Kesuntukan waktu disebabkan kesibukan kerja seharian bukanlah alasan utama untuk anda tidak meluangkan masa bersama keluarga. Bagi anda yang mempunyai anak-anak yang berusia 5 tahun ke bawah, usia ini merupakan usia yang penting untuk mendidik mereka. Ini kerana ketika inilah proses IQ anak-anak sedang dirangsang.
Jangan Mengharapkan Pengasuh
Baik si ibu mahupun si ayah, kedua-duanya memiliki tugas yang besar dalam mengasuh dan mendidik anak. Dalam masa yang sama mereka perlu memastikan tumbesaran anak berjalan dengan lancar. Mengharapkan pengasuh semata-mata bukanlah suatu tindakan yang berkesan lebih-lebih lagi pengasuh yang mempunyai jumlah anak asuhan yang ramai.
Anak yang rapat dengan ibu akan membuatkan si anak merasakan kasih sayang terbaik dan akan menjadikan peribadi mereka lemah lembut ketika dewasa kelak. Manakala bagi anak yang rapat dengan si bapa akan membesar dengan peribadi yang kuat, tegas dan bijaksana.
Malah, aktiviti yang dilakukan oleh ibu bapa mampu membantu proses pembelajaran si anak. Ini kerana orang dewasa mempunyai pengalaman dan pengetahuan luas yang boleh dikongsi kepada anak. Sekiranya anak ditemani ibu dan bapa maka akan menyokong proses memahami dan proses sokongan mengenai apa aktiviti yang dilakukan.
7 Deria Anak Yang Perlu Dirangsang
Menurut Terapis Cara Kerja, Maryam Jamadi, perkembangan IQ anak akan lebih berkesan sekiranya anda merangsang ketujuh-tujuh deria anak dari kecil iaitu sentuhan, sendi, keseimbangan dan pergerakan, auditori, visual, bau dan rasa.
Misalnya mengajar anak mengenal epal. IQ anak anda akan lebih berkesan jika anda menggunakan epal yang sebenar berbanding flashcard epal. Ini kerana penggunaan flashcard hanya merangsang deria penglihatan dan pendengaran sahaja.
Jika diberi buah epal yang sebenar, tujuh deria anak anda akan dirangsang sepenuhnya bermula dari:
- Sentuhan dengan memegang epal
- Visual dengan melihat epal
- Auditori dengan mendengar perkataan epal
- Bau dengan meletakkannya di hidung
- Rasa dengan memakan epal
- Sendi dengan memegang epal
- Keseimbangan dengan mereka cuba menyeimbangkan badan dan tangan semasa memegang epal.
Pelbagai aktiviti menyeronokkan boleh dilakukan oleh ibu bapa kepada anak-anak untuk menarik minat mereka. Membasuh kereta bersama, melukis, membaca buku cerita sebelum tidur, memasak bersama dan bercucuk tanam merupakan contoh aktiviti yang menarik. Mungkin anda mempunyai aktiviti sendiri bersama anak-anak yang lebih menarik.
Berdasar Kajian IQ Anak Lebih Tinggi Jika Bersama Si Bapa
Sungguh pun begitu, menurut kajian yang dilakukan oleh Oxford University mendapati, anak yang dekat dengan ayahnya mempunyai tahap IQ yang lebih tinggi. Malah mereka mempunyai nilai akdemik yang lebih baik di sekolah.
Menurut Dr. David Popenoe dan Co-Director di The National Marriage Project Rutgers, The University of New Jersey berkata, anak yang kerap berinteraksi dan berkomunikasi dengan si bapa serta menghabiskan harinya dengan si bapa mampu memiliki IQ yang lebih tinggi. Bukan sekadar lebih cerdas, mereka mambu bertutur dengan lebih baik.
Ini tidak bermakna si ibu tidak perlu meluangkan masa bersama anak, namun kelebihan tahap IQ anak akan lebih baik sekiranya mereka mendapat perhatian dan interaksi dari si bapa.
Kurangkan Penggunaan Gajet
Justeru ibu bapa perlu memberi perhatian sepenuhnya terhadap anak-anak yang sedang membesar bagi memastikan mereka mendapat didikan, kasih sayang dan perhatian sepenuhnya.
Kurangkanlah penggunaan gajet di rumah. Tindakan ini hanya akan merencatkan proses interaksi dan sosial anak-anak.
KATA ORANG
Penyesalan saya dalam berbisnes :
— Fadzilah Mamat (@FadzilahMamat) March 14, 2019
Tak banyak luangkan masa tengok homework anak-anak.
Alhamdulillah sekarang setiap malam adalah masa bersama keluarga ♥️
Bukan senang nak jadi seorang isteri.
— AkuTweetFakta (@AkuTweetFakta) October 16, 2018
Kemas rumah.
Masak.
Menjaga anak.
Mandikan anak.
Buat benda yang sama selama 24/7.
Pernah ke dia merungut.
Dear lelaki, luangkan masa bersama dia cuba ringankan beban dia.
Dia tu manusia bukan robot.
How to spell 'love'
— Tun Haziq (@BGTunHaziq) June 5, 2018
TIME.
90 peratus daripada masa yang awak dapat luangkan masa bersama anak-anak berlaku sebelum mereka capai usia 12 tahun.
Sometimes kita perlu luangkan masa bersama anak, kalau tak mereka akan rasa janggal . Tak gitu. @fameyzAzainn pic.twitter.com/YT9RLXl8Jv
— farra farhana (@ihana_fana) June 21, 2014