Jika sebelum ini, pelakon Iqram Dinzly pernah mencetuskan kontroversi dengan menari dan berpakaian seakan-akan penari balet.

Kini, dia sekali lagi menjadi bualan hangat netizen apabila sebuah video dia berkelakuan tidak senonoh tersebar di media sosial.

Dalam video itu, Iqram dilihat sedang berjalan seperti model di atas pentas peragaan di dalam rumah sehingga mendedahkan sebahagian kemaluannya.

Berdasarkan rakaman itu, ianya dipercayai dirakam dalam satu aplikasi yang berbentuk video live ‘streaming’.

 

Undang Kecaman Ramai Pihak

Sumber: Twitter

Apa yang dilakukan Iqram itu nampaknya telah mengundang pelbagai kritikan daripada netizen yang tidak menyangka dia akan berkelakuan sebegitu. 

Tidak kurang juga, ada yang mengatakan apa yang dilakukan pelakon itu seolah-olah sengaja mahu meraih perhatian netizen dengan menunjukkan alat sulitnya.

 

Walaupun Dikecam, Ada Yang Bersimpati

Walaupun ada pihak yang mengecam tindakan Iqram, ada juga pihak yang melahirkan rasa simpati terhadap Iqram dan berharap agar pelakon itu segera mendapatkan pertolongan kerana merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengannya sejak akhir-akhir ini.

Malah, ramai di antara mereka juga meminta agar netizen tidak terus mengkritik Iqram memandangkan kita tidak tahu situasi sebenar yang sedang dihadapinya. 

 

Iqram Jelas Perkara Sebenar

Selepas dikritik ramai pihak, Iqram tampil menjelaskan perkara sebenar dan mengatakan apa yang dilakukannya itu adalah sesuatu yang tidak disengajakan.

Sumber: http://cempedakcheese.com

Katanya, video berkenaan sebenarnya telah dirakam setahun lalu melalui aplikasi Bigo namun tahun ini, ianya baru ditularkan oleh individu tidak bertanggungjawab.

Malah, turut membahasakan netizen yang mengambil tahu apa yang dilakukannya itu sebagai seorang yang mempunyai masalah ‘mental’.

 

Kontroversi Yang Pernah Melanda Iqram Sebelum Ini

Tahun lalu, Iqram pernah mencetuskan kontroversi apabila menggelar Nabi Muhammad SAW sebagai ‘Che Mat’.

Bagaimanapun, Iqram membuat permohonan maaf kepada semua dan mengakui dirinya juga adalah manusia yang tidak sempurna kerana terlepas cakap.

Sebelum-sebelum ini, juga, Iqram sering menimbulkan polemik dengan pelbagai kiriman pelik di media sosial sehingga menyebabkan masyarakat menggelarkannya sebagai seseorang yang sudah terpesong agama dan tidak waras.

 

Tekanan Hidup Jadi Punca?

Tidak dinafikan, tekanan perasaan atau depresi yang teruk sebenarnya boleh menyebabkan seseorang itu berkelakuan sebegini.

Lebih-lebih sejak dia kehilangan bapa yang mungkin boleh menyebabkan kemurungan dan tekanan.

Lebih berat lagi dugaannya apabila dia diisytiharkan muflis oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) disebabkan gagal membayar cukai sebanyak RM77,000 awal Januari lalu.

Apa yang dilaluinya itu mungkin secara tidak langsung boleh menjadi faktor yang menyumbang kepada masalah psikologi seseorang itu.

Apa-apa pun, kita doakan yang baik-baik sahaja buat Iqram dan berhenti menghinanya kerana perbuatan itu hanya akan memberi tekanan kepadanya.

Mungkin selepas ini, Iqram juga patut berfikir dahulu sebelum memuat naik apa sahaja foto atau video agar tidak mencetuskan salah faham orang ramai yang boleh memberi kesan terhadap dirinya juga. 

KATA ORANG

KATA ANDA

Apa kata anda?
0 votes · 0 answers
Undi

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN