Apabila sudah berumah tangga, setiap kekurangan yang ada pada pasangan seharusnya diperbaiki bersama-sama.

Tetapi lain pula jadinya apabila seorang lelaki dilihat sanggup merantai isterinya selama sembilan hari serta membiarkan tanpa makanan serta minuman selama tiga hari gara-gara tidak berpuas hati dengan sup yang dihidangkan isterinya itu.

Sumber: Sinar Harian

Kejadian itu dilaporkan berlaku di Ukraine, yang mana lelaki tersebut bukan setakat merantai isterinya tetapi turut mengikat dan memukul isterinya dengan kayu sebagai pengajaran.

Berita luar negara itu menjadi tular di seluruh dunia yang mana ramai penduduk dunia menyifatkan tindakan lelaki terbabit sebagai satu tindakan kejam ke atas golongan wanita.

Walaupun kes ini berlaku di luar negara, namun ia sepatutnya wajar diambil sebagai pengajaran kepada lelaki di luar sana untuk tidak memperlakukan tindakan sebegini terhadap isteri!

 

Isteri Bukan Tempat Untuk Anda Melempiaskan Rasa Tidak Puas Hati!

Dalam hal ini, bukan semua wanita diberi kebolehan dan bakat dalam memasak.

Ada yang main campak-campak sahaja, tup tup dah siap dan sedap pula rasanya.

Sumber: bondakids.blogspot.com

Tetapi ada juga yang menggunakan pelbagai jenis rujukan namun masakan masih tidak menjadi.

Apabila masakan isteri tidak menjadi, suami jangan pula terus menghukum isteri tetapi berilah mereka sedikit masa untuk belajar memasak.

Bagi mereka yang beragama Islam, tindakan sebegini adalah salah sama sekali dalam mendidik wanita.

Meskipun pada awalnya, wanita itu tidak pandai memasak namun semuanya boleh diperbaiki dengan cara yang betul.

Sekiranya sudah berkahwin dan anda mengetahui isteri anda tidak tahu memasak, apa salahnya anda menghadiahkannya buku resipi atau memasak bersama-sama isteri di dapur.

Sumber: Baituljannah.com

Ini, sudahlah meletakkan tanggungjawab isteri untuk memasak kemudian bising pula apabila isteri tidak dapat menepati selera suami.

Wahai lelaki, apabila isteri anda sudah memasakkan untuk anda itu, anda seharusnya bersyukur dan berterima kasih kepadanya, bukannya memukul!

Nampak sangat anda ini seorang lelaki yang dayus dan cepat naik tangan sekiranya tidak berpuas hati akan sesuatu, bukannya menyelesaikan masalah itu dengan cara yang baik.

 

Had Pukul Isteri

Tidak kira Islam mahupun agama lain, tindakan memukul isteri dilihat sebagai melampau.

Inikan pula, merantai isteri dan memukulnya dengan kayu!

Bagi yang beragama Islam, memukul isteri adalah dibenarkan bagi tujuan mengajar malah keharusan memukul isteri itu juga datang dengan syarat yang perlu dipatuhi.

Dalam hal ini, suami dilarang memukul pada wajah dan tidak boleh memukul sehingga menimbulkan bekas atau membahayakan isteri.

Sumber: Siakap Keli

Sebagai kesimpulan, setiap alam rumah tangga itu pasti akan diharungi dengan pelbagai jenis cabaran dan dugaan.

Namun, sebagai suami isteri kita perlulah bijak mencari jalan penyelesaian dengan baik melalui komunikasi dua hala yang berkesan.

Jangan hanya isteri tidak pandai memasak, anda terus menghukumnya tanpa belas kasihan kerana kesemua perkara itu sama sekali boleh diperbaiki dan dipelajari bersama.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, adakah wajar seorang suami mencederakan isterinya hanya disebabkan isteri tidak pandai memasak?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN