Sumber: New Straits Times

“Tidak ada sebab kenapa kita perlu menghentikan siasatan. Adakah ini sebab parti DAP, kita perlu hentikan siasatan? Tidak daripada saya”.

Begitulah ketegasan yang dipaparkan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Pemimpin DAP Ditempelak

Memetik laporan Astro Awani, kenyataan tegas itu dikeluarkan beliau ketika sidang media khas di Bukit Aman sebagai membalas kenyataan daripada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bahawa polis memberi jaminan tiada pemimpin politik DAP yang ditahan selepas ini berhubung siasatan isu kumpulan pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Bukan itu sahaja, beliau turut mempersoalkan sumber yang dirujuk oleh Guan Eng sehingga mampu memberi jaminan tidak ada mana-mana pemimpin DAP terlibat. Menurut Datuk Ayob Khan, beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang isu atau kenyataan yang mengatakan bahawa polis akan memberhentikan siasatan.

Sumber: Malaysiakini

Bagi beliau, tangkapan terhadap suspek terlibat tidak ada kena-mengena dengan mana-mana parti politik sama ada daripada DAP, Pas, UMNO, PKR. Tangkapan yang dibuat sebelum ini adalah disebabkan suspek disyaki terlibat dalam aktiviti menyokong dan mempromosi keganasan.

Saya Agensi Penguatkuasa Bukan Orang Politik

Walau bagaimanapun, permainan orang politik seperti tidak ada kesudahan. Terbaru, Naib Presiden DAP, M. Kulasegaran pula mendakwa tangkapan suspek berkaitan LTTE dikatakan ada kaitan dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai pada 16 November depan.

Dengan nada yang agak santai, Datuk Ayob Khan menjawab itu hanyalah pandangan peribadi YB. Beliau hanya bertindak atas kapasiti sebagai seorang anggota penguatkuasa. Maka soalan berkaitan politik seeloknya ditujukan kepada orang politik.

Bukti Polis Bertindak Secara Adil

Di sebalik kemelut yang berlaku, ketegasan Datuk Ayob Khan memberi mesej yang jelas kepada rakyat bahawa Polis Di Raja Malaysia (PDRM) bertindak secara adil dan saksama kepada semua pihak tanpa mengira sama ada mereka adalah pemimpin pembangkang mahupun pemimpin kerajaan.

Malah Datuk Ayob Khan turut memberi jaminan bahawa pihaknya tidak pernah mempunyai sikap pilih kasih dalam mendakwa seseorang. Segala-galanya bergantung kepada bukti, sekiranya bukti yang diterima mencukupi, maka seseorang individu itu pasti akan ditangkap.

Sumber: Malaysiakini

Tidak Salah Simpati Dengan Tamil Sri Lanka, Tetapi Tidak Pada LTTE

Memetik laporan The Sun, beliau berpandangan bahawa bukan satu jenayah untuk bersimpati terhadap nasib kumpulan etnik Tamil di Sri Lanka. Tetapi ia adalah salah sekiranya menyokong kumpulan LTTE. Ini kerana LTTE telah diisytiharkan sebagai kumpulan pengganas. Maka apakah keperluan untuk rakyat Malaysia menyokong kumpulan ini?

Untuk rekod, LTTE telah diisytiharkan sebagai pertubuhan pengganas oleh Amerika Syarikat dan lebih daripada 30 buah negara lain termasuk negara di dalam Kesatuan Eropah. Malaysia telah mengazetkan kumpulan ini sebagai kumpulan pengganas sejak tahun 2014 lagi.

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa yang dapat anda perhatikan di sebalik kemeluit isu LTTE?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN