29 Mac 2019, tular rakaman serbuan anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur terhadap peniaga-peniaga ‘foodtruck’ yang menjalankan perniagaan mereka di Setapak Kuala Lumpur. Video yang berjaya dirakam oleh peniaga yang juga pemilik kedai AR Patin Tempoyak dikongsikan oleh ribuan pengguna facebook menerima pelbagai reaksi.

Melalui video tersebut dapat dilihat peniaga yang cuba mengemas barang-barang kepunyaannya cuba dihalang oleh pihak berkuasa yang bertugas yang kemudian bertindak kasar dan cuba menahan peniaga tersebut dari menyimpan barang-barangnya.

Peniaga yang ‘dipegang’ oleh anggota DBKL cuba melawan untuk melepaskan dirinya dan berlaku sedikit pergelutan dan kekecohan antara peniaga dan anggota yang bertugas.

Terbaru, mengikut sebuah posting yang dibuat seorang individu di laman facebook, peniaga berbaju merah yang bergelut dengan anggota DBKL dikatakan telah ditahan di Balai Polis Jinjang ekoran dari insiden berkenaan.

 

Sudah Beri Notis Tapi Tetap Berdegil

Sebelum ini sudah banyak video-video serbuan oleh DBKL ke atas gerai-gerai makan yang dibuka di tepi jalan yang tidak mempunyai lesen yang sah daripada pihak berkuasa untuk menjalankan perniagaan.

Dan dek kerana penularan video-video itu juga, rata-rata masyarkat dan peniaga kecil-kecilan akan melemparkan amarah mereka kepada pihak penguatkuasa DBKL kerana  bertindak menyita dan merampas barang-barang milik peniaga -peniaga ini tanpa toleransi.

Sumber : MForum,cari.my

Yang menjadi persoalan, kejam sangatkah pihak DBKL dan kerajaan bersikap begitu terhadap peniaga-peniaga kecil ini? Berapalah sangat keuntungan yang dapat dibuat peniaga kecil ini berganding kedai-kedai makan mewah.

Mengapakah seperti tiada penyelesaian untuk isu ini sehinggakan kadang-kadang berlaku kekecohan dan pergaduhan diantara pihak berkuasa dan peniaga.

Dan yang menyedihkan, penguatkuasa-penguatkuasa yang terpaksa bertugas disalahkan padahal mereka terikat dengan tanggungjawab untuk menjalankan tugas. Selain itu, mereka juga berdepan dengan bahaya apabila ada sesetengah peniaga yang bertindak kasar dan agresif sehingga berani memukul dan menyerang pihak berkuasa yang bertugas.

Mengikut siasatan dan penjelasan kebanyakan penguatkuasa DBKL, antara sebab yang membuatkan mereka terpaksa bertindak menyita dan merampas barang-barang peniaga adalah kerana peniaga tidak mempunyai lesen atapun pihak DBKL menerima aduan orang ramai seperti tapak meniaga yang menghalang lalu lintas atapun ketenteraman awam.

Yang pastinya, semuanya bersebab dan selalunya pihak DBKL akan memberi amaran mahupun mengeluarkan notis kepada peniaga-peniaga yang tidak memenuhi kriteria perniagaan sebelum mereka bertindak menyerbu peniaga terbabit.

Melayu ‘Bunuh’ Melayu

Orang ramai juga turut mempersoalkan mengapa perniagaan-perniagan tepi jalan yang dijalankan oleh bangsa lain tidak dikacau tapi peniaga melayu akan sentiasa dikejar sehingga ke lubang cacing. Malahan, penguatkuasa DBKL sering kali dikaitkan dengan isu menerima ‘suapan’ yang menyebabkan mereka tidak berani mengacau peniaga bangsa lain malah seolah-olah melindungi mereka.

Gambar Hiasan

Tidak dinafikan, ada sesetengah kedai makan tepi jalan yang dibuka oleh bangsa lain turut menggangu dengan menggunakan tapak parkir awam sebagai tempat mereka membuka meja untuk pelanggan, tapi mengapa mereka masih boleh menjalankan perniagaan seperti tidak berbuat apa-apa kesalahan?

 

Tiada Jalan Singkat, Ikutlah Peraturan

Pastinya perniagaan merupakan salah satu sumber mencari ilmu yang besar, malah didalam Islam sendiri kita digalakkan meniaga kerana 9 pintu rezeki adalah dengan menjalankan perniagaan. Namun begitu, itu tidak bemaksud kita boleh mengambil jalan mudah dan bertindak melanggar undang-undang negara.

Sumber : diskusiniaga.blogspot.com

Cara terbaik ialah dengan memohon lesen perniagaan yang sah dari pihak yang berkaitan dan mengikuti kriteria-kriteria yang telah ditetapkan dalam memilih lokasi tempat kita ingin menjalankan perniagaan.

Hanya kerana tempat tersebut strategik kita sanggup menolak tepi kepentingan orang lain. Sikap toleransi dan mematuhi undang-undang pastinya dapat mengelakkan pelbagai isu yang tidak sepatutnya daripada timbul.

Mohon lesen, patuhi arahan, pastinya niat anda untuk menjalankan perniagaan akan berjalan lancar.

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, apakah punca peniaga tersebut diserbu pihak DBKL?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN