Baru-baru ini, industri hiburan Malaysia bertukar sedikit riuh apabila seorang pelakon wanita popular tanah air yang kini giat menjadi duta produk pelbagai syarikat gergasi, menawarkan satu servis yang agak berbeza daripada apa yang kebisaannya ditawarkan oleh artis-artis yang lain.

Sumber: Mstar

‘Birthday Wish Service By Janna Nick’ ialah merupakan satu bentuk perkhidmatan yang ditawarkan oleh pelakon popular itu kepada semua rakyat Malaysia khususnya pengguna laman sosial Instagram untuk menyampaikan ucapan hari lahir kepada insan tersayang.

Dengan bayaran bermula serendah RM50, orang ramai boleh mengirimkan ucapan tertentu melalui Janna Nick di akaun instragram milik pelakon cantik itu yang kini mempunyai sejumlah hampir 3.9 juta pengikut.

 

 

Strategi Perniagaan Atau Publisiti Murahan?

Walaubagaimanpun, servis yang tawarkan oleh Janna Nick ini menimbulkan pelbagai kontroversi dikalangan netizen yang mana rata -rata mengecam teruk tindakan pelakon itu yang dianggap seolah-olah terlalu mengejar kekayaan serta kemewahan.

Kebanyakan peminat meninggalkan pelbagai komen negatif di akaun media sosial masing-masing mempersoalkan tindakan Janna Nick yang tampak tidak ikhlas dan seakan ingin mengambil jalan mudah demi mengaut keuntungan semata-mata.

Walaubagaimanpun, terdapat juga segelintir peminat yang mempertahankan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pelakon itu. Mereka berpendapat artis-artis popular berhak menggunakan populariti masing-masing khususnya di media sosial untuk menjana pendapatan seharian.

Sumber: Mstar

Tidak kurang juga yang berpendapat bahawa servis yang ditawarkan oleh Janna Nick itu tidak ada bezanya dengan khidmat review berbayar yang tawarkan oleh kebanyakkan artis di Malaysia.

Pendebatan samada servis yang dijalan oleh Janna Nick ini merupakan satu strategi bisnes yang bijak atau sekadar satu publisiti murahan untuk menaikkan kembali nama Janna Nick dipentas lakonan terus menjadi satu perbincangan yang hangat dikalangan peminat industri hiburan Malaysia.

Dari sudut pandang seorang usahawan, ianya merupakan satu bentuk
pemasaran yang sangat efektif dan menguntungkan dimana pelakon wanita tidak perlu mengeluarkan apa-apa modal dan hanya memanfaatkan kelebihan yang dimilikinya iaitu akaun media sosialnya yang memiliki pelbagai pengikut baik peminat mahupun sebaliknya.

Walaubagaimanpun, dari sisi pandangan seorang peminat, ianya mungkin dilihat sebagai satu bentuk pengkhianatan terutamanya bagi peminat yang telah menyokong Janna Nick sejak dari awal penglibatan pelakon itu dalam industri lakonan serta nyanyian seawal tahun 2012.

Tindakan itu seolah-olah menunjukan pelakon wanita itu tidak ikhlas dalam menghargai peminatnya sehinggkan sanggup mengenakan bayaran RM50 ke atas peminatnya hanya untuk mendapatkan ucapan hari lahir yang berdurasi 15 saat di aplikasi Insta Story.

 

Dapat Galakan Peminat

Janna Nick mendakwa beliau berbuat demikian selepas mendapat galakan daripada pengikutnya di Instagram. Katanya lagi, segelintir pengikutnya di platform media sosial itu tidak kisah apabila dia mengenakan bayaran sebanyak RM50.

Malah katanya, dia mempunyai alasan tersendiri kenapa berbuat demikian. Bagaimanapun dia menunggu untuk mendedahkan perkara itu pada 4 Oktober depan. Selain itu, beliau turut mendakwa perancangannya untuk menarik perhatian netizen juga membuahkan hasil.

Pada akhirnya, persoalan sama ada wajar ataupun tidak servis yang ditawarkan oleh pelakon kelahiran Kedah itu, semuanya terletak pada penilaian masing-masing. Hal ini kerana tiada apa-apa paksaan dikenakan bagi mereka yang enggan menggunakan servis ini serta tiada juga apa-apa tekanan bagi mereka yang berminat dengan perkhidmatan seumpama ini.

Sumber: Pen Merah Press

Apa yang pasti , ‘Birthday Wish Service By Janna Nick’ ini merupakan satu bentuk perniagaan digital yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana artis hiburan di Malaysia dan berkemungkinan besar ianya akan menular pesat dikalangan para artis yang lain yang tidak kurang juga tinggi jumlah pengikut di media sosial masing-masing.

Berbaloi atau tidak bayaran RM50 untuk ucapan hari lahir selama 15 saat? Semuanya terletak di tangan anda.

KATA ORANG

i found out dia boyfriend janna nick 😩😩

Eh!! Janna Nick ke tu?? wow!! mcm kartun frozen.. snowhite...princess pulak.. tak sabarnya...nak tunggu 21hb-26hb Nov. Siti Di Alam Fantasi. #SitiDiAlamFantasi2019 #SitiDiAlamFantasi #IstanaBudaya #Sayangketatsendatpadat #jannanick #jannanicker @jannanick95

Kalau muka mcm bf janna nick si dini tu, mmg takyah fikir 10 kali lah... Terus on hahahahaha mukaaa herlokkk nk mampusss aih...

KATA ANDA

Apa kata anda?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN