Sumber: The Star

Di sebalik kemelut isu matrikulasi, Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik terus mempertahankan kuota pengambilan pelajar tersebut mengikut kaum dengan memberi kelebihan kepada pelajar Bumiputera melanjutkan pelajaran sebelum memasuki universiti.

Menurut Malaysiakini, beliau berkata, sekiranya kita mendambakan Malaysia Baru tanpa kuota dan sebagainya, kita juga perlu pastikan bahawa peluang pekerjaan kepada bumiputera tidak dinafikan semata-mata kerana mereka tidak boleh berbahasa Mandarin.

Matrikulasi Hanyalah Platform

Ini kerana matrikulasi hanyalah laluan ke universiti seperti mana STPM, Pusat Asasi, diploma dan lain-lain lagi yang boleh dilalui oleh kaum bukan Melayu. Berbeza pula dengan peluang pekerjaan dalam bahasa Mandarin yang menafikan terus peluang pekerjaan kepada orang lain dengan menguntungkan sesetengah golongan. Justeru, perkara ini tidak perlu dilihat secara terpisah.

Sumber: MyPT3

Beberapa kajian yang dilakukan telah membuktikan bahawa peluang pekerjaan dalam bahasa Mandarin hanya menguntungkan sesetengah golongan. Misalnya kajian yang dilakukan oleh dua orang ahli akademik iaitu Dr Muhammad Abdul Khalid dan Hwok-Aun Lee yang mendapati graduan dari kaum Cina lebih mudah diterima bekerja berbanding kaum lain meskipun kaum lain mempunyai penguasaan bahasa Mandarin yang sama.

Walau bagaimanapun, kenyataan Dr. Maszlee ini mendatangkan bantahan dari ramai pihak terutamanya dari parti MCA, Gerakan dan DAP yang mahukan beliau memohon maaf susulan kenyataannya baru-baru ini.

Bantahan Dari MCA, Gerakan DAP

Naib Presiden MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, Maszlee tidak perlu campur tangan soal pekerjaan di bawah Kementerian Sumber Manusia. Dalam masa yang sama Lian Ker mempertahankan bahawa syarat fasih sesuatu bahasa yang dikenakan majikan mungkin keperluan pekerjaan yang ditawarkan pada waktu ini.

Sumber: Malaysia Dateline

Presidan Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai turut senada dengan MCA berkenaan keperluan pekerjaan dalam bahasa Mandarin yang diperlukan ketika ini. Malah, beliau menganggap kenyataan Maszlee bersifat kepentingan politik.

Nada lebih keras dikeluarkan oleh pemimpin DAP. Exco Kerajaan Selangor, Datuk Teng Chang Khim menggelarkan Dr. Maszlee bodoh (‘foolish’ dan ‘idiot’), mankala Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr. P. Ramasamy menyatakan tidak ada bezanya kenyataan Maszlee dengan pemimpin UMNO.

Wujud Petisyen Menyokong Dan Menentang Maszlee

Kemelut ini terus berpanjangan apabila wujud petisyen daripada mereka yang tidak bersetuju dengan kenyataan Maszlee dengan memintanya dipecat.Petisyen tersebut telah dilancarkan oleh ‘No Hope Malaysia’.

Dalam masa yang sama, wujud juga petisyen yang mempertahankan kenyataan Maszlee bagi mengelakkan beliau daripada dipecat. Jelasnya, ketika ini kedua-dua petisyen ini sedang berlangsung di media sosial.

Semua Pihak Perlu Berfikiran Terbuka

Pemimpin MCA, DAP dan Gerakan sewajarnya berfikiran terbuka sekiranya Dr. Maszlee mempersoalkan hal berkaitan kaum Cina. Kalau isu kuota bumiputera boleh dipersoalkan kenapa isu peluang pekerjaan bahasa Mandarin tidak boleh dipersoalkan? Malah dicerca pula.

Isu ini sewajarnya selesai pada 24 April yang lalu dengan keputusan kabinet meningkatkan jumlah pengambilan pelajar kepada 40,000 orang daripada 25,000 orang.

Dengan peningkatan jumlah ini, sudah tentunya kemasukan kaum bukan Melayu juga meningkat daripada 2,500 kepada 4,000 orang.

Sumber: Berita Harian

Maszlee Tidak Perlu Mohon Maaf

Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Rina Harun berkata, tiada keperluan untuk Maszlee memohon maaf atau meletak jawatan. Ini kerana kenyataan yang diterjemahkan oleh beliau bukan semberono tetapi berdasarkan fakta yang kukuh.

Matrikulasi hanyalah platform untuk pelajar ke universiti . Dr Maszlee pasti sudah meneliti data mengenai jumlah pelajar di universiti awam dan swasta sebelum memutuskan kuota ini.

Hentikan Perbalahan Isu Kuota Matrikulasi

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Mujahid Yusof Rawa menggesa semua pihak agar berhenti mengeluarkan kenyataan berkenaan isu kuota kemasukan pelajar di matrikulasi. Ini kerana keputusan tersebut telah diputuskan oleh kabinet dan wajar dihormati.

Sumber: Malaysiakini

Mujahid menyatakan sokongan kepada Maszlee kerana keputusan untuk mengekalkan kuota adalah bersesuaian dengan visi asal program matrikulasi ditubuhkan iaitu menggalakkan pelajar bumiputera melanjutkan pelajaran dalam bidang sains.

Beberapa Universiti dan NGO Sokong Maszlee

Ketika ini, beberapa buah universiti menyatakan sokongan penuh terhadap Dr Maszlee Malik iaitu UUM, Utem dan UMT. Antara NGO yang menyokong pula ialah Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Ikram Malaysia.

Justeru, perbalahan seumpama ini perlu ditamatkan segera untuk meredakan perselisihan kaum yang mungkin mendatangkan malapetaka yang lebih besar kepada negara.

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda menyokong kenyataan Dr Maszlee Malik?
20 votes · 20 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN