Bermula 21 Ogos ini, akan berlangsungnya sebuah teater bangsawan berjudul ‘Malayu – Pawana Issabella’  arahan pengarah terkenal Erma Fatima.

sumber: Istana Budaya

 Teater yang bakal berlangsung di Istana Budaya ini akan menyaksikan gandingan hebat pelakon utama Syafiq Kyle dan Janna Nick selain watak sampingan seperi Johan Raja Lawak, Ozlynn Waty, Datuk Afdlin Shauki, Datuk Ziela Jalil, Datin Seri Umie Aida, Azar Azmi, Jay Iswazir, Shahronizam dan ramai lagi.  

Walaupun belum berlangsung teater ini tetapi telah timbul kontroversi yang mendakwa terdapat pelakon teater ini dibayar dengan jumlah yang sangat tinggi dan tidak masuk akal iaitu sebanyak RM160,000.

Pelakon yang dikaitkan menerima sejumlah wang itu adalah pasangan suami kepada Ozlynn, iaitu Johan.  

 

Johan & Ozlynn Nafi

Walaubagaimanapun, Ozlynn tersebut menafikan tuduhan mereka menerima jumlah yang besar itu hanya untuk watak sampingan yang dilakonkan di dalam teater tersebut.

Ozlynn turut mempersoalkan kenapa mereka yang menuduh itu tidak bertanya kepada pelakon utama teater tersebut Syafiq Kyle dan Janna Nick berhubung bayaran ini kerana mereka yang sepatutnya lebih berhak untuk mendapat bayaran tinggi seperti itu.

Sedangkan katanya, watak mereka suami isteri tiada dialog yang banyak. Tambahan pula mereka bukanlah pelakon popular. Jika diikutkan Johan hanyalah penyampai radio sahaja.

Namun sebelum ini, Johan pernah menegaskan yang dirinya bekerja untuk duit demi isteri dan anak-anak berikutan ramai yang mempersoalkan dirinya meletakkan harga yang mahal.

Tegasnya,  jika harga yang dibayar kepadanya tinggi, maka, komitmen yang akan beliau berikan adalah 120 peratus dan berbaloi dengan bayaran diterimanya.

 

Tak Mampu Bayar Mahal

Dalam pada masa yang sama, Erma Fatima sebagai pengarah teater ini turut menafikan dakwaan bayaran yang tinggi kepada pelakonnya.

Katanya, walaupun mengambil nama popular sebagai pelakon utama, bayaran yang diterima mereka berpatutan dan bukan seperti yang digembar-gemburkan netizen.

Jelasnya, para pelakon yang menjayakan teater ini tidak ‘demanding’ dan beliau juga tidak mampu untuk membayar harga semahal itu untuk seorang pelakon.

Tambahnya lagi, soal bayaran pihaknya profesional dan ganjaran yang diberikan setimpal dengan hasil kerja dan komitmen yang diberikan oleh semua para pelakon.

 

Taktik Marketing

Selain itu ramai juga netizen menganggap isu bayaran yang dibangkitkan ini hanyalah salah satu cara ‘marketing’ untuk melariskan teater ini.

Umum mengetahui banyak drama-drama atau filem sebelum ini menggunakan taktik kontroversi untuk melariskan hasil kerja mereka.

Maka, tidak mustahil juga bagi teater ini, isu ini mungkin sengaja diadakan untuk mencipta kontroversi supaya ramai akan akan pergi ke Istana Budaya bagi melihat hasil lakonan Johan yang dikatakan mendapat bayaran RM160,000.

Sama ada betul taktik marketing atau tidak, hanya mereka yang berada disebalik teater ini sahaja mengetahuinya.

 

Lagi Popular Lagi Mahal

Untuk pengetahuan, berlakon teater bukanlah mudah seperti para pelakon drama atau filem. Mereka juga memerlukan kekuatan fizikal dan mental untuk menghayati watak kerana mereka akan berlakon secara lintas langsung dihadapan penonton.

Bagi mendapatkan hasil yang terbaik, mereka  harus menjalani latihan berbulan lamanya untuk menjayakan sebuah teater.


Di Malaysia, populariti menjadi antara perkara asas untuk meletakkan nilai seseorang artis tidak kira pelakon drama, filem , teater atau penyanyi sekalipun.

 Semakin popular seorang artis itu maka semakin besarlah ganjaran atau bayaran yang diterima mereka. Malah dengan populariti juga membuatkan mereka diberi ‘job’ mengikut permintaan daripada penonton.

Tugas artis sekarang bukan hanya berlakon sahaja tetapi perlu juga mempromosikan hasil lakonan mereka di media sosial.

Oleh itu, seseorang pelakon itu layak dibayar mahal setimpal dengan situasi dan keadaan semasa.  

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Wajarkah seorang pelakon teater dibayar RM160,000?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN