Sejak kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih tampuk kerajaan, landskap politik negara dilihat mengalami perubahan yang ketara berbanding dengan kerajaan terdahulu.

Jika sebelum ini, kerajaan Barisan Nasional (BN) dilihat boros berbelanja sehingga menyebabkan negara terpaksa menanggung hutang yang tinggi hingga mencecah trillion ringgit.

Sumber: paultan.org

Berbeza pula dengan PH, yang mana mereka ketika ini dilihat amat berwaspada dalam apa jua projek mega yang dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu hingga menyebabkan projek seperti Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) dan Tren Aliran Transit Massa 3 (MRT3) dikaji semula berikutan kekangan perbelanjaan kerajaan.

Sehingga ke hari ini, keputusan mengenai projek ECRL masih belum diputuskan secara muktamad memandangkan dua menteri iaitu Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan yang bertentangan tentang status ECRL walaupun mereka menghadiri mesyuarat yang sama.

Kenyataan berbeza dari kedua-dua menteri tersebut bagaimanapun telah menimbulkan banyak tanda tanya semua pihak terhadap projek tersebut.

 

Kenyataan Berbeza Dua Menteri Mengenai ECRL

Sumber: Free Malaysia Today

Sabtu lalu, Azmin Ali mengesahkan bahawa projek tersebut telah dibatalkan manakala Lim pula menafikannya, dengan menyatakan Menteri Kewangan itu mungkin tidak mempunyai akses kepada semua maklumat mengenai perbincangan projek ECRL yang dibuat bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam mesyuarat Kabinet Khamis lalu.

Percanggahan keputusan  yang dibuat oleh kedua-dua menteri ini jelas sekali memperlihatkan pandangan  berbeza walaupun mereka berada di bawah tampuk kerajaan yang sama.

Sehingga ke hari ini, ramai pihak masih lagi menunggu keputusan sebenar sama ada projek tersebut benar-benar dibatalkan seperti yang diumumkan oleh Azmin Ali atau sebaliknya.

Sumber: Free Malaysia Today

Selain itu, disebabkan percanggahan itu juga, netizen di media sosial rata-ratanya turut mempertikai cara kerajaan PH mentadbir negara yang kelihatan tidak sistematik dan teratur sehinggakan ada menteri membuat keputusan yang bercanggah mengenai projek tersebut.

Walaupun skop kerja di antara kedua-dua menteri ini kelihatan hampir sama, adalah lebih baik sekiranya Menteri Kewangan atau Perdana Menteri membuat pengumuman mengenai perkara tersebut yang akan diputuskan pada minggu hadapan.

 

Projek ECRL Tidak Menguntungkan Atau Sengaja Tidak Mahu Laksana Projek Kerajaan Terdahulu?

Sumber: Free Malaysia Today

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan bahawa sekiranya projek ECRL dibatalkan, ianya akan menyebabkan rakyat kehilangan puluhan ribu pekerjaan yang bakal dijana menerusi projek tersebut.

Bukan itu sahaja, pembatalan projek mega itu juga bakal menghilangkan keyakinan pelabur terhadap Malaysia sekaligus memberi impak kepada pembangunan di negeri Pantai Timur yang ketinggalan sebelum ini.

Sumber: IKIMfm

Berbeza pula dengan kerajaan PH yang mengatakan bahawa projek tersebut sama sekali tidak membawa apa-apa keuntungan kepada negara walaupun ia dilihat memberi banyak kelebihan kepada penduduk di Pantai Timur.

Meskipun projek tersebut dibuat hasil perjanjian bersama kerajaan China namun sekiranya ia diteruskan, kerajaan tetap mengatakan bahawa mereka perlu menanggung kadar faedah tahunan hampir RM500 juta setiap tahun dan tidak mendapat apa-apa pulangan daripada projek itu.

Apa yang menjadi keutamaan buat kerajaan kini adalah untuk memberi tumpuan menyelesaikan masalah hutang negara terlebih dahulu sebelum meneruskan kesemua projek mega secara serentak.

Difahamkan juga, mengikut perkiraan, Malaysia dikatakan bakal mengambil masa lebih 40 tahun untuk menyelesaikan hutangnya.

Sumber: http://www.ibupertiwiku.com

Mungkin ketika ini, kita tidak berasa sebegitu terbeban dengan kesan hutang yang dialami kerajaan tetapi sekiranya projek tersebut diteruskan, kebarangkalian besar negara mungkin akan jatuh miskin.

Namun, sekiranya Malaysia tidak perlu menanggung beban hutang yang tinggi, projek ECRL ini mungkin akan diteruskan namun setelah negara dibebani dengan hutang sebanyak ASD1 trilion dan ditambah pula dengan pelbagai projek mega yang lain, ia pastinya akan memberi kesan yang lebih teruk kepada negara.

Apa-apa pun, kita tunggu sahaja keputusan rasmi yang akan dikeluarkan oleh Guan Eng minggu hadapan berhubung status projek ECRL ini.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, wajarkah kerajaan membatalkan projek ECRL?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN