Sumber : Agushafidz.blogspot

Seorang wanita berusia 44 tahun maut ditangan suaminya apabila pertengkaran antara mereka bertukar tragedi. Pasangan tersebut dikatakan dalam proses penceraian dan sudah 10 tahun tidak tinggal bersama.

Suspek yang juga suami wanita berkenaan bertindak memecah ke rumah wanita tersebut dan menyimbah minyak petrol yang sudah dibakar ke badan mangsa.

Kejadian tersebut disaksikan anak mereka ketika ibunya sedang berlari ke bilik air untuk memadamkan api dibadannya. Mangsa yang digegas ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani sejurus selepas kejadian diletakkan di Unit Rawatan Rapi kerana luka melecurnya yang teruk. Malangnya selepas 12 hari bertarung nyawa, mangsa disahkan meninggal dunia.

Kejadian ini cukup untuk menyedarkan semua pihak bahawa kes keganasan rumahtangga adalah isu yang sangat serius dan semakin meningkat. Tanpa rasa bersalah dan takut kepada undang-undang, pelaku keganasan seperti ini seolah-olah tidak waras dan bertindak mengikut perasaan.

Bagi kes ini, punca sebenar mengapa suami kepada mangsa bertindak sedemikian namun pastinya ada isu yang timbul antara mereka sehingga membuatkan lelaki tersebut tergamak membakar isterinya sendiri.

 

Punca-punca Konflik Rumahtangga

 

Sumber : gaya.tempo.co

Dalam melihat statistik penceraian di Malaysia terdapat banyak punca bagaimana sesebuah rumahtangga itu boleh dilanda konflik. Dan konflik ini juga merupakan penyumbang kepada peningkatan jumlah keganasan rumahtangga.

Kes-kes yang dilaporkan oleh mangsa keganasan rumahtangga dipercayai berpunca dari sikap cemburu pasangan yang tak berasas, kebebasan disekat, ketagihan sesuatu hobi yang melampau dan kurang ilmu tentang rumahtangga.

Bukan di Malaysia sahaja, malah di luar negara isu keganasan rumahtangga berada di tahap yang membimbangkan. Yang mengejutkan, bukan wanita sahaja yang menjadi mangsa malah kaum lelaki turut sekali menjadi mangsa keganasan rumahtangga namun kurang dibincangkan dan dilaporkan.

Sumber : Siraplimau.com

Terdapat pelbagai jenis kesan buruk yang boleh terjadi akibat dari permasalahan ini, contohnya depresi sehingga timbul perasaan ingin mati, anak-anak menjadi mangsa dan tempat melepaskan kemarahan serta institusi kekeluargaan akan menjadi goyah juga hancur.

 

Bijak Memilih Pasangan

Kerana itu, setiap individu harus bijak dalam memilih pasangan hidup mereka. Ini kerana perkahwinan bukanlah selamanya tenang, dalam melalui bahtera perkahwinan pasti akan ada pasang surutnya dan jika ia tidak dikendalikan dengan baik pasti akan mejadi tekanan buat pasangan tersebut.

Di dalam Islam sendiri digalakkan untuk membuat pilihan yang terbaik, agar kita tidak menyesal di kemudian hari. Jangan terburu-buru untuk berkahwin hanya kerana ingin mengikuti trend kahwin muda, tapi bernikahlah bila kita sudah betul-betul bersedia untuk mengalas amanah dan tanggungjawab.

Sumber : gayaduck.com

Bagi individu yang terlibat didalam masalah keganasan rumahtangga dan memerlukan tempat untuk meluahkan masalah dan mendapatkan nasihat, anda boleh menghubungi ‘Befrienders KL’ di talian 03- 79568145. Mereka merupakan organisasi yang bersedia mendengar luahan anda tanpa perlu bersemuka secara empat mata. Dan ianya ialah percuma.

 

 

 

 

 

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pandangan anda, apakah hukuman yang patut diberikan kepada suspek?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN