Nampaknya kemelut antara penaja utama Gegar Vaganza musim keempat (GV4) yang juga jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida dan juara GV4 , Wan Aishah Wan Ariffin masih belum selesai.

Sumber: Portal Rival Terkini

Kemelut ini timbul apabila penyanyi yang terkenal dengan lagu Janji Manismu dan Camar Yang Pulang itu memuat naik dua buah video bagi menunjukkan barang kemas yang dikatakan bernilai RM80,000 tajaan daripada usahawan kosmetik itu adalah palsu dan bukan berlian asli.

Menerusi video tersebut, Aishah meminta tukang emas untuk memeriksa ketulenan rantai tersebut dan mendapati ianya bukan berlian asli. Untuk mendapatkan kepastian, Aishah meminta untuk melakukan pemeriksaan sekali lagi dan hasilnya tetap sama.

VIDEO 2

View this post on Instagram

Part 2 video…

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm) on

Ekoran kenyataan Aishah itu, DSV mahu seutas rantai berlian yang didakwa palsu itu dipulangkan dan beliau akan menggantikannya dengan mata wang kripto miliknya iaitu Lavida Coin.

DSV menyatakan Aishah tidak faham mengenai nilai susut berlian dan berlian itu sendiri ada grednya.

Bagaimanapun, Aishah menolak penukaran dengan Lavida Coin dan beliau mahu harga rantai berlian bernilai RM80,000 itu diganti dengan emas atau wang tunai yang nilainya setaraf.

 

Kenyataan Balas DSV

Baru-baru ini, DSV telah membuat sidang media dan mengemukakan tiga tuntutan kepada Aishah sebelum beliau memenuhi tuntutan penyanyi berkenaan.

Sumber: Hangat

Melalui peguamnya Zailan Mohamed, beliau telah menghantar surat bertarikh 9 Oktober 2018 kepada peguam penyanyi berkenaan dan mahu permintaannya dipenuhi dalam tempoh tujuh hari bermula tarikh surat itu.

Tuntutan pertama, Aishah dikehendaki membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung isu yang menjadi punca perbalahan antara mereka berhubung kenyataan medianya dimuat naik sejak 4 September lalu.

Tuntutan kedua beliau ingin mengadakan pertemuan dengan Aishah bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku antara mereka.

Bagi tuntutan terakhir DSV meminta Aishah memadam semua kenyataan berhubung berlian palsu yang dimuat naik di media sosial sebelum ini.

 

DSV Bengang Perniagaannya Jatuh Merundum

Selepas kejadian itu, DSV mendakwa perniagaannya kini semakin teruk termasuk jualan di kedai emas serta produknya juga merundum sehingga 70 peratus.

Perkataan ‘berlian palsu’ itu telah memberi impak besar kepada perniagaannya.

Ekoran itu pelbagai tohmahan dan kritikan dilemparkan di Instagram milik beliau. Malah ada yang mengaitkan beliau seorang penipu dan menganiayai artis berkenaan.

Malah, DSV juga dikritik hebat apabila mengatakan penajaan program Gegar Vaganza dibuat bagi menaikkan artis ‘tidak laku’ atau ‘artis sendu’.

Sumber: Clip SG

 KARYAWAN Menyebelahi Aishah

Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) terkilan dengan kenyataan yang dikeluarkan itu dan Presidennya, Datuk Freddie Fernandez berkata kenyataan itu tidak sepatutnya dikeluarkan gara-gara perbalahan antara usahawan itu dengan Juara GV4, Aishah.

Dalam pada itu, Freddie mengingatkan Vida, bahawa melalui pembabitannya dalam program televisyen seperti Gegar Vazanza membantu melariskan jualan produk-produknya.

Katanya, KARYAWAN amat mengharapkan agar isu terbabit dapat diselesaikan secara baik di antara mereka, malah persatuan itu bersedia menjadi orang tengah seandainya diperlukan.

 

Patutkah Aishah Menuntut Hadiah Yang Bukan Dalam Senarai Hadiah Utama?

Sumber: Kuching Hitam

Ramai yang mempertikaikan tindakan Aishah ini kerana seutas rantai berlian itu hanyalah pemberian ikhlas DSV kepadanya, biarpun ia dikatakan palsu, Aishah tidak sepatutnya memperbesarkan isu ini.

Hal ini kerana ia bukan hadiah utama yang perlu Aishah tuntut sebagai ganti rugi. Sesiapa pun boleh memberikan hadiah dengan ikhlas walaupun ia palsu kerana ia dianggap pemberian sahaja.

Sumber: Instagram

Namun, ada yang menyebelahi Aishah mengatakan ia adalah hak Aishah untuk menuntut ganti rugi berlian palsu itu. Dan DSV tidak sepatutnya mewar-warkan nilai sebenar rantai berlian itu.

Ini juga sebagai pengajaran buat DSV agar tidak menipu artis dengan memberi berlian palsu.

 

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Apakah pendapat anda berhubung isu ini?
1 vote · 1 answer
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN