Sumber : mStar

Edika Yusof merupakan seorang peragawan dan pelakon yang sangat popular sekitar zaman 90an dan mula popularitinya mula meningkat naik melalui lakonan mantapnya dalam cerita Maria Mariana arahan Datuk Yusof Haslam.

Ketampanannya yang menjadi kegilaan wanita-wanita pada zaman tersebut membuatkan beliau sering muncul dikaca TV dan membintangi filem arahan pengarah-pengarah terkenal.

Krisis ekonomi yang melanda sekitar tahun 1997 turut mempengaruhi karier lakonan Edika yang seterusnya memilih untuk bekerja sebagai pramugara untuk syarikat Malaysia Airlines.

 

Isteri Tercinta Lumpuh 12 Tahun

Sumber : Media Hiburan

Selepas mendirikan rumahtangga bersama pasangannya Norhidayah, perkahwinan mereka diuji apabila isterinya kena deman panas selepas melahirkan anak kedua mereka.

Norhidayah seterusnya disahkan menghadapi jangkitan kuman di kepala yang menyebabkan dia lumpuh dari dada ke bawah.

Keadaannya yang tidak berdaya dan tidak mampu menguruskan diri sendiri membuatkan Edika nekad untuk menjaga isterinya yang tercinta.

 

Isteri Izin Kahwin Lagi

Norhidayah juga pernah dikatakan memberi keizinan untuk suaminya jika ingin berkahwin lagi. Namun Edika menjelaskan bahawa dia tidak ada niat untuk menambah isteri dan gembira dengan kehidupannya sekarang.

Dalam sesi temubual bersama sinar, Edika Yusof berkata “ Saya tak pernah berfikir untuk berkahwin lain atau menambah isteri sebab satu yang saya ada ini pun dah alhamdullilah cukup sempurna dan saya suka apa yang saya buat ”

 “Kahwin dua takkan menyelesaikan masalah. Jika ditakdirkan isteri kedua juga lumpuh, bermakna bertambah juga tanggungjawab saya,” kata Edika.

 

Edika Yusof vs Tauke Jambu

Sumber : Facebook

Sumber : Facebook

Baru-baru ini tular tentang pasangan Tauke Jambu dan isterinya, Nadia Mohd Affandi dikatakan bercerai kerana orang ketiga. Kenyataan Nadia yang secara umum menyatakan bahawa mereka sudah bercerai disangkal oleh Tauke.

Edika Yusof yang dulunya dikatakan ‘playboy’ oleh masyarakat, terpaksa ditarik balik selepas kisah kesetiaan Edika yang menjaga isterinya yang lumpuh diketahui umum.

Kisah Edika dan isterinya patut dijadikan teladan bagi pasangan diluar sana dalam melayari bahtera perkahwinan yang penuh suka dan duka.

Perkahwinan Edika dan Tauke Jambu tular diperkatakan netizen dan rata-rata mengecam Tauke yang dikatakan kurang dari segi penampilan dan rupa tapi bersikap tidak jujur terhadap isterinya.

 

Kembali Berlakon Selepas 20 Tahun Berehat

Selepas hampir 20 tahun menyepi dari dunia lakonan pada tahun 2017, Edika Yusof membuat kemunculan semula melalui lakonananya dalam drama Permata Hati arahan Dato Seri Shah Rezza terbitan Astro.

Walaupun agak kekok ketika pengambaran dimulakan, namun Edika mengatakan dapatlah hilangkan rasa rindunya tehadap dunia lakonan.

 

Nasihat Edika Untuk Pasangan Berkahwin

Sumber : Nona

“Anggaplah kita ni bila dah berkahwin kita dengan pasangan 50-50, sama susah sama senang. Kita tanggung semuanya bersama. Janganlah bagi beban kepada isteri sahaja sebab kita ni ketua keluarga. Jangan anggap isteri sebagai maid, tetapi anggaplah mereka sebagai soulmate kita. Dan nak buat apa pun buatlah bersama-sama, ibarat berat sama dipikul ringan sama dijinjing.”

Yang pastinya, kesetiaan dan layanan Edika terhadap isterinya layak dijadikan inspirasi terutamanya bagi pasangan yang sudah berkahwin.

Bertuah Norhidayah memiliki suami yang setia menjaganya dalam dia menjalani kehidupannya yang penuh liku.

KATA ORANG

KATA ANDA

Pada pendapat anda, patutkah Edika Yusof dianggap sebagai sumber inspirasi?
5 votes · 5 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN