Sumber : Abuleman.com

Baru- baru ni, isu lambang salib yang dikatakan terpapar pada bangunan Grace Residence, Jelutong, Pulau Pinang menimbulkan kemarahan orang ramai terutamanya masyarakat muslim.

Sensitiviti agama lain yang dikatakan sengaja dibangkitkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab mampu mengugat keamanan dan keharmonian negara.

Pihak polis turut menerima laporan daripada penduduk setempat yang menyaksikan kejadian tersebut.

Rata-rata penduduk setempat meluahkan rasa tidak puas hati dan marah mereka kerana tindakan tersebut diangggap sengaja dilakukan untuk memprovok agama lain.

 

Sensitiviti Penduduk Muslim

 Hak kebebasan beragama yang diberi untuk semua rakyat Malaysia perlu dihormati dan diamati dengan baik agar tidak menimbulkan konflik perkauman sesama sendiri.

Keharmonian dan perpaduan yang sudah lama terbina dan dipraktikkan di negara kita tidak wajar diusik kerana isu ini merupakan isu yang sangat sensitif.

 

Lambang Tersebut Rupanya Tulisan Cina

Sumber : The Malaysian Insight

Menurut pemaju bangunan yang sudah 90% siap itu, mereka dikatakan berniat memaparkan karakter tulisan cina yang bermaksud diraja dan bukanlah ingin memaparkan lambang salib seperti yang didakwa sesetengah penduduk.

Dalam melihat isu ini dari sudut yang berbeza, mungkin bahagian lampu disebelah atas dan bawah bangunan tersebut lambat dinyalaka yang menyebabkan lambang tersebut disalah tafsir.

Namun begitu, apakah pula alasan pemaju dalam memaparkan lambang ‘diraja’ seperti didakwa mereka.

 Sehingga kini masih tidak dipastikan apakah motif sebenar pihak pemaju melakukan agenda tersebut.

Ada sesetengah pihak jugak yang mendakwa perbuatan tersebut seoalah-olah mencabar Perlembagaan Persekutuan.

Mungkinkah ini juga salah satu cara untuk mempromosikan bangunan tersebut agar lebih dikenali.

Namun begitu, tindakan pemaju tersebut pastinya membuatkan pembeli beragama islam yang berpotensi untuk membeli rumah tersebut berubah hati.

 

Mufti Penang Seru Masyarakat Bersangka Baik

Sumber : The Star

Datuk Seri Wan Salim, mufti Pulau Pinang menyatakan bahawa isu ini perlu di kendali dengan cermat dan siasatan perlu dijalankan bagi memastikan sama ada ia kejadian yang sengaja atau sebaliknya.

Menurut kenyataan beliau, “Apa saja tindakan yang akan diambil berkaitan isu ini, hendaklah mempertimbangkan keseimbangan di antara kebebasan beragama yang menjadi hak setiap warganegara Malaysia dan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini,”.

Sudah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan tentang larangan untuk mempromosikan dan menyebarkan agama lain dikalangan masyarakat yang beragama Islam.

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pendapat anda, patutkah kerajaan negeri meluluskan projek pemaju tersebut dengan rekaan yang mungkin menimbulkan konflik antara agama?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN