isu ini?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN