Seorang lelaki meluahkan pengalamannya dilaman Facebook apabila dia yang dulunya susah dan sentiasa kekurangan duit kini mampu hidup senang lenang bersama isteri tercinta dan memberi kemewahan kepada keluarga.

Dia yang dulunya sentiasa susah dan hanya mampu memakai myvi kini sudah mampu membeli kereta 4x4 semuanya kerana perubahan yang dilakukan bagi melancarkan rezekinya dan keluarga.

Saat ketandusan akal bagaimana ingin merubah kehiduapn, lelaki ini nekad berjumpa ustasz untuk meminta pendapat bagaimana cara untuk menarik rezeki supaya berlipat kali ganda.

Dan rupanya, Ustaz itu berkongsi satu tips yang mudah dan ringkas iaitu ‘hargai isterimu’.

Mungkin ungkapan tersebut ringkas dan pendek namun maksud yang tersirat disebaliknya sangat sukar untuk dipraktikkan  didalam kehidupan sekarang.

 

Suami Tuan Suamilah Raja

Sejak dari zaman dahulu, adat me’raja’kan suami sudah lama diamalkan oleh isteri-isteri sehinggakan ada yang seolah-olah tergari dan terpaksa akur memenuhi setiap kehendak dan arahan suami tanpa sebarang bantahan.

Suami dilayan seperti raja sehinggakan air basuh tangan pun akan dibawakan, malah hampir setiap urusan rumah dan anak-anak diletakkan sepenuhnya ke atas wanita.

Memang benar, tidak dinafikan didalam Islam suamilah syurga kita, dan kita wajib mentaati setiap arahan suami dan dilarang bersikap nusyuz kepada suami.

Namun satu fakta yang ramai cuba padamkan dari senarai tuntutan agama terutamanya oleh kaum lelaki  iaitu tuntutan untuk sama-sama menguruskan urusan rumahtangga dan anak-anak dan tidak hanya melepaskan tanggungjawab tersebut kepada si isteri.

Paling menyedihkan apabila ada bapa yang sekalipun tidak pernah membasuh berak mahupun membuat susu anak kerana merasakan itu semua adalah kerja perempuan.

Jika ingin disenaraikan sikap tidak adil suami terhadap isteri pasti tidak akan habis, belum lagi kita bincangkan soal tuntutan nafkah.

Terlalu ramai yang culas membayar nafkah kepada isteri mereka kerana menganggap duit yang dibagi untuk membeli makanan dan barang keperluan rumah sudah cukup dikira sebagai nafkah.

Sedangkan nafkah seorang isteri itu tidak termasuk sekali dan wang keperluan. Isteri berhak mendapat nafkah untuk membeli apa sahaja barang keperluan yang dia mahu dan di idamkan.

Ini tidak, sampaikan tuala pakai buang pun kena merayu selembut-lembutnya  

 

Isteri Jantung Keluarga, Isteri Happy Keluarga Pun Mesti Happy

Di dalam sesebuah keluarga, isterilah jantungnya. Pernahkah anda mendengar ungkapan ‘layan isteri seperti permaisuri,anda akan rasa hidup seperti raja’.

Ungkapan ini merujuk kepada sikap suami yang sentiasa menghargai isteri dan meraikan isteri mereka pasti akan membawa kebahagian didalam rumah tangga.

Isteri ialah magnet rezeki, jika anda mahu kehidupan yang senang dan mewah, hargailah isteri anda.

Macam-macam kisah sedih rumahtangga sering dikongsikan oleh isteri-isteri yang tertekan dek kerana sikap suami yang langsung tidak pandai menghargai isteri mereka.

Malah dilayan seperti orang gaji, langsung tiada gurauan mesra mahupun gelak ketawa didalam rumahtangga.

Yang mereka tahu, bila balik kerja makanan terhidang, rumah berkemas, baju bercuci dan anak-anak didalam keadaan rapi.

Namun tidak pernah sekalipun tampil untuk menghulurkan bantuan bagi meringankan beban isteri mereka.

Tambahan pula, zaman sekarang ramai wanita yang turut sama-sama bekerja mencari rezeki demi kelangsungan hidup. Namun tidak sikit pun tanggungjawab terhadap rumahtangga ingin turut sama dikongsi suami.

Sampai bila mentaliti adat melayu ini akan dihapuskan? Kerana ianya hanya mengundang kemurungan dan keretakan sesebuah rumahtangga.

Jadi wahai suami, jika ingin menikmati kemewahan dunia, rezeki yang mengalir tanpa henti, hargailah isteri anda. Sayangilah mereka seperti mana mereka disayangai ibu bapa mereka. Sanjungilah mereka, kerana merekalah lahirnya zuriat kamu ke dunia. Railah meraka, kerana mereka jantung hati sesebuah keluarga.

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Adakah anda bersetuju bahawa isteri merupakan magnet rezeki suami?
2 votes · 2 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN